Air kosong merupakan minuman yang terbaik untuk tubuh kita dan membantu dalam usaha menjaga kesihatan. Namun, ramai dalam kalangan umat Islam di Malaysia yang lebih gemar memilih air yang manis untuk berbuka puasa justeru menyebabkan mereka kurang meminum air kosong. Bagi menggalakkan pengambilan air kosong semasa berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan, Medical Mythbusters Malaysia menganjurkan acara #airkosongchallenge yang bermula pada hari pertama berpuasa. Cabaran itu diuar-uarkan kepada para netizen melalui laman Facebook Medical Mythbusters Malaysia pada 6 Mei dan mereka boleh memilih untuk meminum air kosong sama ada yang sejuk atau suam. Ramai netizen yang memberi sambutan menggalakkan terhadap #airkosongchallenge dan mula berkongsi gambar berbuka puasa dengan air kosong dalam laman Facebook masing-masing. Mereka percaya meminum air kosong adalah lebih menyihatkan serta membantu usaha mereka untuk mengurangkan berat badan. Tunggu apa lagi? Sertailah #airkosongchallenge dan kongsi gambar juadah berbuka puasa bersama air kosong melalui media sosial anda. -CARI |
mieymiey replied at 8-5-2019 02:24 PM
Iols dah failed
Puasa pertama, jus buah.
Puasa kedua, air kelapa.
manjalara_01 replied at 9-5-2019 08:05 PM
x fail la pd manja cause air kelapa itself byk khasiat good for stomach & digestive system..
mieymiey replied at 10-5-2019 08:27 AM
Semalam minum teh ais
Tapi iols sama la dengan manja, memula buka tu jer minum air manis siki ...
LipasComel: tahun ni nak start berbuka tanpa air/juadah manis. sebab tahun lepas tiap kali berbuka mesti air manis. lepas tu ada kuih. berat pun tak turun2 kali ...
ADVERTISEMENT