'Eh, macha, why you so like that? Tapou me nasi ayam-lah, I pay later!' Tak disangka-sangka, dalam beratus-ratus loghat warga asing ketika berbahasa Inggeris, rupanya loghat warga Malaysia termasuk dalam kelompok Top 40 paling seksi di dunia!
Tinjauan itu dibuat oleh sebuah laman Travel, bigseventravel.com yang membuat kaji selidik mengenai penerimaan terhadap bahasa Ingeris yang dituturkan oleh warga asing seluruh dunia. Dalam tinjauan itu, warga Malaysia diletak dalam urutan tempat ke 39, mengatasi loghat warga Jepun, China, Thailand, dan Pakistan.
Lebih mengagumkan, keseksian loghat warga Malaysia juga mengatasi New York, Jerman dan Welsh. Menurut komen tambahan dalam kajian itu, loghat warga Malaysia dilihat semakin seksi kerana kedengaran seperti Amerika. Kajian yang dibuat melibatkan lebih 1.5 juta responden daripada 60 buah negara seluruh dunia itu meletakkan New Zealand sebagai loghat paling seksi, diikuti Afrika Selatan, Irish, Itali, Australia, Scotland, Perancis, Spanyol, Selatan USA dan Portugis Brazil. Amat mengejutkan, loghat Inggeris dari England jatuh dari Top 10 dan sekadar menduduki tempat ke 12 walaupun dinilai sebagai 'jelas dan kedengaran seperti orang bangsawan'. Jadi, berbanggalah dengan loghat kita dan tak perlulah meniru orang Amerika atau British ketika berbicara jika ingin kedengaran seksi! -CARI |
epis: Loghat english pinoy no berapa?? Saya suka dengar pinoy cakap english, loghatnya pekat menekan...
GigaMom: Dgr diorg sebut ayat2 ada tionTransela..shionConshtrakkshionNk kena paksa otak utk faham.
epis replied at 2-5-2019 01:19 PM
Loghat english pinoy no berapa?? Saya suka dengar pinoy cakap english, loghatnya pekat menekan...
azlann1981 replied at 3-5-2019 03:56 PM
filipino no 21.
https://bigseventravel.com/2019/04/top-50-sexiest-accents-in-the-world-2019/
ADVERTISEMENT