Berfesyen dan memakai aksesori menjadikan seseorang itu lebih berkeyakinan dan lebih kelihatan cantik. Walau bagaimanapun, ini sangat biasa dan tidak semua orang suka melakukan perkara biasa. Terdapat juga beberapa aksesori pelik yang telah dicipta, dan jika ia sesuai dengan keperibadian anda, anda mungkin juga boleh memilihnya.
Memetik dari Wonderlist, ini 10 fesyen aksesori paling pelik dan wujud. 9. Bag TV TV dalam beg adalah sesuatu yang benar-benar wujud. Ini adalah beg tangan dengan skrin LCD 7 inci dengan kmudahan tempat untuk memasang DVD, dan memiliki fail MP3, imej dan muzik.
Hal ini demikian menyebabkan harga beg ini lebih mahal dan bagi mereka yang ingin memiliki beg ini boleh sahaja membeli beg sahaja atau bersama-sama dengan set TV. 8. Barang Kemas Teardrop Air mata menggambarkan kesedihan, satu emosi yang kita semua mahu mengelakkan. Namun kini ia sudah menjadi aksesori fesyen. Eric Klarenbeek, seorang pereka dari Netherland, ingin mencipta sesuatu yang unik, lantas mencipta perhiasan air mata ini. Perhiasan ini pada dasarnya kristal yang tergantung dari kanta sentuh. Apabila ia terdedah kepada cahaya matahari, kristal ini akan bersinar dengan indah. Mungkin ada yang dah bosan dengan kanta setuh biasa, apa kata anda cuba yang ini pula! 7. The Denture Bracelet Bagaimana rasanya jika anda diminta untuk memakai satu set gigi di sekitar pergelangan tangan anda? Adakah anda sanggup? Iya. Satu set gigi telah diciptakan sebagai gelang, dan ada orang yang telah membelinya. Jadi, jika anda pernah melihat sesuatu seperti ini, jangan terkejut. 6. Mantyhose Biasanya, wanita boleh memakai pelbagai jenis pakaian yang dipakai oleh lelaki. Bagi wanita yang memakai pantyhose juga adalah sesuatu perkara normal. Oleh kerana senarai kali ini adalah asksesori fesyen yang pelik, sesuatu yang perlu anda tahu, pantyhose juga kini dipakai oleh lelaki. Melihat gambar ini? Adakah ia sesuatu yang pelik bagi anda? 5. Botox-Injected Handbags Seperti yang kita ketahui, botox digunakan segilintir orang terutamanya wanita untuk membuatkan mereka tetap muda. Untuk itu, bagaimana pula dengan beg yang telah disuntik Botox? Seorang pereka Milan, Mauro Orietti-Carella, menjadi terkenal kerana membuat aksesori yang bergaya menggunakan teknologi yang tidak konvensional. Dia mendapati bahawa dengan suntikan silikon disuntik ke dalam buaya eksotik, burung unta, atau kulit python, ia akan meningkatkan kualiti kulit dan warna akan menjadi lebih terang dan tepu. Selain daripada kualiti kulit yang bagus, aksesori Oriette-Carella juga unik kerana memiliki kilauan yang menakjubkan, yang mana disalut dengan lapisan 18-karat perak dan campuran debu emas. 4. Alive Around the Neck Ada yang sanggup nak pakai aksesori ditemani benda hidup seperti ini ke? Inilah yang dinamakan Alive Around the Neck. Unik betul kan? 3. Barang Kemas Ais Ia telah dicipta oleh Katharina Ludwig, yang juga membuat perhiasan ais lain seperti anting-anting dan cincin. Ais yang digunakan dalam kalung ini bukanlah hiasan semata-mata. Ia adalah ais asli dan hanya boleh dipakai sekali sahaja kerana ais itu akan mencair. Sesuai betul kalau nak dipakai dengan cuaca Malaysia yang panas ni kan? Tapi sesudahnya, mahu basah satu baju! Rasionalkah? 2. Nubrella Bosan menggunakan payung biasa, maka anda harus mendapatkan nubrella sebagai percubaan. Ini adalah payung perlindungan penuh yang boleh dilekatkan pada bahu anda dan tidak perlu susah-susah lagi untuk memegangnya. Walaupun kelihatan aneh, ia menyelamatkan bahu dan leher anda daripada hujan dan salji. 1. Barbie Doll Jewelry Ia adalah koleksi perhiasan aneh yang merangkumi bahagian-bahagian badan yang dipotong dari boneka Barbie. Koleksi ini adalah kalung yang telah dibuat menggunakan payudara patung ini, anting-anting yang memaparkan bibir anak patung, dan beberapa anting mempunyai telinga. Ada yang berminat nak cuba ke? Mana satu pilihan anda? -CARI
|
11
Bagus |
6
Marah |
6
Terkejut |
2
Sedih |
5
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT