Sudah banyak kejadian 'cop' atau tempah petak parkir berlaku di Malaysia. Walaupun peristiwa seperti ini sering dikecam netizen dan dilaporkan kepada pihak berkuasa, masih ramai bersikap mementingkan diri sendiri dan meneruskan tabiat 'cop parking' ini.
Hal serupa dialami sendiri oleh Sean Lau pada 27 April lalu. Menurut perkongsian beliau di media sosial, kejadian berlaku di GM Klang. Sean yang sedang mencari petak tempat letak kereta melihat seseorang menaiki Perodua MYVI merah ingin keluar dari petak parkir. Sean Lau menunggu dengan sabar dan memberikan signal sebagai tanda menunggu untuk kereta tersebut keluar. Tiba-tiba, muncul seorang wanita terus berdiri di petak parking yang baru sahaja kosong sambil menelefon suaminya.
Bila tindakan wanita itu dipersoalkan wanita tersebut terus mengambil gambar Sean. Sean juga berbuat perkara dan sama dan menurutnya, beliau mempunyai bukti rakaman video dari dashcam yang dipasang dalam kereta beliau. Lantaran itu, netizen meminta Sean Lau untuk muat naik video rakaman dari dashcam beliau pula. Setakat ini, tiada tindakan diambil Sean. Posting ini telah dikongsikan sebanyak 62 kali di media sosial ketika artikel ditulis.
Untuk tentukan siapa pemenang yang bakal memperoleh tempat parking tersebut, apa tindakan anda? Bertumbuk? Tarik rambut? Tahukan anda, berdiri untuk 'menempah petak parking' memang dinyatakan sebagai satu jenayah di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Bahagian “gangguan dan desakan menyalahi undang-undang” ini menyatakan:
“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”
Penalti am RTA terpakau untuk undang-undang ini dan berada di bawah Seksyen 119 yang meletakkan hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan. Tapi, sekiranya kesalahan ini diulangi, anda akan dikenakan denda sehingga RM4000 dan/atau 12 bulan penjara. Sekiranya perkara ini berlaku, anda boleh membuat laporan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Terdapat beberapa cara untuk melaporkan perkara ini sama ada dengan memberikan bukti gambar atau video. 1. Hantar Whatsapp ke 011-511 5252
2. Hantar emel ke [email protected]
3. Telefon 03-8886 6412
Pastikan gambar atau video tersebut menunjukkan nombor pendaftaran kenderaan pesalah, termasuklah kesalahan mereka dan perlu disertakan:
1. Maklumat peribadi pengadu (termasuk IC)
2. Lokasi
3. Tarikh dan masa
4. Nombor pendaftaran kereta
5. Keterangan tentang perkara yang berlaku - CARI |
syakuntala replied at 3-5-2019 11:32 AM
Klu makcik jual goreng pisang pasar tani letak kerusi dpn gerai dia boleh report x
syakuntala replied at 3-5-2019 11:32 AM
Klu makcik jual goreng pisang pasar tani letak kerusi dpn gerai dia boleh report x
ADVERTISEMENT