CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rosmah Sah Tidak Beli Berlian Merah Jambu, Najib Beri Sindiran Pedas Kepada PH

9-4-2019 02:54 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4996| Komen: 15|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Rosmah pernah dituduh membeli cincin berlian merah jambu bernilai kira-kira RM24 juta. Kredit foto: Carian Google


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi sindiran pedas terhadap pihak-pihak yang memfitnah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan beliau berhubung isu berlian merah jambu bernilai kira-kira RM24 juta.

Beliau secara sinis bertanya dalam laman Facebooknya tentang siasatan beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi yang didakwa oleh Pakatan Harapan (PH) mempunyai kaitan dengannya.

Kredit foto: Facebook


Najib berkata demikian sebagai reaksi terhadap laporan Malaysiakini pada 8 April yang menyatakan, Timbalan Menteri Kewangan, Amiruddin Hamzah mengesahkan bahawa tidak berlaku pembelian berlian merah jambu oleh isteri orang kenamaan (VVIP).

Memetik laporan Malaysiakini itu, Amiruddin menjelaskan, seorang ejen telah memberi ikrar dia membawa masuk dan keluar berlian tersebut.

Walau bagaimanapun, nama isteri VVIP terbabit tidak disebut oleh Amiruddin ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 2019 dalam sidang Dewan Rakyat.

Amiruddin Hamzah. Kredit foto: Facebook

Sementara itu, netizen turut kesal dengan tindakan pihak tertentu yang menyebarkan fitnah berhubung isu berlian merah yang akhirnya dibuktikan tidak benar.
Sebahagian daripada mereka yang pernah mempercayai fitnah tersebut turut mengambil kesempatan meminta maaf kepada bekas Perdana Menteri itu dan isteri dalam ruangan komen Facebook beliau.

Kredit foto: Facebook
Sejak tahun lalu, rakaman video berhubung pendedahan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed tentang isu berlian yang didakwa melibatkan Rosmah tular dalam YouTube.


Sebaik-baiknya semua pihak berpegang kepada prinsip tidak bersalah melainkan dibuktikan sebaliknya agar tidak terpedaya dengan fitnah yang berleluasa. - CARI
2

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Melorqe 9-4-2019 03:59 PM
Tudia.  Senyap dah orang yg pung pang pung pang cerita pasal cincin ros  ni dlam group wasap aku.
Quote fefara 9-4-2019 04:10 PM
tony pua agenda lar ni, abis aku pon terjebak percaya
Quote tagas 9-4-2019 04:13 PM
So gomen PH

skang ni merintah atas dasar fitnah segala la yee
Quote miss_strangers 9-4-2019 04:17 PM
Biasa la DAP...kalau Bukan fitnah bukan komunis namanya..mulut DAP mengalahkan mulut makcik bawang
Quote hussaini4675 9-4-2019 04:20 PM
Melorqe: Tudia.  Senyap dah orang yg pung pang pung pang cerita pasal cincin ros  ni dlam group wasap aku.


Malu le tu


Quote hussaini4675 9-4-2019 04:20 PM
fefara: tony pua agenda lar ni, abis aku pon terjebak percaya


Tony puaka & lapiji mulut busuk
Quote hussaini4675 9-4-2019 04:21 PM
tagas: So gomen PHskang ni merintah atas dasar fitnah segala la yee


PHitnah
Quote hussaini4675 9-4-2019 04:22 PM
miss_strangers: Biasa la DAP...kalau Bukan fitnah bukan komunis namanya..mulut DAP mengalahkan mulut makcik bawang


Komunis lagi jantan dari DAP. Setiausaha agung DAP pun pondan
Quote EvieWanKenobi 9-4-2019 07:00 PM
kalau yang difitnah tu tak memaafkan
pemfitnah tu macamana ye?
Quote jetrofa 9-4-2019 07:33 PM
merangkak la khenn...
Quote hyie 9-4-2019 08:46 PM
lazada ada buat sales kneepad tak sis? iols nak jual balik harga yahudi, boleh buat duit
Quote tipuware 9-4-2019 08:58 PM
Aku rsa kali ni kalau PH dha jatuh, susah nak naik lagi. Tapi dah mcm2 kecelakaan diorang bt.
Quote GigaMom 9-4-2019 09:56 PM
ai juga terjebak mempercayainya
Syukur ai bukan sejenis nak org percaya dgn apa yg ai percaya bab2 politik ni...
Maafkan ai bik mama
Quote DollahRepek 10-4-2019 10:33 AM
Najib berkata demikian sebagai reaksi terhadap laporan Malaysiakini pada 8 April yang menyatakan, Timbalan Menteri Kewangan, Amiruddin Hamzah mengesahkan bahawa tidak berlaku pembelian berlian merah jambu oleh isteri orang kenamaan (VVIP).


Pemahaman aku dulu pasal kes nie ialah agen tu bwk masuk cincin tu utk "tujuan pameran" & ada yg kata utk tunjuk pada rosmah sebagai potential buyer tapi tak jadi bila ada pegawai kastam yang hebahkan pasal cincin tu. Ikut pemahaman aku dari dulu la
Quote nono86 10-4-2019 09:16 PM
Pitenah berleluasa.. Tak tahu mana yang betul mana yang salah.. Kepada semua yang beriman kepada allah, marilah kita jauhi pitenah, takutlah kita akan hukuman allah.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.065327 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top