CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sewa 'Homestay' Cantik, Bila Sampai Dinding Pun Takda!

6-5-2019 03:25 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 14487| Komen: 109|Original author: Oleh: Azza





Macam-macam kisah berlaku apabila semua urusan dilakukan menerusi talian (online). Bukan sahaja urusan jual beli malahan urusan seperti menyewa penginapan juga turut terkena tempiasnya kerana didakwa tidak sama dengan apa yang ditawarkan.

Tular di group Facebook Homestay Malaysia dakwaan seorang penyewa bahawa 'homestay' yang mereka dapat tidak mempunyai pintu. Bukan sahaja bahagian depan rumah yang tidak berdinding, malahan di dapur juga tiada dinding. Ia cuma ditutup dengan jaring hitam sahaja.

Lalu timbullah perbalahan antara penyewa dan tuan rumah atas kekeliruan tersebut hingga 'posting' asal telah dipadam.

Kredit foto: twitter


Menurut penyewa tersebut, gambar yang diberi oleh tuan rumah sangat berbeza dengan apa yang mereka dapat. Mereka telah menempahnya sejak Februari lagi dan tidak diberitahu mengenai ketiadaan dinding tersebut. Mereka hanya diberitahu ketika hendak sampai di 'homestay' dan disebabkan tiada pilihan, akhirnya mereka memutuskan untuk tinggal di situ juga.

Kredit foto: Twitter


Menurut Amy, postnya hanyalah untuk berkongsi pengalaman namun tidak disangka pula ia boleh menjadi 'viral'. Jadi, dia memadamkan post tersebut kerana tidak mahu memanjangkan isu. Namun dia tetap marah dan terkejut mendapat penginapan tidak seperti yang diharapkan.
Bagaimanapun, dipercayai tuan rumah telah menulis komen dan memberikan nombor telefon untuk dihubungi. Malahan dakwanya dia telah menjelaskan bahawa 'homestay' tersebut tidak siap tetapi bilik lain semuanya lengkap dengan kemudahan. Jadi, kenapa perlu menularkan gambar tersebut hingga menjejaskannya?
Kredit foto: Twitter

Ramai netizen juga berbeza pendapat. Bagi yang menyokong penyewa berpendapat bahawa tidak patut tuan rumah memberi sewa sedangkan situasi rumah tidak siap.


Kredit foto: Twitter


Sementara yang menyokong tuan rumah pula berkata ada salah faham antara kedua-duanya. Jika betul penyewa tidak puas hati, kenapa perlu tularkan gambar sebegini, alangkah baiknya jika nyatakan terus pada tuan rumah?


Lebih melucukan apabila netizen di media sosial memberi komen yang pelbagai. Ada yang menyatakan tiada dinding kerana mengadap Laut Cina Selatan dan juga kerana membuat 'London Bridge'.

"Dah macam set Sepahtu. Malam ni ada lah cameo masuk."

"Ni rumah konsep Ikea nih."

"Ni mesti buat rumah dengan Boy Iman."

"Ni mesti dinding pegi buat 'London Bridge'"

"Kuat main Sims owner homestay ni."

Kredit foto: Twitter

Begitulah, tidak semua yang berurusan dalam talian menepati kehendak kita. Jadi, apabila berlaku situasi sebegini, apa tindakan anda? - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 6-5-2019 03:38 PM
Kalau org tu dah jelaskan ko dah accept mmg tak patut lah ko viralkan.

Kalau misrepresentation then betul lah tu. Jangan org lain pi booking.

Tapi macam tak logik dia punya alasan. Tak siap tapi dah buka utk disewa sebab tak de nampak under construction.
Quote prettyuglybabe 6-5-2019 03:47 PM
pada i kalau tak siap, tak patut la amik booking..
tak kira la orang tu nak ke tak nak ke..
kenapa ko pergi iklankan juga awalnya?
dah ada iklan, dah tentu la orang akan tempah no matter what..
ingat orang boleh tau keadaan rumah tu macam tu..
kenapa tak bagi gambar sebenar rumah tu kalau betul ada explain kat customer..

