CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kaut Untung Salah Guna Kad Petrol PDRM, Lans Koperal Dipenjara Dan Sebat

17-4-2019 03:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2949| Komen: 15

Anggota polis mengaku bersalah menyalahgunakan harta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bernilai lebih RM90,000, dua tahun lalu, lapor Bernama.

Sebaik membuat pengakuan itu, Mahkamah Sesyen Melaka menjatuhkan hukuman penjara empat tahun lapan bulan, denda RM92,000 dan tujuh sebatan terhadap anggota polis berpangkat Lans Koperal terbabit.


Mohd Nur Baderyshah Matasum, 34, didakwa dengan tujuh pertuduhan menyalahgunakan kad inden minyak petrol bagi kenderaan rasmi PDRM.


Foto: NSTP

Bagi kesalahan itu, mahkamah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan, denda antara RM8,000 hingga RM18,000 atau penjara sebulan jika gagal bayar dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh dia dituduh iaitu penjara empat tahun lapan bulan, denda RM92,000 atau penjara tujuh bulan dan tujuh sebatan.


Mengikut fakta kes, anggota polis itu menyalahgunakan Kad Inden Minyak Petrol Kenderaan Rasmi PDRM, ‘Kad Smart Pay’ bagi mendapatkan wang tunai berjumlah RM90,422.90 di Stesen Minyak Petronas Kelemak, Alor Gajah antara 1 Mac dan 30 September 2017.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara maksimum lima tahun dan denda serta sebat.

Difahamkan, tertuduh bertanggungjawab menyelia kad inden dan pengisian minyak kenderaan pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah.

Dia kemudian mengarahkan penyelia stesen minyak berkenaan untuk meleretkan ‘Kad Smart Pay’ secara rawak apabila orang awam mengisi minyak.

Bayaran daripada orang awam akan diketepikan untuk diserahkan kepadanya, manakala caj bayaran pengisian minyak akan dijelaskan PDRM melalui tuntutan pihak Petronas Dagangan Berhad bagi penggunaan ‘Kad Smart Pay’ itu.

Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Irwan Shah Abdul Samat sebelum ini memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran, namun tertuduh merayu hukuman diringankan.

Dia mendakwa hanya menggunakan RM60,000 daripada jumlah terbabit untuk menanggung kos rawatan ibunya di Sarawak. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 17-4-2019 04:20 PM
x psl2....               
Quote ayyyyangg 17-4-2019 05:45 PM
Haish.....
Quote sharlenetexas 17-4-2019 05:48 PM
Ni baru sorang dah kaut 90k.
Quote giyomi 17-4-2019 06:23 PM
Edited by giyomi at 17-4-2019 06:31 PM

klu 2 thn dulu ko bole lepas, tutup mata jer. songlap banyak mana pon takan ada tindakan. Not nw hokey.
Quote CiliPadiSedap 17-4-2019 11:29 PM
Akak biasa swipe kad kredit tetiba kena bayar hutang..
Quote buapakperut 18-4-2019 12:37 AM
takde integriti
Quote pai.kacang 18-4-2019 02:57 PM
wah3.. panjang akal ko ye. yang tukang leret tu tak kena sekali?
Quote kenarikelabu 18-4-2019 03:41 PM

Ya betul. Mentang2 la pakai uniform camtu, ingat bebas leh buat apa saje ke?

Quote jazaa100 18-4-2019 03:48 PM
Edited by jazaa100 at 18-4-2019 03:49 PM
giyomi replied at 17-4-2019 06:23 PM
klu 2 thn dulu ko bole lepas, tutup mata jer. songlap banyak mana pon takan ada tindakan. Not nw hok ...


Iya ke?.....

Jd yg byk kes songlap dulu tu tahun bila, baru 2 tahun ni je ke?
#asalbolehkomen
Quote giyomi 18-4-2019 07:08 PM
mksud aku, time you know parti mana perintah boleh lar pejam mata.

#takfikirpanjangterusnakhencap
Quote kucengcomel 19-4-2019 02:26 PM
90k???!!! 6 bulan je ko curik byk tu! kalua xditangkap, ntah berapa ratus ribu ko pulun sorang..x berkat bang oi guna duit tu utk rawatan mak ko...skali ngan ko sakit terus...elok je dipenjara...harapkan pegar, pegar makan padi!!
Quote Jorja 20-4-2019 07:58 AM
Gaji ciput bukan alasan utk rasuah atau mcuri ya
Quote Otaku85 20-4-2019 05:10 PM
Makan babi tak nak pula haram katanya
Quote LadyCarefree 12-7-2019 04:36 PM
giyomi: mksud aku, time you know parti mana perintah boleh lar pejam mata.#takfikirpanjangterusnakhencap


Silakan. Ni pon forum membawang. #selagibolehkomen
Quote Lengkong 12-7-2019 04:40 PM
Dah dijatuhkan hukuman.. semoga jadi pengajaran untuk orang lain




Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.122868 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top