Dulu, pernah kecoh di Malaysia apabila sesetengah pesakit diabetes seolah-olah tidak menghargai ubat insulin yang mencecah ribuan ringgit, malah dicampak ke dalam tong sampah kerana enggan memakan ubat tersebut.
Jika dibandingkan di luar negara, keperluan insulin ini adalah terhad dan pesakit terpaksa membeli ubat tersebut yang harganya hampir mencecah ASD2,000.
Di Twitter, seorang Doktor dikenali sebagai Dr Hafizah MD telah menulis sebuah bebenang mengenai pengalamannya merawat seorang pesakit diabetes yang enggan mengambil insulin.
Menurut rekod, seramai 3.6 juta rakyat ini menghidap diabetes dan merupakan kadar tertinggi di dunia. Insulin amat penting untuk pesakit diabetes kerana ianya diperlukan untuk mengawal paras glukosa dalam badan. Pesakit Dr Hafizah ini telah didiagnosis dengan penyakit 'fourniers gangrene' yang menyebabkan kemaluan pesakit tersebut membengkak. Lihat dengan amaran kerana grafik tidak sesuai ditonton dan agak jijik. |
ADVERTISEMENT