CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

"Macam Masyarakat Mundur" - Orang Tawau Dikejutkan Sahur, Tapi Orang Lain Pula Terasa

8-5-2019 11:45 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7613| Komen: 60|Original author: Oleh: Azza






Adat tradisi setiap bangsa berbeza-beza. Sebab itulah masyarakat Malaysia hidup dalam kerukunan kerana menghormati adat setempat yang disambut oleh setiap kaum. Bagaimanapun apabila melabelkan adat sesetengah tempat sebagai mundur kerana tidak bersetuju dengan adat tersebut adalah melampau sekali.

Perbuatan sesetengah masyarakat di Tawau yang mengejutkan penduduk kampung dengan berjalan beramai-ramai lalu bermain gitar, menyanyi, bermain kompang dan bertepuk dianggap adalah normal namun bagi segelintir netizen itu perbuatan mundur.



Status tersebut mendapat kecaman daripada netizen terutamanya penduduk di Borneo yang berpendapat teguran tersebut sangat tidak beradab. Ini kerana ia adalah adat yang diamalkan sejak sekian lama, lalu tuduhan berparti itu adalah tuduhan liar.

Kredit foto: Twitter

Kredit foto:

Perkataan mundur yang ditekankan itu membuat ramai netizen merasakan yang mundur bukanlah masyarakat Tawau tetapi akal pengadu yang berfikiran cetek. Ini kerana perbuatan tersebut adalah dianggap satu cara yang menyeronokkan untuk mengejutkan orang bersahur. Jika selama ini tidak mendapat aduan, kenapa kali ini pula bermasalah? Oleh orang luar pula tu.

Hal ini menyebabkan Munier meminta maaf atas keceluparannya tetapi dalam masa sama tetap mempertahankan apa yang diperkatakannya itu iaitu amalan bersuka ria ini tidak perlu sebenarnya dan hanya menjadi amalan masyarakat tidak maju.


"I???m sorry if you guys are offended by the word. My actual intention was satating the fact that
amalan bersuka ria walaupun tak perlu ni adalah amalan masyarakat yang tidak maju,
bukan sabahan sahaja, black africans pun macam ni. It wasn???t my intention to humiliate sabahan."

Kredit foto: Twitter


Namun antara banyak komen dan ini komen yang paling mendalam sekali.


Jadi, pendapat anda pula bagaimana? - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annehuda 8-5-2019 11:44 AM
ko stakat jadi budak twitter dah acah acah maju

nampak sangat la budak twitter ni tak penah travel mana-mana. duk bandar terperap dlm rumah flat je
Quote Buritan 8-5-2019 11:51 AM
Ok ape.. seronok seronok.. lgpun gasaklaa depa nak buat ape pung.. kg depa.. rumah depa.. tak perlulaa nak membawang.  
Quote Artemesiaa 8-5-2019 11:58 AM
Dah macam tu budaya mereka sekian lama tak baiklah labelkan mereka macam2.  Sekurang2nya mereka ni dah bantu masyarakat setempat untuk bangun sahur.  Tak perlu harap pada jam loceng atau berbabas tidur sampai tak sempat makan sahur.
Quote Kurex 8-5-2019 12:02 PM
Nampak munier ni macam budak bajetburban yg berasal dari pprt
Quote syadq 8-5-2019 12:17 PM
Kalau buat kat sini takde lah aku terlepas sahur semalam. Rugi simpan kuih keria ingat nak mkn sahur.
Quote CharlesDera 8-5-2019 12:19 PM
kat twitter memang ramai yang suka tweet benda bowdow...wakakakakkakakakakakakkaa

konon dia ja la yang baguih...dia ja la yang pandai..oghang lain dak.....wakakakakakakakakakaka
Quote CharlesDera 8-5-2019 12:22 PM


no wonder....mangkaq ni peminat anwaq yang perenah disabitkan kes menduboq... wakakakakakakkakakakakaka

dia ni la jenih2 yang tweet "tak kisah PM penduboq lgbt asaikan adil dan saksama"...wakakakakakkakakakakakakakakakaka
Quote seri_mawr 8-5-2019 12:26 PM
best la kot style kejut sahur gitu...

nampak perpaduan....

ehhh nasib la aku ni takd twitter2 segala bagai....
Quote Asdan 8-5-2019 12:33 PM

ayam kokok boleh mengejut pagi, namun kini jam & orang boleh ganti kerja ayam
Quote kelana36 8-5-2019 12:45 PM
Asdan replied at 8-5-2019 08:33 AM
ayam kokok boleh mengejut pagi, namun kini jam & orang boleh ganti kerja ayam

Ayam pun dah maju. tak perlu berkokok jam 3 pagi
Pakai alarm kat handphone kot..
Quote babyLON. 8-5-2019 12:50 PM
memeriahkan benda yg tak perlu? sahur tak perlu ke??
Quote TabletSusu 8-5-2019 12:53 PM
annehuda replied at 8-5-2019 03:44 AM
ko stakat jadi budak twitter dah acah acah maju

nampak sangat la budak twitter ni tak penah trave ...

x maju terperap dlm rumah flat
kena up sikit
apartment (walaupon kos rendah)
Quote batmana 8-5-2019 01:20 PM
lain org lain budaya

bdk2 cmni mana paham, ckp tk pkir dlu, mgkin pelempang ubatnya..
Quote VioletsAre_Blue 8-5-2019 01:21 PM
Budak twitter ramai acah2 bagus.. Budaya orang tak pandai nak hormat
Quote RatuDunia94 8-5-2019 01:28 PM
Kenapa perlu amik serius twit2 kat twitter tu?
Quote rosasen 8-5-2019 02:14 PM
mundur2 pn dapat pahala sebab kejutkan org sahur....yg kutuk dpt ape je..ingat2 la
Quote mieymiey 8-5-2019 02:23 PM
amalan bersuka ria ini tidak perlu sebenarnya dan hanya menjadi amalan masyarakat tidak maju


Amalan bersuka ria adalah amalan masyarakat mundur?
Ko tunggu nanti betapa ramai masyarakat mundur bila BTS datang Malaysia.
Quote pokaibanktokyo 8-5-2019 02:25 PM
Bahalol kat twitter pun nak layan
Quote saviour_09 8-5-2019 03:48 PM
why bother & why so serious?

kesian nya life macam ni

but yeaahhh
tengok muka pun dah tau

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.038770 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top