CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Azhan Rani Buatkan Penonton Kanak-Kanak Menangis Tersedu-Sedu

15-4-2019 01:18 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 11335| Komen: 47|Original author: Oleh: Azza





Pelakon berkaraktor yang popular dengan watak jahatnya, Hamadi dalam Nur 2 bukan sahaja membuatkan penonton geram tetapi juga mampu membuatkan penonton menangis. Azhan Rani memang antara pelakon berbakat. Lebih syahdu ialah yang tersentuh itu adalah kanak-kanak hingga mereka menangis terisak-isak kerana terkesan dengan watak yang dibawakannya dalam Cerekarama Restu Ayah yang ditayangkan sabtu lepas.


Azhan memegang watak sebagai ayah yang kurang upaya setelah terlibat dalam kemalangan, berjaya menjiwai wataknya dengan dibantu oleh seorang lagi pelakon Nur, Raja Atiqullah. Dengan mimik muka kasihan, mulut terherot serta wataknya yang terjatuh setelah dilayan kasar oleh anaknya membuatkan kanak-kanak ini tidak dapat menahan hibanya.

Beberapa video kanak-kanak tersebut menjadi tular di media sosial kerana kesungguhannya menangis hinggakan ibu dan ayahnya terpaksa memujuk menyatakan ia adalah sebuah lakonan. 

Pada mulanya kanak-kanak tersebut tidak percaya hinggalah ayahnya menunjukkan laman Instagram Azhan sendiri, barulah dia okey.

Kredit foto: IG

Azhan dalam kemas kini di Instagramnya mengharapkan agar lakonannya mampu memberi iktibar kepada semua penonton, menerusi pengalamannya sendiri.

Kredit foto:



Selain itu, ada seorang lagi kanak-kanak turut menangis kerana drama itu yang turut dikongsikan di laman media sosial. 


Rata-rata penonton dewasa turut tersentuh dengan lakonan Azhan kerana realitinya, ia memang wujud dalam masyarakat kita. Nampaknya populariti Azhan Rani kini semakin melonjak dengan lakonannya yang berkesan. Apatah lagi Azhan juga turut rajin mengemaskini laman media sosial yang menarik ramai perhatian penonton drama Melayu. Tahniah kami ucapkan. - CARI 
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umie 15-4-2019 01:38 PM
Alamak...rugi x tgk
Quote EvieWanKenobi 15-4-2019 01:40 PM
part sedih masa dia beli kek nak
sambut besday anak dia..
Quote shernazz 15-4-2019 01:42 PM
Bibir pink...
Quote Iris. 15-4-2019 02:09 PM
nasib tak tengok... kang susah pula nak coverina kesat ayaq mata
Quote Themilo 15-4-2019 02:10 PM
iols tak mengalir air mata, tapi berair mutiara tengok atiq azman jaaaa
Quote DeeHanania 15-4-2019 02:17 PM
Sedih part yg Azlan suap kan nasi,
siap bising suro Ayah dia cepat abiskan makanan,
jugak Azlan menggorengkan ikan buh nasi letak kan atas meja,
Ayah yer x bangun, rupa yer dah mninggal msa tu
sebak yer!!!
Quote dewi_rina 15-4-2019 02:35 PM
Ye weh.. anak i tengok dia kata sedih
Sebab i dah tido masa tengok cerita tu
Quote dewi_rina 15-4-2019 02:35 PM
Themilo replied at 15-4-2019 02:10 PM
iols tak mengalir air mata, tapi berair mutiara tengok atiq azman jaaaa

Yg nie basah bukan sbb airmata
Nie becak

Quote kucingitam 15-4-2019 02:41 PM
2 channel dia tapau...tv1 dgn tv3
Quote yayangmama 15-4-2019 02:58 PM
EvieWanKenobi replied at 15-4-2019 01:40 PM
part sedih masa dia beli kek nak
sambut besday anak dia..

kannnn...mmg part tu plg sedih

tp bila anak tegur mama nangis ek...trus xjd nak sedih haha

Quote lil_honey 15-4-2019 03:00 PM
azhan rani memang de best...iols penah tweet pasal lakonan dia yang dalam samudera rindu..
dia elok retweet iols punye tweet.
Quote didinfriends 15-4-2019 03:12 PM
Dia ni seronok kalau follow kt insta. Caption semua kelakar2.
Quote top5complete 15-4-2019 03:21 PM
best ke cerita ni.. nak layan kat mana ni
Quote tagas 15-4-2019 03:46 PM
part anak dia marah bapak dia sbb kan kematian mak

aku trus swich off tv sbb dah sgt
Quote haruslah 15-4-2019 04:09 PM
rugi x tengok haritu
ni baru betul belakon
bukan bace skrip
Quote RatuDunia94 15-4-2019 06:12 PM
Dulu masa iols kanak2 pon iols ada menangis tengok drama ape entah x ingat tajuk dia.. pompuan tu tunggu laki dia kat jeti tepi laut hari2 tunggu suami dia x balik2.. ost drama tu dendam terlerai.. sedih woo.. basah baju kesat air mata..
Quote fadz84 15-4-2019 06:20 PM
RatuDunia94 replied at 15-4-2019 06:12 PM
Dulu masa iols kanak2 pon iols ada menangis tengok drama ape entah x ingat tajuk dia.. pompuan tu tu ...

Tu cite Dendam Terlerai yg nor aliah lee berlakon tu kot.. I dulu nangis masa kecik sbb tgk cite yg Uji Rashid berlakon yg anak dia hampir jatuh dlm lubang tu.. sedih sungguh..
Quote siq 15-4-2019 08:06 PM
RatuDunia94 replied at 15-4-2019 06:12 PM
Dulu masa iols kanak2 pon iols ada menangis tengok drama ape entah x ingat tajuk dia.. pompuan tu tu ...

citer neh,,nuraliah lee nangis peluk kayu pacak kat jeti sampai terduduk berjurai air hidung nangis tunggu situ,,, syahdu giles kot
Quote slyfynx 15-4-2019 10:04 PM
fadz84 replied at 15-4-2019 06:20 PM
Tu cite Dendam Terlerai yg nor aliah lee berlakon tu kot.. I dulu nangis masa kecik sbb tgk cite y ...

Cite ni aku pun igt jgk. Anak die jatuh dalam lubang ape ntah... tp x dpt recall tajuk nor jalan cerita

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.175949 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top