Ramai yang lalai dengan telefon bimbit ketika memandu. Kebanyakannya terlalu mengambil mudah akan bahaya yang menanti sekiranya tidak memberikan fokus sepenuhnya sewaktu memandu.
Seorang gadis berusia 21 tahun dari Queensland, Shania McNeille, sedang menggayakan posisi bergambar apabila tiba-tiba keretanya dirempuh dari arah bertentangan. Detik-detik sebelum kematiannya sempat dirakamkan melalui perisian Snapchat dan dikongsikan oleh rakannya, Faeda Hunter yang merupakan salah seorang penumpang kereta Suzuki dipandu Shania. Kemalangan itu telah mengakibatkan Shania terbunuh, manakala lima lagi penumpang mengalami kecederaan. Pihak polis tiba di lokasi kemalangan pada jam 1.15 pagi, namun Shania tidak sempat diselamatkan walaupun setelah bantuan pernafasan (CPR) diberikan.
Dalam rakaman video tersebut, Shania sedang duduk di tempat duduk pemandu dan sedang mengambil swafoto. Namun, tiba-tiba kedengaran bunyi enjin yang sangat kuat dan salah seorang penumpang menjerit nama Shania. Setelah itu, ekspresi wajah Shania yang gembira bertukar terkejut dan ketakutan sebelum kameranya terlepas dan jatuh ke bawah. Video yang tersebar di media sosial itu dimuat naik sekitar waktu kemalangan berlaku dan kini berada di bawah siasatan pihak polis. - CARI
|
mdhelmi replied at 3-5-2019 11:50 AM
snapchat ni menatang ape plak
moonbug replied at 3-5-2019 02:18 PM
I hope the other driver is okay
palmolive replied at 3-5-2019 02:28 PM
berapa org drive kete ni sebenarnya???
moonbug replied at 3-5-2019 02:31 PM
Shania ni drive Suzuki, ada kereta lagi satu yang rempuh dari arah bertentangan tu
ADVERTISEMENT