CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kanak-Kanak 11 Tahun Pandai Bersolek Transformasi Jadi Wanita Dewasa

9-4-2019 12:04 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10551| Komen: 53|Original author: Oleh: Azza





Tular di media sosial dan juga media massa mengenai seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang pandai bersolek hingga memunculkan wajahnya sendiri seperti wanita dewasa. Teknik solekan dan hasilnya membuatkan ramai netizen terpegun kerana seakan tidak percaya dengan bakat yang dimiliki oleh Nurul Irish Khairi ini.

Dalam masa sama, ada netizen berasa situasi sebegini sebenarnya akan merosakkan zaman kanak-kanaknya sekaligus menggalakkan budak dewasa sebelum usianya.

Kredit foto: Twitter


Selain memuji kepandaian Irish menyolek mukanya sendiri sehingga menukarkan wajahnya menjadi wanita dewasa, netizen turut meluahkan perasaan bimbang kerana ia seolah-olah menggalakkan kanak-kanak di luar sana supaya bersolek untuk mendapat perhatian, sedangkan usia mereka sepatutnya tidak tercemar dengan perkara sebegini lagi.
"Dia nampak tua dari umur. Zaman kita dulu mana tahu mekap-mekap ni, sebab dulu semua keluar natural je, kisah apa nampak buruk. Tapi zaman dah berubah. Budak kecik pun ada smartphone, so tak peliklah dorang reti mekap macam ni."

Bagaimanapun, tidak semua bersetuju dengan pendapat tersebut kerana bagi segelintir netizen yang lain, zaman berubah jadi setiap individu mempunyai kecenderungan tersendiri. Jadi, mungkin dengan bersolek begini mampu membuatkan kanak-kanak tersebut bahagia?
Ramai netizen turut berkongsi momen mereka ketika berusia 11 tahun.


Walaupun mendapat banyak kritikan, namun Iris dilihat memang berbakat besar dalam bersolek. Jom kita lihat keajaiban jejari emasnya.

Kredit foto: IG

Kredit foto: IG

Kredit foto: IG

Bakat dan hobi individu juga turut berubah mengikut perkembangan zaman. Anda rasa sesuai ke hobi ini bagi kanak-kanak seusianya? - CARI 

4

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote keds 9-4-2019 12:06 PM
Boleh Rosak kulit bila besar nanti....awal sangat tepek make up tebal ...
Quote mdhelmi 9-4-2019 12:22 PM
menakutkan bila berdepan dgn org solek cani
mungkin sbb taste aku taste muka natural
Quote husie91 9-4-2019 12:25 PM
Cantik budaknya..
Quote myakayina 9-4-2019 12:44 PM
pandai dia mekap..aku pun tak reti nak shading2 bagai ni..tapi kena hati2 takut kulit rosak..kena cuci betul2..
Quote EvieWanKenobi 9-4-2019 12:47 PM
harap pelajaran tak diabaikan..
Quote amyza 9-4-2019 01:24 PM
Memang dia yang makeup sendiri ke mak dia makeup kan pastu letak gambar before after tu?
Quote buapakperut 9-4-2019 01:40 PM
mekap kalau macam budak2 kpop tu iols suka tengok sebab soft sangat,just naikkan seri je. mekap budak2 melayu ni dah muka jadi tua +10tahun, dengan kening over. macam toksri ct dulu mekapkan ank buah dia,scary terus macam chucky.MUA bella pun aritu mekap kan anak sheol nampak pelik sangat macam midget
Quote RatuDunia94 9-4-2019 01:58 PM
Dah bersolek mcm muka bohsia..
Quote pia250110 9-4-2019 02:23 PM
em aku pandai pakai lipstik jahhhh...
Quote prettyuglybabe 9-4-2019 02:34 PM
salah satu cara mengundang pedo..
Quote frozenfroggie 9-4-2019 02:35 PM
terrornya makeup..aku yg dah tua ni pun x reti makeup blend2 bagai
Quote chinta89 9-4-2019 02:52 PM
nmpk cantik.  tangan dia magis umur budak lagi dh pandai make up mcm pro.
Quote Artemesiaa 9-4-2019 03:13 PM
Cita-citanya nak jadi makeup retis gaknya nanti
Quote pittjie 9-4-2019 03:17 PM
acik yang tua ni pun nak jadi kanak2 je nak oi ... tepek bedak baby powder je. acaner tu.
Quote aminsaniah 9-4-2019 03:31 PM
mak dia mesti kaki make up jugak ni..
Quote URUHA 9-4-2019 03:57 PM
Kesian nnt dah dewasa kulit muka cepat bermasalah sbb dari kecik da kena tepek dgn makeup yg ada chemical.

Kalau nak makeup gk guna la produk makeup yg sesuai utk bdk2. Harga mahal skit tapi kulit nak guna lama dik oiii
Quote sufi^_^ 9-4-2019 04:02 PM
mdhelmi replied at 9-4-2019 04:22 AM
menakutkan bila berdepan dgn org solek cani
mungkin sbb taste aku taste muka natural

Kalau dalam gambar pun rasa seram, depan2 lagilah. Esp jenis yg pakai contact lenses biru, bulu mata pelesu etc ni.
I pun suka nengok natural beauty, kalau mekap pun yg bagi nampak naik seri je bukan tepung gomak cam ni.
Quote sufi^_^ 9-4-2019 04:03 PM
Muka dia tak mekap lagi menarik, sweet ayu je, pada mata acik ni.
Quote inspektoremos21 9-4-2019 04:08 PM
11 tahun dah pandai makeup yach.

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.062390 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top