Semakin hari semakin banyak berita rampas suami orang, kes curang, dan cerai berlaku di Malaysia. Tidak mahu ketinggalan, Eyra Hazali turut memberikan pendapatnya mengenai isu-isu seperti ini. Eyra Hazali yang baru sahaja bertunang dengan seorang pemain bola sepak yakin bahawa tunangnya bukan kaki perempuan seperti mana lelaki lain di luar sana. 'Ramai yang melabelkan pemain bola ini kaki perempuan. Sebenarnya tidak', katanya kepada mStar Online. 'Selalunya, bila dia habis kerja dia terus menghubungi ibunya atau saya melalui video call. 'Saya tidak bimbang langsung apabila pemain bola sepak seperti dia pergi outstation kerana dia seorang yang setia,' katanya lagi FOTO IG Eyra ditemui di malam kemuncak Anugerah Meletop Era 2019. Pelakon drama Nur 2 ini mendedahkan dia bakal berkahwin dalam masa terdekat ini. Untuk pengetahuan semua, tunangnya bernama Haziq seorang pemain bola sepak yang mewakili pasukan JDT. - CARI |
ADVERTISEMENT