Pelik dan aneh. Guna minyak brek moto untuk rawat sakit gigi? Mungkin terpengaruh dengan nasihat orang ataupun sekadar ingin mencuba, lelaki ini terpaksa dibedah kerana jangkitan di mulut. Tak pasal-pasal!
Dengan kebenaran pesakit, seorang doktor telah berkongsi pengalaman beliau merawat seorang lelaki yang mengalami kesakitan di gigi pada awalnya. Setelah bertahun menderita sakit gigi, akibat tidak tertahan awal tahun ini beliau telah mengambil keputusan untuk berjumpa doktor. Setelah diperiksa dan disoal siasat, lelaki ini mengakui telah mengambil jalan alternatif dengan menyapu minyak brek motor di gigi yang sakit. Kali pertama lelaki itu letak minyak brek tersebut ternyata berkesan, namun kemudian sakit semula. Gigi geraham mula bengkak dan cuba lagi letak minyak brek namun tidak berkesan. Mungkin rasa seram nak jumpa doktor gigi, lelaki tersebut berjumpa dengan doktor perubatan dan hanya diberi ubat antibiotik dan tahan sakit. Setelah seminggu, sakit masih belum hilang malah bertambah serius. Gigi dan mulut semakin membengkak dan hanya setelah 4 hari baru menyerah diri kepada doktor gigi. Keadaan bengkak melampau yang dipanggil sebagai 'facial cellulitis' itu semakin parah dan terpaksa dirujuk ke kecemasan. Dah tak pasal-pasal kena masuk wad! Setelah dua hari di wad, doktor bertugas terpaksa melakukan prosedur cabut gigi,incision dan keluarkan nanah penuh dalam muka. Masuk hari ketiga, nanah sudah mula sampai ke sistem saraf dan otak. Keadaan yang makin parah tersebut telah memaksa lelaki berkenaan masuk ICU dan didiagnos dengan simptom 'septic encephalophaty'. Boleh bawa kepada kematian! Jangan main-main dengan sakit gigi! Lelaki tersebut akhirnya terpaksa dibedah untuk mengeluarkan begitu banyak nanah yang ada. Dilaporkan semakin pulih, akhirnya lelaki itu telah masuk ke wad biasa untuk pemantauan. Kesedaran mengenai kesihatan gigi amatlah penting ketika ini tambahan dengan lambakan doktor gigi tidak bertauliah memasarkan produk 'teeth whitening', 'braces', gigi palsu dan sebagainya. Jika sakit gigi sila cepat cepat berjumpa doktor gigi yang sebetulnya, jangan cuba-cuba letak minyak motor pula ya! -CARI |
ADVERTISEMENT