Berita mengenai pencabulan kanak-kanak berusia lapan tahun di sebuah pasar raya di Ipoh, Perak menarik perhatian Aktivitis Sosial, Syed Azmi. Kekesalannya diluah di Facebook membuatkan ramai netizen terutamanya ibu-ibu memberi komen mengenai kebimbangan gejala pedofilia ini. Kejadian yang berlaku di tandas lelaki ketika kanak-kanak tersebut keseorangan, sementara ibunya menunggu di luar tandas. Kanak-kanak tersebut dipanggil oleh warga Bangladesh berusia 29 tahun lalu dilondehkan seluar mangsa kemudian dipaksa melakukan seks oral sebanyak dua kali. Lebih menyedihkan ialah pemangsa dilepaskan oleh pihak pengurusan pada awalnya kerana ramai yang tidak percaya dengan cerita budak itu, sehinggalah ada lelaki lain menangkap pemangsa tersebut untuk dibawa ke balai polis.
Persoalannya ialah, bolehkah ibu membawa anak lelakinya ke tandas wanita kerana bimbangkan keselamatan mereka? Kebanyakan wanita yang bergelar ibu bersetuju untuk membawa anak lelaki mereka masuk ke dalam tandas wanita kerana bimbangkan perkara buruk seperti ini. Maklumlah trauma yang akan dihadapi oleh mangsa bukan calang-calang kerana mereka masih naif lagi. Jadi, bukan kanak-kanak perempuan sahaja tidak selamat kerana kanak-kanak lelaki turut menjadi mangsa kepada pedofilia yang jahat ini. Seorang netizen turut bercerita pengalaman buruk yang pernah dihadapi oleh anak rakannya seusia tujuh tahun. Bukan sahaja dicabul, kencing dalam mulut, kena tapak hingga terpaksa dikejarkan ke wad. Oleh sebab itu, ramai ibu yang telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan membawa masuk anak lelaki mereka ke dalam tandas perempuan jika suami tiada disisi. Jika budak lelaki tersebut segan, ibu-ibu ini akan memilih tandas orang kelainan upaya (OKU) berbanding tandas lelaki yang tidak diketahui tahap keselamatannya. Bagaimanapun tidak kesemua yang bersetuju dengan pendapat ini lalu mengatakan masih terdapat banyak cara selain membawa masuk anak lelaki ke tandas perempuan. Tetapi, tidak pula dinyatakan cara tersebut. Namun begitu, ada inisiatif dari beberapa pasar raya gergasi dalam mewujudkan tandas keluarga telah memudahkan ibu bapa untuk memantau anak-anak mereka. Ia adalah tindakan yang harus diberi kredit supaya lebih ramai organisasi peka dengan keperluan seperti ini. Selain itu diharapkan agar daftar pelaku seksual ini dititikberatkan agar pesalah diharamkan untuk memasuki Malaysia kembali. Jadi, apa pendapat anda? Wajarkan ibu-ibu dibenarkan membawa anak lelaki mereka masuk ke tandas wanita? - CARI |
mozzamohtar replied at 3-5-2019 12:06 AM
Ok je kalau bdk lelaki berumur bawah 10 thn atau yg blm baligh ditemani keluarga perempuan utk mengg ...
ADVERTISEMENT