CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Macam Artis Mesin Karaoke, Kami Rasa Terhina" - Francissca Peter Cabar Syed Saddiq Untuk...

3-5-2019 01:09 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 24417| Komen: 177|Original author: Oleh: LilRose

Isu panas berhubung kumpulan BTS yang menjadi perdebatan ramai sejak kebelakangan ini turut mendapat perhatian penyanyi Francissca Peter.


Kredit foto: IG Francissca Peter


Memetik mStar Online, Francissca meluahkan kekesalannya terhadap tindakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ingin menjemput BTS sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Francissca mendakwa, dia dan rakan artis lain berasa bagai terhina apabila usaha keras selama berada dalam industri tidak dihargai selain mempersoalkan tindakan membawa masuk artis luar untuk membuat persembahan secara besar-besaran.


Kredit foto: E!


"Ia merupakan penghinaan buat kami dan ia amat menyakitkan," ujarnya yang mengakui tidak gembira dengan keputusan menterinya, Syed Saddiq Abdul Rahman (SS) memandangkan ramai lagi artis tanah air yang sangat bagus.

Luahnya lagi, mereka ibarat 'artis mesin karaoke' kerana menerima bayaran yang sangat rendah.

"Saya tak tahu berapa juta anda bayar mereka (BTS), tetapi kami sebagai artis tempatan berasa terhina dengan tindakan itu," akuinya kepada mStar.

Malah, Francissca melabel tindakan SS sebagai tidak relevan.

"Buat apa pelancong datang ke Malaysia untuk melihat sesuatu yang sudah sedia ada?" soalnya.


Kredit foto: IG Francissca Peter

Tidak berpuas hati dengan SS yang enggan berganjak daripada keputusannya, Francissca mencabar Ahli Parlimen Ahli Parlimen Muar itu untuk menganjurkan konsert berskala besar khas buat artis tempatan.

Menurutnya, jika diberi dana RM2, dia dan artis tempatan lain juga mampu beri persembahan memukau.

"Kami boleh cari penari terbaik di kota ini dan ketika itu, saya akan tunjukkan makna persembahan sebenar!

"Persembahan yang mampu buat anda mengalami mimpi ngeri," katanya berseloroh.



Beranikah KBS sahut cabaran itu? Kalau diberi dana sebanyak itu, mampukah artis kita beri persembahan lebih memukau daripada artis luar yang popular? - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 3-5-2019 01:21 PM
X habis2 lagi ke.. org nak tgk bts pun x boleh.. nak bts
Artis tempatan pun boleh join persembahan juga
Dengkilah
Quote fushimi 3-5-2019 01:28 PM
umbut replied at 3-5-2019 01:21 PM
X habis2 lagi ke.. org nak tgk bts pun x boleh.. nak bts
Artis tempatan pun boleh join per ...

kannnnnnnnnnnnnnnnnn
serabut sungguh geng retis kertu neh

kbs tu nak tarik golongan muda belia remaja cam kami kami neh

kalau akak akak kertu mohon gi sembah artis kertu k


Quote Schoollover 3-5-2019 01:41 PM
Bts itu worldwide boleh tarik pelancong datang ke malaysia apa yang kbs buat itu memang betul pun
Quote salmon-suki 3-5-2019 01:41 PM
Bkn ke sepatutnya persatuan seniman y perjuAngkn nasib retis2 ni bkn SS ni...dia mnteri belia haruslah nk tarik belia je..skrg tgh in geng2 kpoop,haruslah pncing guna tu..
Quote LadyCarefree 3-5-2019 01:43 PM
umbut replied at 3-5-2019 01:21 PM
X habis2 lagi ke.. org nak tgk bts pun x boleh.. nak bts
Artis tempatan pun boleh join per ...

