CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Keith Foo Buang Tatu Sebagai Perjalanan Baru Bermula

17-4-2019 11:27 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 16859| Komen: 58|Original author: Oleh: Azza




Pelakon yang terkenal dengan drama Ariana Rose, Keith Foo mengejutkan peminatnya apabila membuat keputusan untuk membuang semua lukisan tatu yang berada di tubuhnya. Dengan kapsyen "It is a tranformative journey - growing up, spiritual awakening, giving up fixed ideas and open-mindedness", Keith menjelaskan yang perjalanannya baru bermula.

Berkongsi di laman Instagram, Keith menjalankan operasi tersebut di sebuah pusat estetik Petaling Jaya, Selangor.


Sesetengah orang buat tatu untuk seronok-seronok dan ada juga mempunyai maksud tersendiri. Namun kebanyakannya melukis tatu untuk seumur hidup.

"Saya melukis tatu pertama pada usia 18 tahun dan selepas 18 tahun, tatu tersebut saya buang. Saya tidak menyesal (sebenarnya saya suka). Ia mempunyai maksud tersendiri.

Kredit foto: IG



Keith juga meletakkan beberapa keping gambar di IG Storynya dan menjelaskan ianya adalah rawatan Pico Laser (teknik rawatan terbaharu dan tidak menyakitkan).

Keith juga tidak pernah menyembunyikan tatunya dan kerap memperlihatkan tubuh di laman sosial. 

Kredit foto: IG

Keith berkahwin dengan Kim pada 2015 dan mempunyai cahayamata, Skylar Raymond yang kini berusia dua tahun. - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nordin84 17-4-2019 11:59 AM
iols baru layan ariana rose mggu ni..baru pasan hemsem keith ni ea
dan xsangka tekya pun cantik..tp apsal kat ig dia muke tekya lain macam
Quote RatuDunia94 17-4-2019 01:53 PM
Masuk islam je keith. Mesti boleh naik balik n jd hero pujaan malaya..
Quote cikpolop 17-4-2019 01:58 PM
RatuDunia94 replied at 17-4-2019 01:53 PM
Masuk islam je keith. Mesti boleh naik balik n jd hero pujaan malaya..

Hans dulu pun ramai hrap convert...
Quote greantea 17-4-2019 02:01 PM
maaf kalo salah tp tatto tu x sepenuhnya boleh dibuang kan. dia cuma boleh cover tattu tu je kan. nak derma darah tetap x boleh kan
Quote pumpkingirl 17-4-2019 02:23 PM
Dia ni mcm ke arah org baik2..nak sebut Islam/melayu mcm tak sesuai..mungkin salah satu sbb diorg berpisah ke..sbb the wife very the sosial clubbing enjoy sana sini..
Quote Burong_Hantuk 17-4-2019 03:22 PM
kadang kadang kasehan sama keith,sering rindu pada anaknya.
Quote ira_229 17-4-2019 03:29 PM
kata org buang tattoo lebih seksa sakitnya dari buat tattoo..klu tk salah mcm perna baca dari ig artis kristian diorg pon dilarang buat tattoo...masa tu dia da nk balik ke pangkal jln dia terpaksa buang semua tattoo dia...
Quote ogata 17-4-2019 03:30 PM
greantea replied at 17-4-2019 02:01 PM
maaf kalo salah tp tatto tu x sepenuhnya boleh dibuang kan. dia cuma boleh cover tattu tu je kan. na ...

i pun teringin nak tahu pasal buang tatu ni.
sebab masa sekolah dulu kelas kami ada masuk mandi jenazah..ada lah sentuh pasal pesakit aids hiv dan tatu.
lepas tu ustaz tu cakap tatu mmg tak leh d buang..memang secara zahir nya nampak pada dermis dan eperdemis..tapi tatu tu serap sampai ke tulang kita...jadi kalau ada kawasan tatu yg telah terbuang tu akan di cuci secara seperti mana kulit kita bertatu.

harap ada la ang boleh clarify lagi.


Quote AkuMark 17-4-2019 04:01 PM
ogata replied at 17-4-2019 03:30 PM
i pun teringin nak tahu pasal buang tatu ni.
sebab masa sekolah dulu kelas kami ada masuk mandi j ...

Kira xhilang 100% ke mcm mana?
Quote ogata 17-4-2019 04:36 PM
AkuMark replied at 17-4-2019 04:01 PM
Kira xhilang 100% ke mcm mana?

seperti ustaz saya cakap masa tu..secara zahir nya hilang..
Quote vee_zara 17-4-2019 04:39 PM
ogata replied at 17-4-2019 04:36 PM
seperti ustaz saya cakap masa tu..secara zahir nya hilang..

tak brapa faham u cakap apa,l. Tp ikut pemahaman logik akal i, tak mungkin tatoo akan diserap sampai ke tulang. Ink tatoo ni di suntik hanya sampai dermis sahaja.
Quote supermum 17-4-2019 04:58 PM
vee_zara replied at 17-4-2019 04:39 PM
tak brapa faham u cakap apa,l. Tp ikut pemahaman logik akal i, tak mungkin tatoo akan diserap sam ...

Pitam kalau sampai ke tulang. Mau guna full bius masa buat ahahha ustaz tu tak pandai explain melalui cara saintifik rasanya
Quote vee_zara 17-4-2019 05:01 PM
supermum replied at 17-4-2019 04:58 PM
Pitam kalau sampai ke tulang. Mau guna full bius masa buat ahahha ustaz tu tak pandai explain mela ...

Ustaz2 pun merapu jugak sbnrnye. Pepandai nak takutkn orang lelagi budak skolah. Contoh kalau kalerkan kuku nnt kuku tu kena cabut or kena kikis. Padahal 30 tahun lalu tu dah ada remover utk hilangkan pewarna kuku.
Quote AkuMark 17-4-2019 05:09 PM
ogata replied at 17-4-2019 04:36 PM
seperti ustaz saya cakap masa tu..secara zahir nya hilang..

Ohh luaran je la yg hilang...hmmm..
Quote aderaderker 17-4-2019 05:25 PM
Yg I paham,  laser tattoo removal tu dia pecahkan pigment ink.
So basically ink tu yg hilang tp tattoo tu still wujud.
Korek me if I'm wrong.

Sampai ke tulang tu idok le...
Quote Rayna90 17-4-2019 05:30 PM
vee_zara replied at 17-4-2019 05:01 PM
Ustaz2 pun merapu jugak sbnrnye. Pepandai nak takutkn orang lelagi budak skolah. Contoh kalau kale ...

Kan.. i dulu bila ustazah kata kena kopek kuku bila mati i was like.. kenapa eh.. tak boleh guna nail polish remover ke?
Quote SherryZass 17-4-2019 05:39 PM
Macam sakit je nak buang tu Heolls nampak hensem masa dia berlakon ariana rose, crush kejap
Quote NotYou 17-4-2019 05:39 PM
greantea replied at 17-4-2019 02:01 PM
maaf kalo salah tp tatto tu x sepenuhnya boleh dibuang kan. dia cuma boleh cover tattu tu je kan. na ...

Blh hilang tapi kena pergi beberapa kali...dulu iols ada anak saudara buat tatoo ...parents dia hantar gi doc buat laser few times  gitu baru hilang and sgt mahal setiap kali buat laser...nasib baik outline saje kalau full color kat dlm memang makan masa...setiap kali lepas laser merah bengkak ...
Quote nordin84 17-4-2019 05:40 PM
adam corrie ade explain pasal buang tatu ni,dia pun separuh badan bertatu..xbuang pun..pasal tu dia ihram pakai full

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.063805 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top