Berang diminta untuk menjaga sepupunya, wanita berusia 30 tahun tergamak menikam ibunya di sebuah rumah di Kampung Mantailang Bawah, Tenom pada 29 April lalu. Harian Metro melaporkan, kejadian itu menyebabkan mangsa, 48, parah di dada dan perut sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Tenom. Difahamkan, berlaku pertengkaran mulut antara dua beranak itu sebelum suspek bertindak agresif dengan menikam ibunya. Menurut sumber, suspek yang enggan menjaga sepupunya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ibunya sebelum menikam mangsa sebanyak dua kali. Suspek yang melarikan diri dari lokasi kemudian berjaya ditahan polis, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Senior Asisten Komisioner Jauteh Dikun. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata. - CARI
|
ADVERTISEMENT