Berikutan pengumuman hibah Tabung Haji sebanyak 1.25 peratus pada tahun ini, ramai pencarum yang meluahkan rasa terkejut dan tidak berpuas hati. Ini kerana nilai tersebut adalah paling rendah dalam sejarah penubuhan Tabung Haji, jauh lebih rendah daripada pulangan Amanah Saham sekitar 6.00 hingga 7.00 peratus dan akaun simpanan tetap bank sebanyak 3.5 peratus. Ramai pihak yang mula saling menunding jari menyalahkan sesama mereka. Ada yang menyalahkan pengurusan Pakatan Harapan ada pula yang menunding jari kepada pemerintahan lalu PM Najib Razak. Susulan itu, pihak penerbit rancangan sensasi Analisis, di TV Alhijrah bakal bersiaran pada minggu ini membawakan tajuk "Tabung Haji: Hibah atau Hiba?". Menurut pengumuman yang dimuatkan di Facebook stesen itu, tajuk ini dipilih berdasarkan undian umum dan akan menjemput beberapa orang panel yang berpengalaman. Antara panel yang sudah disahkan termasuklah En. Najib Saahari, seorang penganalisa pasaran dan pengasas dan Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amanie. Seorang lagi panel belum disahkan walaupun terdapat cadangan penonton untuk menjemput penceramah bebas Dr. Zaharuddin, ahli politik Datuk Seri Panglima Abdul Azeez dan CEO Kohilal. Dengan isu yang panas dan dekat di hati penonton, sudah pastinya rancangan Analisis minggu ini sekali lagi akan menjadi bualan ramai. Jadi jangan lupa menonton, Jumaat ini, 12 April, Jam 10 malam di TV Alhijrah. - CARI |
nusaraya replied at 11-4-2019 11:11 PM
Janganlah ribut tentang yang yang ada di TH. Ikhlaskanlah uang yang ada disimpan di TH. Yang penting ...
tobby replied at 13-4-2019 09:00 PM
rakyat dah celek. tidak akan lagi termakan kencing hancing guan eng & pakatoon
ADVERTISEMENT