dah la pelik gila..
ada ke orang buat rumah dinding separuh-separuh gitu?
dinding tak lengkap, dah siap cat pasang lampu letak perabot bagai..
kang nak buat dinding tu tak ke berhabuk kotor rumah tu semula..
ke memang planning nak buat open concept?
Quote helicornia 6-5-2019 03:47 PM
yang tuan rumah tu tamak sgt kenapa? rumah tak siap ko bagi sewa tu bukan homestay namanya, itu maybe ruang terbuka stay
Quote ell768 6-5-2019 03:48 PM
pelik..x siap tu explain tak takde dinding???ke takat explain x siap sepenuhnya je..so org imejin x siap deco ke x siap kain langsir ke tiles x psg lg ke apa ke..apa2 pon kalau x siap lg jgn open utk sewa..
Quote EvieWanKenobi 6-5-2019 03:48 PM
rumah pesen apa ni?
Quote haryatie 6-5-2019 03:55 PM
jahat nya tuan punya homestay tu
x rasa bersalah ke ambik duit org
buat mkn minum masuk perut sendiri
apa jnis org la mcam ni
Quote supermum 6-5-2019 04:00 PM
Bila mintak screenshot conversation dgn penyewa, tak pulak bagi. Dia just cakap dia dah kabo ke penyewa rumah tu tak siap sepenuhnya tapi bilik lengkap. Ko rasa sbg penyewa ko expect ke rumah tu takde dinding? Part lain siap elok pulak.

Sapa2 ada jumpa conversation full or at least part dia gtau takde dinding, bolehlah share. supaya org brenti speculate mcm2.
Quote matchstick 6-5-2019 04:01 PM
Yg komen rumah the sims tu kelakor
Quote Asdan 6-5-2019 04:04 PM

openstay
Quote ikanmasin 6-5-2019 04:16 PM
yg akk heran tu isi dlm umah semua dah ada dah
tp apasal dinding tu tak dipasang2 lg..konsep apa
yer mcm ni..lg pun kene lah bgt sejelas2 nya umah
tu mcm mana.bgt lah mmg tak bole ddk ..yg bagi
jg dah kenapa biar pun penyewa nak sesgt sewa..
kan dah salah fhm begini.
Quote dua_chzy 6-5-2019 04:23 PM
Yang penting bukan kat Sabah.

Benda2 pelik gini, Malaya memang juara.
Quote imransulaiman 6-5-2019 04:29 PM
Ada baca alasan owner rumah tak siap sebab takde pekerja memandangkan nak puasa dan nak raya. TAPI penyewa tu stay bulan Mac...booking pula dari bulan Februari?!

Nak terima ke tak alasan owner tu? {:hypnotize
Quote tensic~ 6-5-2019 04:35 PM
imransulaiman replied at 6-5-2019 04:29 PM
Ada baca alasan owner rumah tak siap sebab takde pekerja memandangkan nak puasa dan nak raya. TAPI p ...

Gile la rumah takda dinding.. hanat betul.. and bahaya.. perampok boleh masuk je senang2
Quote pyropura 6-5-2019 04:38 PM
dua_chzy replied at 6-5-2019 04:23 PM
Yang penting bukan kat Sabah.

Benda2 pelik gini, Malaya memang juara.

Where else kalau tidak di Transylvania, tanah drakula. Sis @Remyda pasti sunyum simpul
Quote pyropura 6-5-2019 04:38 PM
dua_chzy replied at 6-5-2019 04:23 PM
Yang penting bukan kat Sabah.

Benda2 pelik gini, Malaya memang juara.

Where else kalau tidak di Transylvania, tanah drakula. Sis @Remyda pasti sunyum simpul
Quote pyropura 6-5-2019 04:40 PM
Kerusi pun pakai plastik je, dilaknati awloh je lah eloknya
Quote Innrukia 6-5-2019 04:46 PM
ni sangat lawak okay... "brilliant" idea tuan rumah...
ala2 rumah kaca la kot ni
Quote prizadane 6-5-2019 04:47 PM
tensic~ replied at 6-5-2019 04:35 PM
Gile la rumah takda dinding.. hanat betul.. and bahaya.. perampok boleh masuk je senang2

Iols tengah terfikir mana privacy duduk homestay camni? Nak tukar baju kena masuk toilet je la ek? Baiklah iols duduk kat pondok rnr tu je kalau camni
Quote xtahumenahu 6-5-2019 04:53 PM
ikanmasin replied at 6-5-2019 04:16 PM
yg akk heran tu isi dlm umah semua dah ada dah
tp apasal dinding tu tak dipasang2 lg..konsep apa
y ...

iols rasa...mmg x siap lagi
tp sebab penyewa ni dah booking..kononnya nak hilangkan rasa bersalah..penuhkan laaa umah tu
walaupun xder dinding

Lihat semua komen(109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.046197 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top