CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Baju Raya Terbaharu - Kurta Ala-Ala Chef, Nak Beraya Ke Memasak?

12-4-2019 12:00 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7988| Komen: 20|Original author: Oleh: Azza




Seperti biasa, apabila menjelang Hari Raya Aidilfitri, pastinya timbul pelbagai fesyen yang kononnya unik dan 'rare'. Bukan sahaja baju untuk wanita yang mengalami perubahan atau sentuhan moden, malahan busana raya lelaki turut dijadikan bahan uji kaji.

Antara yang mendapat perhatian ialah persalinan kurta yang diinspirasikan dari baju tukang masak (Chef) hingga divariasikan pada lima warna menarik. Kurta yang dianggap selesa, longgar dan berkain sejuk ini tidak hanya sesuai dipakai pada hari raya, tetapi netizen mengusiknya sebagai baju Chef yang tak dapat balik raya.



Dengan kolar ala-ala Mandarin serta butang bungkus pada bahagian depan kurta ini saling tidak tumpah dengan busana yang dipakai oleh Chef di hotel. Ada netizen mengusik bahawa baju sebegini memang sesuai untuk lelaki bujang yang perlu membasuh pinggan di dapur. Manakala netizen lain pula menyatakan tidak mustahil satu hari nanti, uniform bomba pula akan dijadikan baju raya.

"Pakai ni karang, orang asyik mintak menu la."

"Okla tu, dia pergi beraya rumah orang, dia masak. Tuan rumah 'happy'."

Kredit foto: Twitter

Sementara itu, ada yang mengusik pelajar jurusan kulinari tidak perlu membeli baju raya. Ini kerana boleh ulang sahaja uniform yang ada. Malahan rupa-rupanya baju kurta juga pernah dijadikan uniform bagi masyarakat Jawa, lama sebelum kita membuat kurta ala-ala Chef.

Kredit foto: Twitter

Jadi, bagaimana? Anda sudah memilih baju raya untuk sidia tersayang? - CARI 

1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 12-4-2019 12:06 PM
x minat langsung
utk ank teruna da siap tempah baju melayu cekak musang
sepasang rm90, da siap da pun..tunggu nak pakai raya jerk
Quote lee_sakura 12-4-2019 12:19 PM
trend hipster ni...dulu baju melayu sekali dgn hud kepala
Quote Kurex 12-4-2019 12:23 PM
Makin lama makin buruk..
Baju melayu yg sedia ada dah cantik
Quote aleesyasofia 12-4-2019 01:11 PM
kalo jd tukang msk oklah.. ssuai duduk dapur.. msk n layan tetamu waktu raya nanti..
Quote zhoney 12-4-2019 01:16 PM
Kira 2 in 1 la ni.....sambil masak sambil raya....bole la amik ati bakal mak mertua
Quote ikanmasin 12-4-2019 01:24 PM
Quote buapakperut 12-4-2019 01:49 PM
sape pakai suh dia memasak. jangan tau bedal juadsh pastu sembang2 sampai terbongkang mcm ikan kering berjemur depan tv
Quote arm_band 12-4-2019 01:55 PM


tak segak pun
Quote buragazz 12-4-2019 02:16 PM
Eleh sumer tak boleh.. bior la.. kekadang ada anak bujang yang tolong masak oagi raya bantu mak kat rumah.. balik sembahyang raya terus masuk dapur senang kan..
Quote RatuDunia94 12-4-2019 02:26 PM
Masih dlm norma iols rasa.. xde la buruk yg mcm sleeveless tunjuk muscle tu..
Quote syadq 12-4-2019 02:27 PM
Sesuai untuk cover perut.
Quote ducklifee 12-4-2019 03:16 PM
This new shirt model is very strange and innovative. Looks very young, I really like this shirt model.

happy wheels
Quote Artemesiaa 12-4-2019 03:37 PM
Yang tradisi jugak masih cantik dipandang
Quote saviour_09 12-4-2019 03:50 PM
baju melayu tradisional tak sesuai lg dah ke?

or maybe tak acah2 urban?
Quote lattehazelnut 12-4-2019 06:24 PM
Baju melayu cekak musang dengan color yang sesuai lebih macho
Quote Victorioussss 12-4-2019 07:20 PM
Dtg la jubah ke, kurta ke, baju chef ke

Iols still baju melayu cekak musang. Last beli 3 tahun lepas john master
This year 4 tahun pakai baju sama dn masih cantik
Quote snowater 13-4-2019 07:25 AM
hahah.nak berfesyen sgt kan..
Quote cassriena 13-4-2019 10:11 AM
lawakk pulak tgk design baju melayu chep tu... so leh la panggil chef wan jadik model

apa pun baju melayu cekak musang or teluk belanga jugak jadi pilihan nanti
Quote AwanCikDania 13-4-2019 10:18 AM
Kurta yg pesen biasa tu dh lawo. Mmg nampak mcm baju chef pon. Cuma ada mcm2 kaler

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.090095 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top