CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tak Perlu Ke Bali, Bukit Kokol Juga Menarik Untuk Kaki Instagram!

11-4-2019 01:19 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 13826| Komen: 20|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Sekiranya anda seorang yang gemar mengambil gambar berlatarbelakangkan pemandangan yang cantik dengan rekaan pelantar, buaian atau struktur yang unik untuk Instagram, anda kini tidak perlu lagi jauh-jauh ke Bali untuk merealisasikan impian itu.



Kredit foto: Instagram
Bagi mereka yang berada di Kota Kinabalu, berkunjunglah ke Bukit Kokol yang terletak kira-kira 30 kilometer atau 40 minit perjalanan dari pusat bandar. Bukit Kokol kini  menjadi tumpuan pelancong luar dan dalam kerana pemandangan yang menarik sepanjang laluan ke puncak.


Kredit foto: Instagram
Uniknya, telah terdapat beberapa spot menarik yang disediakan di bukit ini. Antaranya sekitar Kasih Sayang Resort, Kokol Farmstay, Kokol Haven Resort, Camp Site Kampung Kokol dan yang terbaru Le' One - Kokol Elf.

Kredit foto: Instagram
Ada di antara lokasi itu yang percuma tetapi ada juga yang mengenakan bayaran masuk. Selain daripada itu, mereka yang ingin menginap boleh juga bermalam di homestay atau resort yang terdapat di situ. 


Kredit foto: Instagram
Tips untuk jurugambar, pemandangan yang paling menarik boleh dirakamkan ketika waktu petang dan malam berlatarbelakangkan panorama lampu Kota Kinabalu dan Teluk Likas.

Kredit foto: Instagram
Dengan ketinggian kira-kira 2400 m dari paras laut, cuaca pada waktu malam di Bukit Kokol agak sejuk dengan suhu sekitar 18-23 darjah selsius. Tidak hairanlah, tempat ini juga menjadi lokasi kegemaran untuk pengantin yang mahukan perkahwinan dalam keadaan santai.


Kredit foto: Instagram
Bagi yang sekadar ingin berehat pula, banyak restoran yang menyediakan makanan tempatan dan barat di bukit ini, sesuai untuk mengisi perut sesudah penat dengan seisi fotografi.

Kredit foto: Instagram
Jadi, berkunjunglah ke Bukit Kokol jika ada kesempatan. Anda pasti berpuas hati dengan gambar-gambar yang semestinya Instagram-worthy!  -CARI
2

Bagus

Marah
5

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Beribear 11-4-2019 01:17 PM
Dah lama cari tempat ni kat mana. Time tu tengok akim nak kawin ngan stacy kat astro.stacy suruh akim jerit i love u kat tempat ni la.. Puas lah aku type "tempat akim jerit i love u kat stacy" tak jumpa2. Rupanya kat sini.
Thx tt kongsi tempat ni
Quote Sang_Pencinta 11-4-2019 01:20 PM
Beribear replied at 11-4-2019 01:17 PM
Dah lama cari tempat ni kat mana. Time tu tengok akim nak kawin ngan stacy kat astro.stacy suruh aki ...

Oh, diorang ada pre-wed shooting di sini ke?
Quote Beribear 11-4-2019 01:48 PM
https://youtu.be/xiPG1V93Ljs
Dorg tak buat pre wed kat situ. Tp masa sebelum majlis kat sabah akim ada kena buat task utk stacy. Kalau tengok link saya bg tu, waktu dorg tengah otp akim pakai topi tu akim kena jerit i love u kat stacy
Quote RatuDunia94 11-4-2019 01:56 PM
Kat semenanjung xde ke yg nak buat? Bukit ampang ke?
Quote haryatie 11-4-2019 02:20 PM
woww...cntikkkk
Quote amyza 11-4-2019 03:18 PM
Dah pergi. Dewasa kena byr,budak free. Cantik view dia. Semua spot wajib bergambar. Hihi
Quote Artemesiaa 11-4-2019 04:05 PM
Kurang promosi sebab tu tak ramai yang tahu
Quote DeeHanania 11-4-2019 04:39 PM
Cantik tempat yer{:childlike
Quote cicicumel 11-4-2019 04:58 PM
Sabah ke? oo.. tiket mahal. buatla kat Semenanjung 1.
Quote Rainora 13-4-2019 06:19 AM
Cantik tempat ni. Instagram worthy gitu
Quote korokure 13-4-2019 08:53 AM
wow tempat bukit Kokol ni memang 1st time dengar. Boleh masuk dalam wishlist.

https://www.malaysiatravelforum. ... ap-flight-and-hotel
Quote Sang_Pencinta 13-4-2019 09:24 AM
korokure replied at 13-4-2019 08:53 AM
wow tempat bukit Kokol ni memang 1st time dengar. Boleh masuk dalam wishlist.

https://www.malaysi ...

Forum baru untuk kaki travel ke?
Quote bazarayamy 15-4-2019 11:48 AM
mashaAllah cantiknyer view! boleh plan trip cuti-cuti malaysia lepas ni kt sabah...
Quote mizruncing 16-4-2019 08:55 AM
bestnyaaa. knp bru tau. rugi pegi kk  ari tu tak singgah
Quote iznanaziz 18-4-2019 12:39 PM
buaian tu...tak bahaya ke?
Quote lee_sakura 18-5-2019 11:41 AM
Ala knp masa aku pi kk last month tak tau plak kewujudan tempat ni, kalo tak dh pacak khemah dh kt sini sbb aku mmg bwk khemah pon hr tu
Quote Bangsata_N1 21-5-2019 01:51 PM
x pernah sampai lg.. bkn jauh pun..
Quote giyomi 27-6-2019 06:46 PM
cantik tpi akak pasti tak nak duk buaian tu...takuttttt
Quote moonbug 27-6-2019 09:52 PM
Kena ke KK lagi lah ni

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.053726 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top