Penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin bukan sahaja mempunyai peluang besar untuk menang jika bertanding dalam pilihan raya malah berpotensi untuk menjadi Perdana Menteri pertama daripada golongan selebriti. Andaian itu dibuat berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Nobleman Creation's Digital Marketing, Na'im Brundage bagi mengenal pasti lima selebriti tempatan yang akan menang jika bertanding dalam pilihan raya. Kajian tersebut melibatkan seramai 300 selebriti tempatan dan potensi mereka untuk menang diukur melalui jumlah carian nama mereka di Google setiap bulan.
Siti Nurhaliza mendahului senarai dengan mencatatkan lebih 90,000 carian diikuti oleh Neelofa (70,000 carian), Yuna (60,000 carian), Aiman Tino (40,000 carian) dan Fattah Amin (30,000 carian). Idea untuk melakukan kajian itu timbul berikutan kemenangan pelawak terkenal Ukraine, Volodymyr Zelensky dalam pilihan raya presiden di negara berkenaan baru-baru ini. Kajian sama turut mendapati jumlah carian Google untuk ahli-ahli politik Malaysia bertaraf Ahli Parlimen tidak jauh berbeza dengan jumlah yang dicatatkan bagi selebriti tempatan. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menduduki tangga teratas dengan lebih 110,000 carian, mendahului Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mencatatkan lebih 90,000 carian. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berada di tempat ketiga (90,000 carian) diikuti Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (60,000 carian) dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (33,000 carian). Mungkin carian Google sahaja tidak memadai untuk mengukur potensi golongan selebriti untuk menang dalam pilihan raya kerana dunia hiburan dan dunia politik mempunyai cabaran yang sangat berbeza. -CARI |
Badigol replied at 25-4-2019 12:18 PM
mana khai bahar dan syafiq kyle top top meletop
ADVERTISEMENT