CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Simpan Gambar Bogel Isteri Kawan, Mati Kena Belasah

7-5-2019 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7125| Komen: 35|Original author: Oleh: Myra Rozi

Seorang lelaki mati dibelasah gara-gara menyimpan gambar bogel isteri rakannya.

Astro Awani melaporkan, dalam kejadian di sebuah rumah di Bandar Baru Sungai Buloh itu, lelaki berkenaan dipukul oleh beberapa individu hingga tak sedarkan diri.


Anggota kereta peronda (MPV) dan pihak Hospital Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum mangsa disahkan meninggal dunia.

Gambar Hiasan
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata,

"Siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku akibat mangsa berusia 27 tahun ini memiliki gambar bogel isteri suspek dan menyimpannya di dalam telefon bimbit.

"Sebelum kejadian, mangsa telah datang ke tempat kejadian setelah dipanggil oleh isteri kepada suspek ke rumahnya untuk mendapatkan maklumat berkenaan gambar bogel tersebut.

"Sampai di sana, mangsa disyaki telah dipukul dengan menggunakan rotan oleh empat suspek terdiri daripada tiga lelaki serta seorang wanita.'

Siasatan awal mendapati mangsa yang juga rakan kepada suami wanita berkenaan mengambil gambar bogel tersebut semasa dia sedang madni.

Mangsa juga mengugut wanita itu agar mengikut kehendaknya jika tak mahu gambar disebarkan.

"Siasatan masih dijalankan dan polis telah menahan empat suspek termasuk pasangan suami isteri tersebut pada hari kejadian.

"Kesemua suspek berusia 26 hingga 36 tahun itu kini direman tujuh hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tensic~ 7-5-2019 03:19 PM
Wanita tu tak rela kan. So padan muka.
Quote umbut 7-5-2019 03:29 PM
Padan muka ko. Ugut2 kan dah kena
Quote tikusmontok 7-5-2019 03:40 PM
edisi cash kah?
Quote Syd 7-5-2019 03:41 PM
mandi la pakai kain.

tapi kalu nak ngintai tu dah hobi. mmg mendapatlah
Quote xtahumenahu 7-5-2019 03:49 PM
tu lah...ugut2 orang...cassshhhhhhhhh!!!
Quote prettyuglybabe 7-5-2019 04:00 PM
dalam bilik air pun tak selamat..
Quote Atata 7-5-2019 04:01 PM
Akhirnya menang jd arang, kalah jadi abu. Mendapat la meringkuk dlm penjara. For now at least 7hari semua tu tidur lokap.
Quote Acikgomen 7-5-2019 04:04 PM
Syd replied at 7-5-2019 03:41 PM
mandi la pakai kain.

tapi kalu nak ngintai tu dah hobi. mmg mendapatlah

Teringat kain basah rumah arwah tok acik. Kain jenis ape tah cepat nau kering. Corak garis2 mcm pyjama
Skang ni jgn harap la nak jumpa kain basah bersidai kat bilik air sesapa
Quote CharlesDera 7-5-2019 04:08 PM
brazzers....wakakakakakaakaakkakaka
Quote ninja9 7-5-2019 04:14 PM
memang cari pasal betul, dahlah ambil gambar lepas tu ugut pula.. dah tak ada perempuan lain kah?
Quote Artemesiaa 7-5-2019 04:24 PM
Mendapat sudah tapi sampai hilang nyawa satu hal lain pulak
Quote lattehazelnut 7-5-2019 05:43 PM
Syd replied at 7-5-2019 03:41 PM
mandi la pakai kain.

tapi kalu nak ngintai tu dah hobi. mmg mendapatlah

Penah mandi pakai kain basahan x?
Quote 234126 7-5-2019 06:47 PM
Cash tapi pukul sampai mati now semua pulak kena dakwa. iol tak suka baca kes mangsa pulak kena dakwa padahal dia yang teraniaya. Maybe geram sangat and suspek degil. Sapa boleh sabar kan
Quote Sarasaleh 7-5-2019 10:09 PM
Klau kena ugut camtu, patutnya kena buat apa eh?
Quote imransulaiman 7-5-2019 10:26 PM
Acikgomen: Teringat kain basah rumah arwah tok acik. Kain jenis ape tah cepat nau kering. Corak garis2 mcm pyjamaSkang ni jgn harap la nak jumpa kain basah bersi ...

Masa zaman bujang dulu, saya melawat kawan di Pahang, tidur rumah dia. Bilik mandi kat luar. Dia pesan - kalau mandi, guna kain basahan yang disidai.. Nipiiiiiiiiis je kain tu...ikat kat pinggang tapi rasa transparent... Hehe {:shy
Quote bezita60 7-5-2019 10:35 PM
Mesti ugut nk dpt seks percuma..
Eloklah mati pun
Quote Jennyrol 7-5-2019 11:25 PM
Mau nye xmati.. Cari pasal sungguh..
Quote Burong_Hantuk 8-5-2019 12:28 AM
Mendapat kau...
Quote cruz2 8-5-2019 12:59 AM
Acikgomen replied at 7-5-2019 04:04 PM
Teringat kain basah rumah arwah tok acik. Kain jenis ape tah cepat nau kering. Corak garis2 mcm py ...

Kami masih guna kain tu achik.mmg senang pakai senang kering

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.205762 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top