Nasib seorang lelaki baik apabila berjaya diselamatkan selepas terperangkapa dalam terowong yang digalinya sendiri. Mirror melaporkan, terowong itu digali bagi membolehkannya mengendap bekas teman wanita.
Cesar Arnoldo Gomez,50 menghabiskan masa beberapa hari menggali terowong di Puerto Panasco itu. Dia kini sedang menjalani hukuman penjara akibat kesalahannya itu. Menurut sumber, beberapa tahun lepas dia telah diberikan arahan oleh mahkamah agar menjauhi bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Griselda Santillan, 58. Dia dipercayai menggunakan terowong tersebut untuk mengintip adakah bekas kekasihnya itu sudah menemui pengganti lain.
Perbuatannya terbongkar selepas wanita tersebut menghubungi bomba kerana terdengar bunyi bising di belakang rumahnya. Lelaki berkenaan terperangkap selama 24 jam di dalam terowong sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Dia mengalami kekurangan air dalam badan, selain sesak nafas. -CARI
|
noraidil_06 replied at 30-4-2019 06:55 PM
Bunga bukan sekuntum lg pun x lama harum bro
multinicky replied at 30-4-2019 07:45 PM
dkt dlm jail nnt, dh xjmp bunga dh..tp jumpa lebah lebah bukan sekor....
noraidil_06 replied at 30-4-2019 06:55 PM
Bunga bukan sekuntum lg pun x lama harum bro
HannahMontana replied at 30-4-2019 09:02 PM
Jika sister pernah merasa mencintai pasti sister akan mengubah apa yang telah sister komenkan itu ...
noraidil_06 replied at 30-4-2019 09:14 PM
Hurmmmmm sis insaf
HannahMontana replied at 30-4-2019 09:02 PM
Jika sister pernah merasa mencintai pasti sister akan mengubah apa yang telah sister komenkan itu ...
TravellingBear replied at 30-4-2019 08:51 PM
Intai kat fb/twitter etc. Lagi senang
ADVERTISEMENT