CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ingin Cuba Pengalaman Makan Yang Baru? Ini 9 Restoran Paling Pelik di Dunia!

25-4-2019 10:51 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5827| Komen: 21|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Setiap restoran mempunyai imej dan dekorasi tersendiri yang sudah pastinya bertujuan untuk menarik pelanggan. Bagaimanapun sembilan restoran ini diiktiraf sebagai antara restoran paling pelik di dunia.



1. Under (Norway)

Restoran Under yang terletak di Norway adalah restoran bawah laut pertama di Eropah. Uniknya, restoran ini mempunyai jendela kaca gergasi yang membolahkan pelanggan melihat pemandangan di dasar laut ketika menikmati makanan. 

Restoran ini bagaimanapun, sangat laris dan memerlukan tempahan yang lama. Setakat ini, sudah 7,000 bakal pelanggan masih menunggu giliran.


Kredit foto: Mirror


2. More Than Toilet (Shanghai, China)

Segala-galanya berkisar mengenai tandas di restoran More Than Toilet yang terletak di Shanghai. Meja makannya diperbuat daripada sinki tandas disaluti kaca dan tempat duduknya juga adalah mangkuk tandas. 


Makanannya pula dihidangkan di atas pinggan mangkuk berbentuk tandas dan minumannya di dalam cawan seperti tempat membuang air kecil. Tidak sesuai buat mereka yang mudah mual.


Kredit foto: Mirror

Kredit foto: Carian Google


3. Giraffe Manor (Kenya)

Di restoran Giraffe Manor yang terletak di Nairobi, Kenya pelanggan akan makan bersama-sama zirafah kerana restoran itu dikelilingi kandang haiwan tersebut. Jangan hairan ketika anda makan dan tiba-tiba haiwan berleher panjang ini akan muncul di jendela untuk berkongsi hidangan anda.


Kredit foto: Mirror


4. Dans le Noir (UK)

Restoran yang terletak di United Kingdom ini tidak sesuai buat mereka yang takutkan kegelapan kerana ruangannya gelap gelita. Kesemua pelayannya terdiri daripada mereka yang buta dan tujuan restoran ini adalah untuk memberikan pengalaman kepada anda hidup seperti mereka di samping menghargai deria penglihatan. Tetapi awas, tandasnya juga bergelap sepenuhnya!


Kredit Foto : Mirror


5. New Lucky (India)

Jika restoran gelap belum cukup menyeramkan buat anda, apa kata anda mencuba restoran New Lucky di India? Restoran ini mengajak anda makan dengan dikelilingi jasad orang mati. Ini kerana, ianya terletak di kawasan perkuburan. 

Menurut pemiliknya, ianya dikatakan akan membawa tuah kepada pelanggan yang berani makan di situ. 


Kredit Foto : Mirror


6. Cabbages & Condoms (Thailand)

Cabbages & Condoms adalah sebuah restoran di Thailand yang dimulakan sebagai satu cara pemiliknya mempromosikan gaya hisup seks yang sihat memandangkan masih ramai yang segan membincangkan penggunaan kondom di negara itu. 

Berikutan merebaknya HIV/AIDS, pemiliknya bercadang ingin mengembangkan lagi restoran itu ke beberapa buah bandar lain sebagai satu usaha membendung penyakit tersebut.


Kredit Foto : Mirror


7. Steaks on a Plane (UK)

Terletak di Bolton, UK, restoran Steaks on Plane ini menghidangkan makanan di atas Boeing 737. Sayap kapal terbang ini telah dipotong tetapi kokpitnya masih utuh. Ruangan dalamnya telah diubah suai dengan meja dan kerusi untuk menghidangkan makanan. 

Dibuka pada tahun 2015, restoran ini telah menarik pelanggan seluruh UK.


Kredit Foto : Mirror


8. Ninja (New York)

Ingin berada seperti dalam adegan filem pertarungan? Makanlah di restoran Ninja, New York. Anda pasti akan teruja dengan adegan pertarungan ninja berterbangan di siling restoran dan mungkin bersembunyi di belakang tandas anda!


Kredit Foto : Mirror


9. Heart Attack Grill (USA)

Dengan makanan mengkhusus kepada daging yang dibakar, restoran ini dinamakan sebagai Heart Attack Grill merujuk kepada saiz makanannya yang sememangnya besar dan tidak akan diizinkan oleh doktor anda. 

Pelayannya akan berpakaian sebagai jururawat dan memanggil anda sebagai pesakit. Menunya pula kelihatan seperti senarai ubat-ubatan. 


Kredit Foto : Mirror

Sudah pastinya berkunjung ke restoran ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Jika diberi peluang, restoran mana anda ingin merasai suasananya? - CARI
9

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 25-4-2019 11:01 AM
No. 2 tu tak yah cari toilet dah
Quote umbut 25-4-2019 11:04 AM
Bab taik je.. china cop dulu
Quote RatuDunia94 25-4-2019 11:06 AM
Kalau mcm ni lbh kpd pengalaman bukan rasa makanan tu pon..
Quote helicornia 25-4-2019 11:54 AM
koser la nk try makan restoran pelik2 aku yg penting makanan sedap klu konsep je gempak makanan hauk tkde guna
Quote Artemesiaa 25-4-2019 12:08 PM
Betul tu kebanyakan sebab tarikan yang disediakan bukan sebab makanan yang dihidangkan
Quote dekmieDandy 25-4-2019 12:12 PM
semalam tengok yang giraffe restaurant video tu

sambil makan sambil suap zirapah
Quote husie91 25-4-2019 02:18 PM
Pelik plus geli {:nose bg sejuta pon tak sanggup nak try mkn kt sini
Quote nora_balqis 25-4-2019 02:20 PM
geli tgk yang restoran toilet tue
Quote NmeeraR 25-4-2019 09:01 PM
no 1 dan 4...   mcm menarik jee
Quote Sang_Pencinta 25-4-2019 09:03 PM
No 1 je rasa nak try
Quote Supersirap 26-4-2019 09:33 AM
Jika ada rezeki yang berlebihan boleh cuba makan direstoran sepertimana yang dinyatakan
Quote puteribaya 26-4-2019 12:28 PM
umbut replied at 25-4-2019 11:04 AM
Bab taik je.. china cop dulu

hahaha tersembur aku..vaaavi
Quote iloveyou 26-4-2019 03:47 PM
no 1 & 3 i nak try! i suka giraffe. boleh la fefeling mcm chrysis tan
Quote puanbintang 6-5-2019 08:14 AM
no 1 tu menariknya....
Quote iznanaziz 9-5-2019 10:05 AM
no. 6 kelakar.
Quote DD1993 30-5-2019 09:58 AM
omg...how to eat in no.2 =(
Quote korokure 31-5-2019 11:20 PM
adoi la...restoran toilet tu tak boleh blah la..loya kalo pi makan situ hahaha..


https://www.malaysiatravelforum.com.my/
Quote Ivysaur 3-6-2019 02:09 PM
Malaysia takde dalam senarai....
Quote Foxey 19-6-2019 10:23 PM
No. 1 dan 7 je. Lain2 takmo

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.135774 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top