CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjenamaan Semula KLIA Jadi SIA? Kalau KLIA2 Jadi SIA2?

29-4-2019 10:46 AM| Diterbitkan: m.manis| Dilihat: 4057| Komen: 21|Original author: Oleh: M. Manis

Berikutan penjenamaan semula beberapa organisasi antaranya PERMATA kepada Genius, kerajaan baru kini seakan-akan diperlekehkan rakyat Malaysia. 

Baru-baru ini, tular di laman Twitter berkenaan surat persetujuan pertukaran nama KLIA kepada Sepang International Airport (SIA) yang dipersetujui dan disahkan Mesyuarat Majlis Kerajaan Selangor.


Sebenarnya, dokumen perjanjian tersebut bukanlah dipersetujui dalam masa terdekat ini, namun penularannya menyebabkan ramai menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap langkah 'rebranding' kerajaan baharu.




Walaupun belum ada keputusan muktamad berhubung perkara ini, namun Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata penukaran itu rasional kerana lokasinya di Sepang, Selangor dan banyak lapangan terbang terkenal dunia turut melakukan hal sama. Contohnya, di Jepun adalah Lapangan Terbang Haneda dan Lapangan Terbang Narita.


Ng kemudiannya memberitahu surat tersebut bukanlah surat persetujuan akhir, tetapi merupakan minit mensyuarat akhir kerajaan Selangor.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke turut memberitahu bahawa di pihak beliau masih belum lagi mendapat sebarang permohonan rasmi berkaitan penukaran itu.



Ramai juga memberi respons negatif berhubung isu ini.



Foto: FB

Hakikatnya, pemilihan nama sesebuah lapangan terbang bukanlah secara membuta tuli, sebaiknya wujudkan satu organisasi khas yang akan menyelidik dan mengkaji kesesuaian nama mengikut beberapa kriteria termasuklah lokasi pembinaannya. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 29-4-2019 11:28 AM
Bukan ke sama ngan Singapore punya airline..
Quote Kurex 29-4-2019 11:29 AM
Bodohnyaaaaa
Quote insulin 29-4-2019 11:32 AM
Sia-sia.
Quote haryatie 29-4-2019 11:38 AM
104353tror6924j69j4o39.jpg




Quote espri6006 29-4-2019 11:48 AM
kenapa kau bagi cth jepun? sebab negaranya besar dan banyak airport terpaksa dijadian lapangan terbang anatarbangsa...tapi Malaysia ni kecik jer....dah okey lah tu KLIA..Kuala Lumpur International Airport.
Quote RatuDunia94 29-4-2019 11:55 AM
haryatie:   441112


Hahahhahahahahahhahahhahaahah.... iols mengekek2 baca singkatan SIA ni.. plg x menahan BOHSIA.
Quote bobo_beck 29-4-2019 12:19 PM
Senang nye la jadi menteri.. kan byk lagi benda yg lebih berfaedah yang boleh dibuat..
Quote tikusmontok 29-4-2019 12:22 PM
mari kita gelak berjemaah. fail punya kerejaan.
Quote supernaturalee 29-4-2019 12:24 PM
SIA2 belaka aku
berkorban kasihku padamu


Quote nurrlisa 29-4-2019 12:29 PM
Nak buat apa apa perubahan mesti ada faktor 'why' dia dalam tu.
Jadi why nak tukar nama ni, selama ni susah mendarat ke sebab nama tu? Kapalterbang tak mau datang ke? Apa why di sini?
Quote kelana36 29-4-2019 12:44 PM
bobo_beck replied at 29-4-2019 08:19 AM
Senang nye la jadi menteri.. kan byk lagi benda yg lebih berfaedah yang boleh dibuat..

Yang bagi cadangan bukan menteri,

The rebranding proposal was raised by Investment, Industry and Trade and Transport exco Datuk Teng Chang Khim, who stated the need for the airport's name to reflect the location of the airport, during the State Executive Council 31st meeting dated Oct 3, 2018 and was verified by the 32nd meeting dated Oct 18, 2018.




menteri kata tak terima pun lagi cadangan tu.


BH Online today reported that Transport Minister Anthony Loke, when asked about the Selangor government's proposed change of KLIA name to SIA, said it did not receive any formal application on the matter.
Quote Kejora927 29-4-2019 01:19 PM
Tak sedap didengor la pulak
Quote Miss.Rara 29-4-2019 04:01 PM
vongok nya lahaiii muntri PH ni...

dah elok dah KLIA melambangkan KL ialah ibu negara malaysia...

nak rebranding pun guna banyak kos laa ngok..

kata negara nak bengkrap...

walaupun hanya cadangan ko... boleh tak ko pikir kan atau selesaikan hal penting negara dan rakyat boleh tak??

bukan pikir dan buat benda bodoh macam ni....
Quote ahd_naa 29-4-2019 04:01 PM
tak perlu dah tukar nama. dah well known as KLIA.. nanti nak tukar signboard lagi..membazir.
dan singkatan semua tu memang kelakar..

Quote bobo_beck 29-4-2019 04:42 PM
kelana36 replied at 29-4-2019 12:44 PM
Yang bagi cadangan bukan menteri,

The rebranding proposal was raised by Investment, Industry a ...

yup think positif.. there is much more important thing to think for the people goodness. Change KLIA to SIA can generate income??? what can we get from changing the name? Where is our priority? Idea Menteri panggil BTS lebih baik dr idea tuka2 nama ni. Atlease BTS boleh menarik pelancong luar dtg ke negara. Im not macai of any politician. This is Malaysia baru rakyat boleh memberi pendapat.

Quote aleesyasofia 29-4-2019 04:49 PM
mcm sia2 jer jdnya..
Quote husie91 30-4-2019 12:16 AM
Adub lawak2
Quote kokonutkandy 5-7-2019 01:09 AM
Banyak lagi benda berfaedah boleh buat utk majukan Malaysia. Sibuk ngan nama airport
Quote orgsepang 5-7-2019 07:07 AM
Akak pun tak setuju walaupun pertukaran nama tu buat akak perasan jadi popular

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.078676 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top