CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

"Pastikan Anak Kenyang Dulu" - Dr Sheikh Muszaphar Kongsi 5 Tips Bawa Anak Kecil Solat Tarawih

6-5-2019 02:54 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 17632| Komen: 107|Original author: Oleh: SakuraJo

Menjelang kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini pastinya ramai yang berlumba-lumba untuk merebut pahala untuk beribadah. Selain dari berpuasa di siang hari, solat tarawih antara ibadah yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Masjid dan surau pastinya menjadi tumpuan ramai untuk bersama melaksanakan ibadah yang hanya boleh dilakukan pada bulan Ramadan itu. 



Bagaimanapun, ramai yang terpaksa melupakan hasrat mereka untuk mengerjakan solat tarawih secara berjemaah di surau atau masjid kerana memiliki anak-anak yang masih kecil serta lasak. 

Menyedari kekangan itu dan berdasarkan pengalaman sendiri, angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi lima tips untuk ibu bapa yang ingin menunaikan solat tarawih di masjid bersama anak-anak yang masih kecil di akaun Instagram miliknya.



"5 tips bawa anak kecil untuk solat tarawih," tulis Dr Muszaphar.

Kredit foto : Ig Dr Sheikh Muszaphar

1. Buat persediaan awal

Bawa susu, lampin pakai buang dan mainan kegemaran mereka. Kita tidak tahu bila kita akan perlukannya.

2. Ambil tempat di hujung masjid/surau

Solat di tempat yang paling hujung untuk mengelakkan anak-anak mengganggu jemaah lain.

3. Sentiasa perhatikan anak-anak

Jangan sesekali membiarkan anak-anak tanpa pengawasan.

Kredit foto : Ig Dr Sheikh Muszaphar

4. Cari punca mengapa anak menangis

Sekiranya anak menangis berterusan, bawa anak keluar dan cari punca. Mereka mungkin lapar atau lampin sudah penuh. Jangan biarkan anak menangis terlalu lama kerana ia boleh mengganggu jemaah lain. Teruskan solat selepas mereka berada dalam keadaan selesa. 

5. Pastikan anak kenyang sebelum di bawa ke masjid

Berikan mereka makanan yang mencukupi dan pastikan mereka benar-benar kenyang. Sekiranya mereka tidur, biarkan sahaja.

Tambah Dr Muszaphar membawa anak-anak ke masjid untuk menunaikan solat tarawih sejak dari kecil merupakan latihan yang bagus sebagai pendedahan awal kepada mereka. 

Perkongsian angkasawan yang juga seorang doktor bedah itu mendapat reaksi positif daripada para pengikutnya di laman sosial tersebut.

Kredit foto : Ig Dr Sheikh Muszaphar

Diharap dengan tips yang diberikan oleh Dr Muszaphar ini dapat membantu sedikit sebanyak ibu bapa yang teringin untuk menunaikan solat tarawih secara berjemaah. Salam Ramadan! -CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 6-5-2019 03:15 PM
Masalahnya utama bila anak jumpa geng berborak (anak gadis) & geng berlari (anak lelaki).  letak kat saf belakang lagi ligat
Quote Kurex 6-5-2019 03:23 PM
Dia dengan chef ismail lagi ke
Quote messymimi 6-5-2019 03:27 PM
dah bbrp thn iols x g terawikh kt masjid...buat sendiri je kt rumah...ats sbb masih ada anak2 kecik...risau ganggu jemaah satu hal...risau berlari ke mana2..xde yg pantau..takut hilang lh
Quote seri_mawr 6-5-2019 04:08 PM
Kurex replied at 6-5-2019 03:23 PM
Dia dengan chef ismail lagi ke

apakah soalan ni ni..?

apa kena mengena dgn Dr Sheikh ni..?
Quote Perk77 6-5-2019 04:16 PM
Aku kalau baca ig dia ni.....Aku suka baca tukang Komen..apa dia ckp semua teruja Dan setuju...hahhaa..jgn kecam Aku ..pandangan Aku je
Quote Perk77 6-5-2019 04:17 PM
Kurex replied at 6-5-2019 03:23 PM
Dia dengan chef ismail lagi ke

