CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rangka Wanita Ditemui Di Ladang Getah Terbiar, Dipercayai Mati Setahun Lepas

11-4-2019 11:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18408| Komen: 160|Original author: Oleh: Myra Rozi

Rangka manusia dipercayai seorang wanita ditemui di kawasan hutan ladang getah terbiar di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Kampung Dato Abu Bakar Baginda, Sepang.


Harian Metro melaporkan rangka tersebut ditemui oleh seorang juruukur yang sedang melakukan kerja pengukuran tanah di situ.

Difahamkan lelaki berkenaan bersama rakan sekerjanya melakukan kerja pengukuran pada jam 10 pagi sebelum terlihat pakaian, bantal serta selipar di kawasan berkenaan.


Foto: Facebook
Berita Harian menyatakan, tempat kejadian adalah sebuah kawasan hutan ladang getah yang terbiar di dalam UNITEN dengan anggaran jarak kira-kira satu kilometer dari padang ragbi dan 30 meter dari jalan tanah merah berdekatan pencawang elektrik.


Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, 

“Dia kemudian menghampiri dan mendapati terdapat beberapa tulang besar dibalut dengan selimut dan disyaki tulang manusia.

“Lelaki berkenaan kemudian melaporkan kejadian kepada polis sebelum sepasukan anggota ke lokasi kejadian."

Foto: Facebook
Hasil siasatan polis menemui tulang manusia, selipar, cincin , sehelai jaket berwarna gelap, gelang tangan, tali pengikat rambut, seluar dalam, baju dalam dan sehelai selimut.

“Mangsa dipercayai seorang wanita dan berkemungkinan mayat mangsa ditinggalkan di tempat berkenaan kira-kira setahun lalu sebelum dijumpai.

Foto: Facebook
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menyalurkannya dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Wan Azirul 0387774222 atau datang ke mana-mana balai polis berhampiran."

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myakayina 11-4-2019 09:34 AM
mayat siapalah agaknya tu ya.. semoga pihak polis dpt merungkai misteri kes jenayah bunuh ni..
Quote nanny_1 11-4-2019 09:35 AM
myakayina replied at 11-4-2019 09:34 AM
mayat siapalah agaknya tu ya.. semoga pihak polis dpt merungkai misteri kes jenayah bunuh ni..

macam minah2 rempit or student je
berdasarkan kasut tu

Quote lipans 11-4-2019 09:36 AM
kena check senarai org yg hilang.
Quote nanny_1 11-4-2019 09:37 AM
lipans replied at 11-4-2019 09:36 AM
kena check senarai org yg hilang.

katanya siap jumpa selimut dan bantal
takkan hiking situ kot.
ke takkan lari dari rumah?
Quote EvieWanKenobi 11-4-2019 09:37 AM
kena buat DNA test mangsa dan
keluarga orang hilang..
Quote myakayina 11-4-2019 09:38 AM
nanny_1 replied at 11-4-2019 09:35 AM
macam minah2 rempit or student je
berdasarkan kasut tu

boleh jadi jgk kan..
Quote shania88 11-4-2019 09:40 AM
Jumpa selimut?????

Wat pe  kat situ tuh

Bukan tmpt hiking tu
Ke lari dari rumah
Quote nanny_1 11-4-2019 09:43 AM
shania88 replied at 11-4-2019 09:40 AM
Jumpa selimut?????

Wat pe  kat situ tuh

macam pelik je zaman 2019 ni lari dari rumah masuk ke hutan
iols ingat lari dari rumah ke rumah pakwe je
Quote shania88 11-4-2019 09:44 AM
Aku rasa dia kena bunuh di tempat lain
Lalu pembunuh membawa mangsa dibunuh yg ditutupi oleh selimut kat ladang tuh
Quote SweetShera 11-4-2019 09:45 AM
tlg la jangan tuduh bunian sorok pastu mai jumpa kat situ
Quote prettyuglybabe 11-4-2019 09:45 AM
kalau student, takkan tak ada report orang hilang..
mak bapak family takkan tak cari..
Quote kenarikelabu 11-4-2019 09:49 AM
Kesian betul la kalau jadi mangsa bunuh...
Quote mily 11-4-2019 09:50 AM
Mungkin ada kes org hilang yg kita x tahu kot..xsemua keluar media massa.

Lglun mybe family xda..n org dok ingat dia sibuk belajar kt uniten (klau dia student la).

Mybe dia sibunuh tmpt lain, bantal dibawa skali abb guna utk tekup mula, gulung skali dlm selimut tu. (Byk naa tgk kes kat CnI)
Quote manehnya 11-4-2019 09:50 AM
msti pempuan ni muda lg... siannye
Quote jetrofa 11-4-2019 09:52 AM
ada bantal ada selimut...
Quote iloveselangor 11-4-2019 09:52 AM
nanny_1 replied at 11-4-2019 09:35 AM
macam minah2 rempit or student je
berdasarkan kasut tu

Yup, fashion  Minah rempit
Quote nanny_1 11-4-2019 09:53 AM
iloveselangor replied at 11-4-2019 09:52 AM
Yup, fashion  Minah rempit

aku syak baya awal 20an gitu.

Quote iloveselangor 11-4-2019 09:53 AM
nanny_1 replied at 11-4-2019 09:37 AM
katanya siap jumpa selimut dan bantal
takkan hiking situ kot.
ke takkan lari dari rumah?

Beromen ke
Quote nanny_1 11-4-2019 09:54 AM

jauh betul beromen sampai ke dalam hutan.
hotel murah kan ado.
tempat iols ada hotel kira jam
ramai acik2 kahwin masuk situ
konon kata p kerja padahal masuk hotel kira jam.

Lihat semua komen(160)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.069739 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top