CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Maut Diserang Pesakit Kerana Berdengkur Dalam Wad

2-5-2019 01:20 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 3836| Komen: 17|Original author: Oleh: LilRose

Seorang warga emas maut diserang seorang pesakit di sebuah hospital hanya kerana berdengkur dan meninggal dunia dua minggu selepas serangan itu.


Kredit foto: Mirror


Lapor Hull Live reports, wanita yang berkongsi bilik wad sama di Hull Royal Infirmary didakwa memukul kepala Eileen Bunting, 65, dengan sebiji cawan kerana tidak tahan dengan bunyi dengkuran mangsa.

Akibat serangan itu, warga emas berkenaan menerima 14 jahitan di kepalanya.

Difahamkan, ia kali ketiga Eileen dirawat di hospital berkenaan dan dia sepatutnya dibenarkan pulang keesokan harinya. Namun, kejadian itu menyebabkan keadaannya semakin memburuk dan terpaksa ditahan lebih lama di hospital berkenaan.


Kredit foto: Mirror


Menurut jururawat, suspek mengikat tombol pintu dengan selimut untuk menghalang orang lain masuk ke bilik itu sebelum menyerang mangsa.

Menurut suami Eileen, Philip, 47, seorang pesakit lain di bilik sama mendakwa pada malam sebelum kejadian, suspek merungut kerana tertekan dengan bunyi dengkuran mangsa.


Kredit foto: Mirror

Menurut laporan, ketika membuat rondaan, jururawat bertugas mendapati pintu bilik tidak boleh dibuka dan melihat suspek memegang cawan sambil berdiri di sebelah katil mangsa yang berlumuran darah.


Kredit foto: Mirror 

Jurucakap polis Humberside berkata, pihaknya sedang menyiasat laporan yang diterima mengenai serangan jam 3.45 pagi Jumaat, 22 Mac lalu itu. 

Adakalanya, memang tertekan apabila sebilik dengan orang yang berdengkur lebih-lebih lagi kalau rasa macam bergegar dunia dengan dengkurannya itu. Apa anda lakukan bila tak tahan dengan bunyi dengkuran rakan sebilik?  - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • edmorita79

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adik_aza 2-5-2019 01:32 PM
kesiannya nenek .. manalah dia nak sedar dia tido berdengkur ke tak.. biasanya berdengkurnya tido lena sgt
Quote EvieWanKenobi 2-5-2019 01:48 PM
muda lagi suaminya..
Quote sukacactus 2-5-2019 01:53 PM
Kalau jenis yg susah tido, terganggu dgn bunyi2an, dok la bilik single
Ni sampai jd pembunuh apahal
Quote xtahumenahu 2-5-2019 02:02 PM
kesian tauuu nenek tuhh...huhuhu
Quote RatuDunia94 2-5-2019 02:21 PM
Mudanya suami sheols
Quote Artemesiaa 2-5-2019 02:40 PM
Kalau tak biasa dengar orang tidur berdengkur pasti boleh bawak gaduh, melainkan orang tu dah lama tinggal sekali dengannya pasti dah lali dengan dengkurannya.
Quote exclusive_vvip 2-5-2019 02:42 PM
kesiannya...tapi btol ke umo 67 nenek tu? tgk muka mcm umo 80an je...org2 yg umo pertengahan 60an yg i tgk takde sekertu ini rupanya..
Quote matchstick 2-5-2019 02:51 PM
exclusive_vvip replied at 2-5-2019 02:42 PM
kesiannya...tapi btol ke umo 67 nenek tu? tgk muka mcm umo 80an je...org2 yg umo pertengahan 60an yg ...

baru nk tya soalan sama..nenek i umur 87 tahun nmpk lebih muda dr nenek ni. tun hasmah yg umur 90-an tu pun nmpk lg muda

Quote farlis 2-5-2019 03:21 PM
Kesian nenek tu.. Mn nk sedar kalo berdengkur tu..
Quote ikanmasin 2-5-2019 04:06 PM
minta lah tukar bilik..apahal kejam sgt sampai p pukul dgn cawan kat nenek tu..
kan dah jd kes bunuh pl..alahaii
Quote cik_kuntum36 2-5-2019 04:57 PM
kesian nye dia kne pukul sb berdengrkur kuat... hmmm
Quote Jajabeans 2-5-2019 05:22 PM
Aku geram jugak sebenarnya. Dkt wad dh la aku stress kurang tido berjaga anak sakit, tetibe ada sorg laki ni berdengkur punya kuat mcm letak speaker kt tepi. Aku lsg takleh tido.
Quote cmf_blingblings 2-5-2019 05:50 PM
Salah tulis kot umur dia, 65 macam 80 jerpun.
Quote lee_sakura 2-5-2019 05:52 PM
umur 65 tp nampak tua sgt
Quote meisapoya 2-5-2019 06:31 PM
Sian nenek ni... tak memasal. Lain kali, mintak lah tukar bilik...
Quote Jorja 2-5-2019 06:38 PM
Kkadang apa Kita buat jahat masa muda dapat balasan masa Kita tua nanti. Just saying
Quote Alonalon 19-5-2019 07:36 AM
Huaa...smpai gitu sekali....aduhaii

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.066541 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top