Aku pernah dgr dulu gosip ni..bukan ke chef Tu yg suka dia ke?
Quote ikanmasin 6-5-2019 04:23 PM
kalau bawa dan jaga serta pastikan tak kacau jemaah lain
okay tp kalau biarkan sampai menggangu org lain tu dah
tak seronok sebenarnya.kene sama2 tolak ansur serta memahami
org lain jg kan..kalau meragam kene cpt2 amik lah..
Quote siq 6-5-2019 04:26 PM
pendapat ikhlas

dalam pada nak cari redha Allah, jangan menyusah n menyakitkan hati sesama manusia

kalau rasa budak2 tu akan menyusahkan diri or orang lain, fikir sendiri la... nak mengejar pahala sunat tuh bagus, tapi sambil kutip kesan2 yg tak best tuh.................... ntah
Quote tagas 6-5-2019 11:08 PM
berenyah nye

baik dok dendiam teraweh umah jelah

kalo ade baby n bebdk nih

Quote Didi_dido 6-5-2019 11:22 PM
Aku sorg je ke yg rasa dia mcm push anak2 dia jadi perfect. Aku tgk pn mcm penat. Tak nafikan mmg ada advice dia yg elok cuma tu la yg aku rasa. Korg jgn nk kondem2 aku plak.
Quote umbut 6-5-2019 11:33 PM
Dok umah jeler anak tu..
Quote HannahMontana 6-5-2019 11:34 PM
dah tak pergi ke bulan ke ?????????? muahahhahhahahhahaha
Quote kembangbunga 7-5-2019 12:36 AM
Didi_dido replied at 6-5-2019 11:22 PM
Aku sorg je ke yg rasa dia mcm push anak2 dia jadi perfect. Aku tgk pn mcm penat. Tak nafikan mmg ad ...

Iols pun rasa mcm tu. Tp malas nak komen lebih2 sbb iols blm kawin lagi.. ramai kwn2 iols yg idolakan heols dlm bab nak besarkan anak2..
Quote ArnabAtasBulan 7-5-2019 12:42 AM
messymimi replied at 6-5-2019 03:27 PM
dah bbrp thn iols x g terawikh kt masjid...buat sendiri je kt rumah...ats sbb masih ada anak2 kecik. ...

Takpe, memang pompuan lagi afdal solat terawih kat rumah pon. Supaya anak2 kecik tak bising atau kacau jemaah kat surau/masjid.
Bagi saya kalau anak kecik sangat tak payah bawak gi masjid.bukan diorang tau ape pon. Kalau dah besa pandai behave takpelah.
Quote Cookingholic 7-5-2019 02:58 AM
Didi_dido replied at 6-5-2019 11:22 PM
Aku sorg je ke yg rasa dia mcm push anak2 dia jadi perfect. Aku tgk pn mcm penat. Tak nafikan mmg ad ...

Dulu bininya pernah tulis theyols laki bini mmg kiasu. Taktaula bergurau ke hapa tp mmg dia pernah ckp camtuh. Dlm blog dia rasanya sbb dah lama jugak iols baca tuh
Quote lattehazelnut 7-5-2019 03:05 AM
Didi_dido replied at 6-5-2019 11:22 PM
Aku sorg je ke yg rasa dia mcm push anak2 dia jadi perfect. Aku tgk pn mcm penat. Tak nafikan mmg ad ...

Tp dia push positively.. xde nak rotan ke ape kalau xdapat no 1 ke ape..
Quote weezerfan 7-5-2019 03:43 AM
Didi_dido replied at 6-5-2019 11:22 PM
Aku sorg je ke yg rasa dia mcm push anak2 dia jadi perfect. Aku tgk pn mcm penat. Tak nafikan mmg ad ...

Better lah dr makpak yang semua anak2 buat betul. Semua anak2 nak dapat. Biar je anak2 buat hal sendiri.. Yg ni aku tgk kebanyakkan anak2 depa x menjadi
Quote Atata 7-5-2019 04:20 AM
Nabi mmg galakkn kita bawa budak ke masjid. Utk buat mereka biasa dn tak kekok dtg masjid. Kena byk tolak ansur.. Pahala bkn dtg dari solat je, kita sabar n layan budak2 baik2 pn pahala jgk.
Quote de_ikea 7-5-2019 06:20 AM
Mak bapak mmg kena struggle utk bawa anak2 ke masjid ni. Tp sebenarnya, sama mcm korg bawa anak2 gi kedai makan, gi pasar malam, pergi playground atau swimming pool. Semua tempat tu kena extra cautious dan kena sentiasa diperhati.
Jadi kalau boleh struggle utk bawa ke tempat lain, kenapa tak boleh ke masjid

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.231873 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top