Kalau bagus sngt apsal pencapaian retis mesia xdak sekoq pon sama level dgn BTS???!!!!!
Quote LadyCarefree 3-5-2019 01:43 PM
Schoollover replied at 3-5-2019 01:41 PM
Bts itu worldwide boleh tarik pelancong datang ke malaysia apa yang kbs buat itu memang betul pun

Jom reramai komen kat IG saddiq dn sokong dia dlam hal ni
Quote nonymous 3-5-2019 01:48 PM
aiyooo mck, ingat ni zmn dulu kala yg asal pmbukaan tahun melawat malaysia penuh dgn citrawarna dgn barisan retis 90an, sedar dirilah kitorang bukan x hargai bakat korang penyanyi legend, buat anugerah sana sini pun panggil korang kan, tiap2 tahun event gilang gemilang mesti pnyanyi lama otai rock kapak ada segmen, laa ni kitorang nak bts mai konser bukan nak tengok korang pulak dah biasa tengok, pesal laa ramai retis memekak butthurt sorang2, kasihan bts takut sgt retis2 lokal depa mai masuk.
Quote buapakperut 3-5-2019 01:53 PM
hebat penangan kbs sampai retis boleh bangkit dari kubur
Quote cikX87 3-5-2019 02:00 PM
KBS dr zaman dulu lagi memey suka nau jemput kpoppers. mesti ada anak anak menterinya tergedik nak artis tersebut datang. or tak pun menterinye sendirikkkk
Quote Kurex 3-5-2019 02:04 PM
Bts ni muka ori ke renovate?
Quote sleepandream 3-5-2019 02:04 PM
so sheols nak la tiap kali kempen pelancongan je buat konsert noraniza idris gitu?
memang belia2 seluruh dunia nak tengok pun sheols... syok sendiri betul
cakap jelah chuols nak job... padahal orang malaysia sendiri pun sheols gagal tarik crowd
Quote Andyscenes 3-5-2019 02:14 PM
Cadangan ni aku setuju sbbnya, golongan belia dr beberapa benua confirm dtg malaysia sbb nak tgk bts hanat ni. Kbai
Quote kroit92 3-5-2019 02:17 PM
LadyCarefree replied at 3-5-2019 01:43 PM
Kalau bagus sngt apsal pencapaian retis mesia xdak sekoq pon sama level dgn BTS???!!!!!

tergelak aku. betul, kalau artis baca ni, setepek kena
Quote cha-cha 3-5-2019 02:18 PM
Seramnya selfie
Quote lalasahaja 3-5-2019 02:24 PM
Schoollover replied at 3-5-2019 01:41 PM
Bts itu worldwide boleh tarik pelancong datang ke malaysia apa yang kbs buat itu memang betul pun

BTS tu tour merata.. wtpe org luar nk gi malaysia tengok benda yang boleh pergi lebih dekat..
Quote namieamuro 3-5-2019 02:26 PM
jemput retis kpop x semestinye retis msia teros terkubor..motip si sadik ni cume nk kaut untong je dr retis kpop..dgn konsert kpop ni bole tarik org luar masok bcuti kt malaysia semate nk tgk retis tu..

iols bkn fans kpop tp iols sedar kpop sangat in dekat golongan muda mudi..bkn malaysian je, malah luar malaysia.

knp la retis2 ni tak pk dr sudut ni..kalau korg bagus sgt bole je kan join buat konsert utk org malaysia atau luar malaysia yg kenal korg
Quote mamaneesa 3-5-2019 02:29 PM
nak blackpink!!!

eh, tiberrrrr, heheheeh
Quote FY08 3-5-2019 02:31 PM
Edited by FY08 at 3-5-2019 02:40 PM

Br je dia sebut bts.. yg gfriend, blackpink, twice,superjunior, ikon dtg thn ni org xtau...aman2 ja bt konsert cni..
Tp.bts pun xeranla nk dtg msia... negara lain byk lg dorg blh pegi
Quote multinicky 3-5-2019 02:31 PM
sheols xnk masuk gv ke?? fran for GV

Lihat semua komen(177)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.224812 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top