CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Who Are Yous?" Di AME - Banyak Wajah Langsung Tidak Dikenali, Artis Popular Tidak Dapat Duduk?

24-4-2019 12:00 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 17791| Komen: 69|Original author: Oleh: Azza


Anugerah Meletop Era (AME) 2018 sudah melabuhkan tirainya. Namun biasalah mesti ada suara-suara yang tidak berpuas hati dengan penganjuran tersebut. Antara yang diperkatakan ialah Sharifah Shahira tidak mendapat tempat duduk yang selayaknya walaupun tercalon dalam satu kategori. Namun, nasibnya baik apabila staf Astro mencarikannya tempat duduk nun di hujung, jauh dari pentas.


Hal ini membawa kepada siapakah yang memenuhi tempat duduk di dalam Arena? Kebanyakannya adalah wajah-wajah yang tidak dikenali. Pengulas hiburan sensasi, Sepit Siput (juga popular sebagai forumner Gossip Cari satu ketika dahulu) mengulas isu ini di samping bertanyakan pengikutnya, siapakah wajah-wajah sendu itu?

Kredit foto: IG

Memulakan dengan wajah-wajah yang berada di dalam dewan hingga sebahagian besarnya langsung tidak dikenali membuatkan Sepit Siput bertanyakan kepada pengikutnya siapakah mereka? Dan rata-rata menjawab mereka tidak mengenali wajah tersebut kecuali beberapa wajah seperti Pembantu Peribadi Syafiq Kyle dan pelakon drama.


Bagaimanapun ia jelas menyatakan yang ramai muka-muka baru dalam industri hiburan hingga tidak ramai mengenali mereka ini.

Kredit foto:

Seterusnya Sepit juga mempersoalkan kehadiran wajah-wajah yang tidak dikenali di Karpet Merah. Mengapakah rata-rata hadirin yang dijemput tidak popular? Atau mereka berada di dalam arus hiburan media sosial semata-mata? Malahan Pembantu Peribadi juga berjalan di karpet merah mengiringi artisnya dan mendapat tempat duduk seperti PA Remy Ishak dan PA Syafiq Kyle. Malahan jurusolek artis juga turut lalu dan berposing di karpet merah. Ia seperti situasi yang caca marba atau memang kita sedang mengangkat mereka yang berada di sebali tabir untuk turut bersama-sama berada di hadapan lensa kamera?

Kredit foto: IG

Kredit foto: IG
Nampaknya AME bukan sahaja menjadi majlis anugerah yang 'syok sendiri' tetapi kehadiran tetamu yang tidak dikenali juga membuatkan taraf majlis ini haru biru. Apa pendapat anda? Ada yang dikenali atau 'Who are yous?" - CARI 
2

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • kroit92

  • Cikcak92

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Redhead 24-4-2019 12:09 PM
Edited by Redhead at 24-4-2019 12:30 PM

Takde standard punya award.. guest pun tak tapis.. Mesti tiket tu dia main pas2 dan dihulur2 di tepi jalan janji penuh kan vanue sudah.. klau nak harap artis2 gred A dtg mmg jgn harap la.. ..
Quote mieymiey 24-4-2019 12:10 PM
Tapi betul weyh, meols dengan kawan meols tengok kat youtube tiap kali camera fokus kat arena, mulut meols otometik akan sebut 'ni saper?', 'saper ni?'. Meols tak kenal langsung walau gigih berkuntum di bodgos sambil melahar reputz yang rajin tepek gosip bersumberkan twitter dan ig.
Quote minahmanja 24-4-2019 12:11 PM
tk silap min, geng2 instafamous pun ade jln kat red karpet..  ade prsn kat ig era ari tu..
Quote bawangkecik 24-4-2019 12:13 PM
tak relevan dah AME ni. kosserrr
Quote Badigol 24-4-2019 12:15 PM
ingatkan kita sorg je rs mcmtu..spnjg tgk kt tv time camera tnjuk muka muka dpn stage ni,tak ada sorg pn i kenal melaikan,remy,amaramyra,SK,nana,KB,wani,babypian..artis senior yg femes2 lain tak datang support AME ke?ramai golongan bbnu je i tgk....ssuai la dgn anugerahnya kan..
Quote LipasComel 24-4-2019 12:25 PM
tiap2 tahun adaa je berkutik cerita tak best pasal AME ni. tp AME ni mmg mcm anugerah BBNU pun kan?
Quote laksmanabentan 24-4-2019 12:30 PM
yang penting FINAS takde komplen hokkayyy...
Quote smudger01 24-4-2019 12:36 PM
Laaa...bukan ke ni anugerah berprestij?
Quote dekmieDandy 24-4-2019 12:36 PM
berdasarkan instastory yang aku tengok la dari kak rara ni lar

banyak talent company yang gigih dok usuung semua muka-muka baru ni, sebab nak kenalkan dengan orang dalam industri sendiri

kadang-kadang kan penerbit, pengarah etc-etc pon datang gak award show ni, so dia bawak sekali nak kenalkan dekat diorang
Quote electricopop 24-4-2019 12:50 PM
Sian nye retis retis yang pegi xde seat. lol.
Quote kaseh80 24-4-2019 12:58 PM
Low class
Quote adeqo 24-4-2019 01:04 PM
Baik la jemput org tak dikenali.. dari retisss bila kamera tnjukk muka sibukk tgok hp.. tepukk pun pemalass.

Aku tgok byk retis BBNU je yg meriahkan suasana.. sume guest artis yg dtg ame kali ni aku tgok betul2 hargai show.. layan lagu sama2..  elizad paling win.. mcm ni baru betul.. xde laa dukk tgok hp jerr..
Quote meteorspeed 24-4-2019 01:07 PM
low class nyer award sama ngan pengacara hehehe..terkinja kinja atas pentas walaupun bertuung..pe kes
Quote kaklong32 24-4-2019 01:10 PM
ntah sape2 x kenal lgsg
nasib ai x tgk
tgk kat YT je tu pon part syafiq farhain nyanyi
Quote dreamdaddy 24-4-2019 01:13 PM
so??? finas taknak take note? shiera tu dah mmg calon. so sapa pulak yg gi duduk kat tempat2 calon tu? dpt jemputan ke tak??
Quote namieamuro 24-4-2019 01:14 PM
lantak korg la..dh keluar stetmen dedua pihak baru la iols nilaikan

yg penting, iols still tak bole move on dgn seseorg penari berseluar palazo yg teros terserlah kependekan kt stage
Quote superwhy 24-4-2019 01:48 PM
hkahkakhakh banyak wei bbnusssssssssssssssss...kesian sheira ijoy...apobondo la organizer ni..org tu top5 kot..giler betul merentong haukkkkkkkkkkkkkk
Quote blue^panther 24-4-2019 02:03 PM
Sape kata semua BBNU jer??? Ada jugak yg dh kertu dtg, tp bukan retis la.....makeup retis la, kawan2 pada kawan retis la.....acah2 org hiburan, asal dapat join masuk tv.....astro mesti nk bg nmpak majlis dia meria dpt sambutan, sbb tu asal  boleh je jemputan dia......whoareyus pon boleh
Quote YomiuriLandMae 24-4-2019 02:13 PM
retis gred A yg iols nmpk aritu dayang, sheiraijoy itu je la.. yg lain x sure plak.. but mostly bbnussss je dtg.. and whoareyuusssss..

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.042069 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top