Seorang lelaki mendakwa tidak pernah mengalami demam selesema selama hampir 20 tahun kerana mengamalkan petua pelik dan menjijikkan. Menurut Metro.co.uk, setiap kali ke bilik air, Sam Cohen, 41, akan meminum air kencingnya sendiri melalui hidung. Eeww!
Selain merawat pelbagai penyakit, guru yoga dari Islington, London itu turut mendakwa adegan ranjangnya lebih memuaskan selepas mengamalkan teknik itu. "Tak mungkin anda akan jatuh sakit jika meminum air kencing melalui hidung secara berterusan. "Apabila tubuh mula terasa tidak enak, cukup dengan sekali hirupan air kencing melalui hidung saja tubuh anda akan terus segar," katanya dengan penuh keyakinan. Cohen yang masih bujang mendedahkan dia selalu membawa secawan air kencing ke mana saja dia pergi dan meminumnya di dalam bilik air. "Saya pernah melakukannya ketika berada di dalam pesawat, hotel mewah di London (Dorchester Hotel) dan di beberapa kelab malam terkenal," ujarnya. Bercerita mengenai hubungan intimnya, Cohen yang juga mengamalkan ajaran Taoisme mengakui dia sebelum ini mudah lesu dan cepat mengantuk. "Ketika berusia 22 tahun apabila saya mula mengamalkannya, saya rasa tubuh semakin cergas," katanya yang menyifatkan meminum air kencing boleh meningkatkan syahwat, menjadikan lelaki lebih tegang dan bertahan lebih lama. Mungkin sudah terbiasa melakukannya, Cohen juga meminum air biasa, wain, jus sayur-sayuran dan buah-buahan melalui hidung! Katanya, dia sudah mendapatkan pandangan doktor dan mereka mengatakan ianya tidak berbahaya. Namun, doktor tidak pasti sama ada ia bermanfaat kepada manusia. Aduhai, elok-elok boleh minum air melalui mulut, dia pilih guna hidung. Air kencing pula tu diminumnya! - CARI
|
matchstick replied at 19-4-2019 04:15 PM
Itu air kencing dia ke...kuning nye. yekk
puteribaya replied at 19-4-2019 04:21 PM
teringat satu makanan tradisi kat China..telur ayam direbus dalam airkencing anak lelaki yg belum ...
insulin replied at 19-4-2019 04:34 PM
Uiiii.... sangat menjijikkan....
puteribaya: teringat satu makanan tradisi kat China..telur ayam direbus dalam airkencing anak lelaki yg belum baligh..katanya rasanya sedap, dan boleh mencegah da ...
puteribaya replied at 19-4-2019 04:21 PM
teringat satu makanan tradisi kat China..telur ayam direbus dalam airkencing anak lelaki yg belum ...
tom2 replied at 19-4-2019 05:34 PM
oh patutla time aku tadika nak kencing, cikgu tu suruh kencing dalam baldi, lepas tu aku tgk ban ...
chinta89 replied at 21-4-2019 09:01 AM
ye, penah ade thread ni. iols rse kegelian yg amat!
budak2 tadika diambil air kencingnya then t ...
ADVERTISEMENT