CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lepas IKEA, Perpustakaan Negeri Sabah Pula Jahanam Dikerjakan Kanak-kanak!

9-4-2019 05:29 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 9881| Komen: 40|Original author: Oleh: LilRose


Sebelum ini, kita digemparkan dengan perangai pengunjung IKEA yang tidak semenggah. Kali ini, perpustakaan di Sabah pula menjadi topik hangat. 

Sayang, baru beberapa hari dibuka perpustakaan negeri Sabah di Tanjung Aru rosak dikerjakan kanak-kanak yang gatal tangan.





Bukan sahaja bahan bacaan bertaburan, perkakas seperti meja dan aksesori lain penuh dengan hasil vandalisme kanak-kanak.




Rata-rata netizen menyuarakan kekecewaan mereka dengan keadaan itu kerana ia sangat baru dibuka, tetapi sudah dicemari dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu.




Ramai netizen menyifatkan kejadian itu berlaku kerana ibu bapa melepas tangan tidak mengawasi anak mereka di dalam perpustakaan berkenaan.



Pun begitu, segelintir pihak tidak hanya meletakkan kesalahan di atas ibu bapa saja. Sebaliknya, pihak perpustakaan turut bertanggungjawab memantau pengunjungnya.

Malah, ada juga yang mengecam mana-mana pihak yang sering menyalahkan ibu bapa dalam hal ini.


Kredit foto: Twitter

Sementara itu, MalayMail melaporkan perpustakaan berkenaan memutuskan untuk menutup bahagian kanak-kanak itu hari ini berikutan perangai tidak semenggah 'pengunjung muda' terbabit.

Pengarahnya, Wong Vui Yin meluahkan kekesalannya mengenai insiden itu dan menyifatkan ibu bapa tidak bertimbang rasa kerana tidak menghormati kemudahan yang disediakan.


"Saya dimaklumkan staf pada petang Ahad bahawa ruangan kanak-kanak mengalami kerosakan.

"Ada kesan contengan di merata tempat, buku yang bertaburan di atas lantai diinjak kanak-kanak, malah tempat duduk tandas dan tong sampah turut dirosakkan," katanya.


Dah tahu memang begitu sikap kanak-kanak, kenapa sediakan krayon? Mesti ramai berfikiran begini kan?

Menurut Wong, pihaknya hanya menyediakan kapur dan papan hijau besar di mana kanak-kanak boleh menzahirkan kreativiti mereka. Klik di sini untuk maklumat lanjut. 

Jadi, siapa yang bersalah di sini? - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninnamina 9-4-2019 05:43 PM
Teruknyeeeee
Quote Jorja 9-4-2019 05:51 PM
Cantiknya marine theme. blm smpat p lagi ni
Quote Artemesiaa 9-4-2019 05:52 PM
Tolonglah mak pak ajarkan anak2 bila berada ditempat awam macam ni.  Sayang kemudahan dah cantik dan selesa disediakan akhirnya jadi buruk semula.
Quote missDollie 9-4-2019 05:56 PM
Guna magik span keluar tak??
Quote RatuDunia94 9-4-2019 06:01 PM
So persoalannya adakah rakyat Malaysia sudah bersedia dgn kereta terbang?
Quote AbukRokok 9-4-2019 06:11 PM
RatuDunia94 replied at 9-4-2019 06:01 PM
So persoalannya adakah rakyat Malaysia sudah bersedia dgn kereta terbang?

kereta atas jalan pun bawak songsang
klu kereta terbang mau ramai bawak langgar klcc trx

Quote mialunar 9-4-2019 06:56 PM
Elok buat macam konsep mph .. nak datang baca boleh ..kalau rosak ..bukak plastik sesuka hati ..sila bayor .. samela jugak kalo conteng2 tu ...tampal besar2...kalo kene carut..carutkan je balik.. orang sekarang ni bukan boleh cakap berkias..buat2 x paham.. direct je terus
Quote buapakperut 9-4-2019 06:59 PM
mak pak/penjaga tolongla pantau, ni ape bukannrumah sendiri nk diconteng2. kalau dapat ikea ntah ape jadi
Quote OrkedCattleya 9-4-2019 11:36 PM
Dahsyatnye..........{:dot
Quote mohdcrow 10-4-2019 02:01 AM
Salah librarian la...pantau la sikit budak2 tu...dah nama pun budak2...jangan la kacau parent nak bersantai2...

Pantau tu maksudnya nampak jer budak2 buat benda tak tentu arah terus terajang je pinggang dia...takpe...parent tak kisah...janji librarian pantau
Quote Nana_Man 10-4-2019 06:55 AM
Teruknya... library awam kat spore takde lah mcm ni walau yg dah bertahun2 dibuka.. u dun see any scribbles/conteng2 kat mana2 shelves/kerusi/meja.. kalau buku tu terkoyak pun memang buku yg dah agak lama. Parents yg bwk budak yg patut pantau. Takkn tau beranak jer. Pihak library pun kene jgk pantau. Kene tegur kalau nnpk pengguna mcm hantu gini.
Quote EvieWanKenobi 10-4-2019 07:14 AM
kalau dari kecik dah macam ni..
dah besar nanti tak tau la..
Quote lattehazelnut 10-4-2019 07:34 AM
Bodohnye nak salahkan librarians.. da tau anak macam monyet, jgn bawak pegi mana2.. ni bila tegur anak saya baik orangnya, kau xde anak  sendiri apa kau tau, saya liberal xpercaya negative reinforcements bla3..
Quote Meisaku 10-4-2019 08:28 AM
Education tu penting
Quote leylapple 10-4-2019 09:21 AM
mentaliti kebanyakan rakyat msia masih 3rd class....
Quote ayyyyangg 10-4-2019 09:35 AM
Teruknya mentaliti segelintir rakyat malaysia. Hu3...
Quote cewekbopot 10-4-2019 09:57 AM
library beaufort time aku kecik2 dulu tiada la pula smpai kejadian mcm ni...aunty library pun mcm garang..kih kih..

ni org kk saja ni begini
Quote buragazz 10-4-2019 09:59 AM
Ni lah punca Ikea Penang jahanam.. dari kecik dah perangai sakai.. eh ada pulak Mak Bapak tak puas hati bila orang salah kan diorang.. abis budak2 tu datang dengan sapa.. aku klu bawak anak buah aku gi mana2 tempat awak aku memang perhatikan klu mata dia dah mula menjeling2 tu aku dah standby.. dulu masa aku kecik2 klu aku buat hal kat rumah orang masa tu jugak klu tak cubit sedas pelempang sedas sampai.. takde pulaksekarang ni aku sakit mental or tiba nak tidur kat display Ikea
Quote bonggo 10-4-2019 10:03 AM
Perangai macam ni jgn di assobiyyahkan dgn negeri.  Punca utama perangai macam ni ialah.. JAKUN

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.054135 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top