Tiada manusia yang sempurna dan bebas dari dosa. Pelakon Iqram Dinzly mengkritik tindakan segelintir pendakwah selebriti yang disifatkannya mudah menjatuhkan hukum atas kesilapan orang lain.
Dalam temu ramah bersama mStar Online, Iqram menegaskan sebagai individu mendalami ilmu agama, mereka sepatutnya memberi penerangan berlandaskan ilmu yang ada, bukan mengadili dengan sesuka hati. "Pendakwah muda, jangan sesuka hati nak keluarkan dalil dan menjatuhkan hukum atas kesilapan orang lain secara terbuka. "Anak muda kita banyak belajar daripada media sosial, bukan berguru secara berdepan dan bahaya jika mereka ambil bulat-bulat isinya tanpa mengetahui maksud sebenar yang cuba disampaikan," ujarnya. Iqram juga meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir pendakwah yang suka menghentam orang secara terbuka.
"Konon belajar agama, tapi buat maksiat tipu orang sana sini. Apa tu?" soalnya. Dalam masa sama, Iqram menggesa golongan pendakwa mendekati golongan 'pendosa' untuk mengenali mereka secara menyeluruh, bukan hanya menilainya berdasarkan apa yang ditunjukkan di media sosial saja. "Tiada manusia yang sempurna dan pasti ada buat salah dalam hidup. Sebaiknya, pendakwah muda ini cuba dekati mereka ini terlebih dahulu," katanya. - CARI
|
Anak muda kita banyak belajar daripada media sosial
ADVERTISEMENT