CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dunia Mesti Bertindak Tegas Hentikan Keganasan Rejim Zionis Israel

9-5-2019 12:10 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 2048| Komen: 3|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Serangan ganas yang dilancarkan oleh tentera rejim Zionis Israel menyasarkan kawasan kediaman di Gaza. Kredit foto: Al Jazeera



Masyarakat antarabangsa perlu segera mengambil tindakan tegas terhadap rejim Zionis Israel berikutan serangan ganas yang dilancarkannya ke atas Gaza baru-baru ini.

Seruan itu dilontarkan oleh Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) dalam kenyataan yang diedarkan pada 7 Mei.

Pertubuhan tersebut berpandangan, tekanan besar-besaran di peringkat antarabangsa adalah diperlukan untuk menghentikan keganasan yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

"Ia juga bertujuan memastikan rejim Zionis Israel mematuhi perjanjian gencatan senjata yang dimeterai baru-baru ini dan menghormati kehendak rakyat Palestin agar gencatan senjata itu berkekalan.


"Jenayah perang yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel mesti dihentikan," kata PCOM.

Rumah yang didiami penduduk Gaza musnah akibat serangan tidak berperikemanusiaan tentera rejim Zionis Israel. Kredit foto: Wall Street Journal


Dalam serangan yang bermula pada 3 Mei lalu, seramai 25 orang awam dibunuh termasuk dua wanita yang sedang mengandung dan seorang bayi perempuan berusia 14 bulan manakala kira-kira 170 lagi rakyat Palestin dilaporkan cedera.

Tentera rejim Zionis Israel menyasarkan serangan ke atas 320 kawasan petempatan awam dan menyebabkan kemusnahan teruk terhadap banyak kawasan perumahan di Gaza.

Dalam perkembangan sama, PCOM turut berharap agar kerajaan Malaysia terus memperjuangkan isu Palestin di pentas dunia khususnya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan badan-badan gabungannya.

Usaha menamatkan konflik Palestin-Israel akan menjadi lebih mudah apabila seluruh umat Islam bersatu dan menggembleng tenaga membantu rakyat Palestin yang dizalimi. - CARI
5

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
7

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 10-5-2019 12:50 AM
So dah mula balik musim boikot mekdi ke
Quote Ina8895 10-7-2019 03:02 AM
Orix: So dah mula balik musim boikot mekdi ke

Amende la kau ni
Quote sidewinder 10-7-2019 04:20 AM
cite ni aku dengar menjak aku tau membaca lagi tp sampai skrang tak settle2 gak.....terai tanya org kat islam sendiri.....jawapan yg aku selalu dengar ialah dia org akan blame amerika....kenapa tak tgk org arab itu sendiri .....malaysia ?? malaysia hanyalah negara kecik.....malaysia takat sembang jer

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.027491 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top