Lama tidak mendengar perkhabaran Seniwati Ida Nerina, 55 setelah beliau mengalami kemalangan pada tahun 2009 menyebabkannya terpaksa berkerusi roda, Ida seakan melupakan terus dunia seni.
Namun perkongsian aktor, Que Haidar yang terjumpa Ida dan anaknydi sebuah pausat beli belah di Kuala Lumur menjelaskan kerinduan orang industri terhadap Ida. Dengan kapsyen "masih macam dulu, sangat peramah, murah senyuman dan really lover her big talent" membuatkan ramai netizen dapat melepaskan rindu kepada pelakon hebat yang terkenal dengan filem ikonik, Layar Lara. Peminat filem seni tanah air turut memberi komen mengenai kehilangan Ida dalam dunia lakonan serta mengharapkan agar Ida kembali memeriahkan dunia seni.
Malahan Ida sendiri turut meninggalkan komen rendah diri di ruangan komen dengan menulis "terlalu besar perkataan seniwati itu untukku, thank you." Pertemuan Haidar dengan Ida adalah satu momen yang sangat berharga dalam dunia seni lakonan tanah air. Maklumlah kedua-duanya mengambil keputusan untuk tidak aktif lagi dengan alasan tersendiri. Sayangnya kerana mereka antara artis yang sangat berbakat namun tidak lagi terlibat dalam dunia lakonan. Tapi mana tahu selepas ini, Ida akan kembali dengan lebih cemerlang. - CARI
|
helicornia replied at 8-5-2019 04:32 AM
anak ida mcm omputeh. dia ada kawin mat salleh kah
Themilo replied at 8-5-2019 12:53 PM
ex sheols yang kahwin dengan yasmin hani tu kan? abang Qi razali, tak ingat nama & malas nak gugel ...
helicornia replied at 8-5-2019 12:32 PM
anak ida mcm omputeh. dia ada kawin mat salleh kah
EvieWanKenobi replied at 8-5-2019 01:12 PM
betul.. Shahrin namanya..
sebapa dengan Qi tapi lain mak..
sharlenetexas replied at 8-5-2019 12:28 PM
Paling takleh lupa dia jadi acik gomen jpn pakai tudung itik. Menjadi sangat2.
Themilo replied at 8-5-2019 12:53 PM
ex sheols yang kahwin dengan yasmin hani tu kan? abang Qi razali, tak ingat nama & malas nak gugel ...
reddots replied at 8-5-2019 01:14 PM
boleh ker dia branak lagi?
helicornia replied at 8-5-2019 01:45 PM
aah dulu kawin dgn abg qi, shahrin.mmg takde anak dgn shahrin.tu iols curios macamana ada anak com ...
reddots replied at 8-5-2019 01:49 PM
kan.. masa dia gado dgn shahrin, jatuh tangga.. then lumpuh...
ADVERTISEMENT