Sekumpulan anggota tentera India mendakwa mereka telah menemukan kesan tapak kaki milik makhluk misteri, yeti berhampiran sebuah kem di Gunung Makalu, Nepal pada 9 April lalu. Memetik laporan Mirror pada 1 Mei, pengumuman itu dibuat oleh tentera India melalui Twitter baru-baru ini. "Buat julung-julung kalinya, Pasukan Ekspedisi Gunung Tentera India telah menjumpai kesan tapak kaki misteri milik haiwan mitos yeti," jelas ciapan Twitter tersebut. Kesan tapak kaki gergasi berukuran 81 cm x 38 cm itu dilihat berhampiran lembah Makalu-Barun iaitu kawasan hutan terpencil yang sering dikunjungi oleh penyelidik-penyelidik yang mengkaji tentang yeti. Gunung Makalu yang terletak di sempadan Nepal dan China merupakan gunung yang kelima tertinggi di dunia. ">Loading Tweet... Walau bagaimanapun, seorang pengkaji yeti, Daniel C. Taylor menyatakan kesan tapak kaki berkenaan berkemungkinan ditinggalkan oleh beruang. "Sekiranya itu tapak kaki seekor haiwan, ia mempunyai saiz sebesar dinosaur. "Ukuran saiz tapak kaki tersebut perlu disahkan terlebih dahulu kerana kami pasti tiada dinosaur mendiami lembah Barun," katanya. Memang ramai orang mendakwa pernah melihat makhluk aneh seperti yeti, bigfoot dan raksasa Loch Ness namun sehingga kini, masih belum dapat ditentukan kesahihannya. - CARI
|
ell768 replied at 7-5-2019 11:44 AM
bukan senang nak dpt tangkap bigfoot,yeti or seangkatan dgnnya ni kan..dulu2 kecoh bigfoot kt rompin ...
ell768 replied at 7-5-2019 11:44 AM
bukan senang nak dpt tangkap bigfoot,yeti or seangkatan dgnnya ni kan..dulu2 kecoh bigfoot kt rompin ...
Dwdrum replied at 7-5-2019 11:39 AM
barun valley itu lah tempat 1 mat salleh habis kan masa 60 tahun mencari yeti ....dan beliau jumpa b ...
ADVERTISEMENT