Wajah pemandu pelancong yang memberikan penerangan tiba-tiba berubah menjadi muram dan sugul apabila kami memasuki sebuah ruangan di Tuol Sleng Genocide Museum. 'This is where some of my families were murdered' katanya menahan tangisan.
Muzium Tuol Sleng adalah antara beberapa bangunan lama yang menyimpan sejarah kekejaman pemerintahan Parti Komunis Kemboja atau rejim Khmer Rouge di bawah pemerintahan pemimpinnya, Pol Pot. Dalam tempoh pemerintahan dari 1975 hingga 1975, rejim Pol Pot membunuh hampir dua juta rakyat Kemboja dengan kejam kerana disyaki menentang cita-citanya untuk menjadikan negara itu sebuah negara komunis berasaskan agraria dan menolak pasaran bebas dan kapitalisme. Kini, kota Phnom Penh menyimpan sejuta kenangan hitam pemerintahan Pol Pot dan jika anda seorang yang meminati bandar bersejarah, ini cadangan beberapa tempat yang boleh anda kunjungi; 1. Tuol Sleng Genocide Museum (S21-Prison) Muzium Tuol Sleng asalnya sebuah sekolah menengah yang dijadikan salah sebuah daripada puluhan penjara ketika pemerintahan Pol Pot dan dinamakan Security Prison 21 (S-21). Selepas kejatuhan rejim komunis itu, penjara ini dijadikan Muzium yang menyimpan banyak khazanah bersejarah. Dianggarkan sekitar 20,000 orang pernah dipenjarakan dan diseksa di sini. 2. Choeung Ek Genocidal Centre (The Killing Fields) Mana-mana banduan yang didapati mengancam pemerintahan Pol Pot akan dibunuh di beberapa kawasan perkuburan beramai-ramai dinamakan Killing Fields. Tapak pembunuhan di Choeung Ek yang terletak 17 kilometer dari S-21 ini adalah The Killing Fields yang terbesar di negara itu, di mana rejim Khemer Rouge dikatakan menyeksa dan memenggal lebih sejuta banduan pada 1975-1979. Kini, tapak ini menjadi pusat peringatan yang menyimpan tulang-tulang dan tengkorak mangsa. 3. Wat Phnom Wat Phnom atau Mountain Pagoda adalah sebuah kuil Buddha yang terletak di pusat bandar Phnom Penh. Dibina pada 1372, kuil ini mempunyai ketinggian 27 meter dari paras tanah dan menjadi symbol keagamaan paling tinggi di kota ini. 4. Royal Palace dan Silver Pagoda Royal Palace dan Siver Pagoda terletak di kompleks bangunan di mana Keluarga Diraja bersemayam. Istana ini telah didiami pemerintah Diraja sejak tahun 1860, tetapi pernah ditinggalkan sementara ketika pemerintahan rejim Pol Pot. Kini, kompleks bangunan diraja ini boleh dilawati pelancong pada masa-masa tertentu. Pastikan anda mengenakan pakaian bersesuaian. 5. Senja Di Sungai Mekong Seperti di Vietnam dan Laos, kota Phnom Penh juga direntasi oleh Sungai Mekong dan jika anda menggemari pemandangan di waktu senja, banyak bot dan perahu boleh disewa untuk menyelusuri sepanjang sungai. Anda pasti terpesona dengan pemandangan indah kota Phnom Penh. 6. Independence Monument Monumen kemerdekaan dengan bentuk gabungan stupa dan lotus direka oleh arkitek tempatan ini dibina pada 1958 untuk memperingati hari kemerdekaan Kemboja daripada pendudukan Perancis. Ianya terletak di antara dua jalan paling sibuk, Norodom Boulevard dan Sihanouk Boulevard di tengah kota raya. Monumen ini mempunyai ketinggian 37 meter dan tempat wajib untuk merakam gambar kenangan. 7. Central Market Disebut juga sebagai Phsar Thmey yang bermaksud New Market menjadi pusat membeli-belah cenderamata dan peringatan. Ia dibina dengan reka bentuk menarik ala Perancis. Antara barangan yang dijual di sini termasuklah kemeja T, perhiasan, batu permata, bunga, kasut, rempah ratus, makanan kering dan sayuran. Di sini anda boleh tawar-menawar walaupun ada penjualnya yang mudah melenting. Penulis pernah dimaki oleh seorang penjual yang tidak berpuas hati kerana tidak jadi membeli barang jualannya. Rasanya, tidak lengkap jika hanya mengunjungi Siem Reap untuk melihat sejarah kuno Kemboja. Jadi, pastikan anda singgah ke Phnom Penh juga untuk mempelajari sedikit sebanyak sejarah pahit negara itu ketika berada di bawah pemerintahan komunis. - CARI |
12
Bagus |
6
Marah |
8
Terkejut |
7
Sedih |
7
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT