CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadis Lari Ikut Kenalan Facebook

26-9-2013 05:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8691| Komen: 47


Gadis lari ikut kenalan Facebook
2013/09/26

Johor Bahru: Sepasang suami isteri buntu apabila anak mereka yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) minggu depan, menghilangkan diri sejak Isnin lalu, dipercayai mengikut teman lelaki yang dikenali menerusi laman sosial, Facebook.

Anak sulung kepada dua beradik itu, Salsabilah Edora Md Rosle, 15, dikatakan berkenalan dengan remaja lelaki sebayanya sejak sebulan lalu sebelum bertindak melarikan diri dari rumah keluarganya di Taman Skudai Baru, dekat sini.
Bapanya, Mohd Rosle Sarban, 41, berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pengurusan taman perumahan itu menunjukkan pada tengah malam hari kejadian, anaknya membonceng motosikal remaja lelaki itu selepas memanjat tembok rumah.

Bawa pasport

Katanya, anaknya yang lebih dikenali sebagai Sabil itu, turut membawa bersama beg pakaian dan pasport antarabangsa, manakala MyKad masih dalam simpanan isterinya, Ridayu Husin, 35.

“Sejak mengenali remaja lelaki itu, rekod kedatangan sekolah Sabil juga merosot apabila dia gagal hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Selesa Jaya 2, lebih seminggu.

“Setiap pagi, Sabil keluar ke sekolah seperti biasa membuatkan kami tidak menyangka dia ponteng sekolah sedangkan pencapaiannya dalam percubaan PMR sebelum ini memuaskan,” katanya ketika datang mengadu di pejabat The New Straits Times Press (NSTP), di sini semalam.

Md Rosle berkata, beliau membuat laporan kehilangan anaknya di Balai Polis Tampoi sebelum berusaha mengesan rumah remaja lelaki yang dikenali sebagai Isma yang tinggal bersama keluarga di Kempas, menerusi akaun Facebook anaknya. HMetro

6

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
8

Sedih
7

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sueism 26-9-2013 02:12 PM
Johor lagi kalau anak dah lari biar aje ...nanti bila dah beranak buat x tau aje
Quote arasham 26-9-2013 02:13 PM
nama familiar sgt dgn kes lari sebelum ni. mcm pernah baca dia lari
n balik semula ke rumah, entahlah..
Quote kenarikelabu 26-9-2013 02:17 PM
Nak lari, lari lah....malas nk kejar...
Quote twins 26-9-2013 02:18 PM
dah banyak sangat kes lari dengan kenalan fb/we chat segala bagai.... dah tak tau nak kata apa dahhhh..
Quote ciklipoo 26-9-2013 02:20 PM
hmmm mcm2 perangai bebudak skang....jiwa remaja tuu memberontak...
Quote ell768 26-9-2013 02:21 PM
gatei sgt kan...nanti agak2 dah rabak sana sini..lepas tu sakit nak beranak br laa dia balik..
Quote ais_kosong 26-9-2013 02:22 PM
macam kena lak ngan lagu zizang kaka tu
Quote alepmama 26-9-2013 02:37 PM
dah banyak dah kes lari  ni
relative aku anak nya dh sebulan lari
report polis dah semua
dah tak kuasa
aku tgk FB elok je hu ha dengan kawan
anta skeolah elok2 takmau pergi

zaman skrg ni x boleh salah kan dah mak pak
anak2 tu sendiri elok kepala kena tunjal masa kecik2 kalau dah tau besar susahkan orang
Quote gaara_X 26-9-2013 02:53 PM
Salah satu kesan penggunaan Fb nie.....
Quote bnmbnm 26-9-2013 02:54 PM
alepmama posted on 26-9-2013 02:37 PM
dah banyak dah kes lari  ni
relative aku anak nya dh sebulan lari
report polis dah semua

yang anaknya umur 16 tahun tu eh? klu ya kesian kat mak ayah nya kan?
Quote alepmama 26-9-2013 03:01 PM
bnmbnm posted on 26-9-2013 02:54 PM
yang anaknya umur 16 tahun tu eh? klu ya kesian kat mak ayah nya kan?

hah pandainya kamu teka umur pelarian tersebut
ya betul sekali 16 tahun umurnya
Quote Mamason 26-9-2013 03:05 PM
Risau aku ngan anak2 gadis skrg nie...mudah benor lari nak ngikut anak orang... aishhh...
Quote blackred99 26-9-2013 03:07 PM
trial dia memuaskan? meaning takde yang failed la kan?
Quote dayana88 26-9-2013 03:10 PM
blackred99 posted on 26-9-2013 03:07 PM
trial dia memuaskan? meaning takde yang failed la kan?

8A la maksudnye hahahahahaahahahaha
Quote deecokelat 26-9-2013 03:12 PM
ha lari ke singapore le tu~ nk pg USS kot.

huhu kesian lar kat mak n bapak. tua sok baru nk sedor...
Quote bnmbnm 26-9-2013 03:13 PM
alepmama posted on 26-9-2013 03:01 PM
hah pandainya kamu teka umur pelarian tersebut
ya betul sekali 16 tahun umurnya

klu yang tu saya kenal parent dia... sampai sekarang tak jumpa lagi....kesian...
Quote AbukRokok 26-9-2013 03:14 PM
ala bukan je budak pompuan bawah umur... bini, tunang dan mak org kategori MILF pun lari ikut jate ntah timbul dari celah bedah mana di fb/wechat/wassap/line/kokoatalk/chat on/ circle/
Quote dani_5353 26-9-2013 03:16 PM
Zaman sekarang nih...bini orang pun lari ikut jantan..apatah lagi remaja yang baru nak kenal donia..
Quote nordiana87 26-9-2013 03:24 PM
ni smua salah pesbuk!!

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.132064 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top