CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Kek Keju Tak Perlu Dibakar, Pencuci Mulut Terbaik Untuk Berbuka Puasa

17-5-2019 09:32 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5038| Komen: 9|Original author: Oleh: natrahn

Foto: Google
Ramai orang suka makan kek keju tapi selalu mengganggap nak buat kek keju ni susah dan leceh dan perlu dibakar menggunakan oven. Tambahan pula ramai tidak memiliki oven. Harga kek keju di pasaran pun agak mahal. Buat sendiri lebih berbaloi. 

Resipi mudah yang bakal dikongsikan ini merupakan kek keju yang hanya perlu dibekukan di dalam peti ais.  Boleh dimakan semasa berbuka puasa nanti ataupun disediakan semasa majlis rumah terbuka hari raya kelak. 

Mari kita lihat bahan-bahannya terlebih dahulu untuk membuat Kek Keju Coklat Bersama Bijiran Beras Rangup (Crispy Rice Cereal Chocolate Cheesecake)

Bahan-bahannya:

¼ cawan/60g  unsalted butter
285 g  mini marshmallows 
6 cawan / 180g   crispy rice cereal 
225g  semisweet chocolate 
¼ cup/ 6oml  heavy cream 
455g cream cheese
½ cawan/100g  gula
1 sudu teh  vanila
2 ½ cups/150g  whipped cream
chocolate bar, untuk hiasan

Cara penyediaan:

Based Kek

1. Cairkan mentega dalam kuali mengguna api sederhana.


2. Masukkan marshmallows dan kacau hingga cair. Tambah bijiran beras dan kacau sehingga sebati.


3. Sementara masih panas, pindahkan bijiran beras tadi ke dalam pan berdiameter 10 inci yang telah disapu mentega.
4. Tekan dan ratakan bijiran beras tadi untuk bentuk based kek menggunakan cawan yang telah disapu mentega supaya tidak melekat. Ketepikan.


Filling Kek

1. Masukkan semi sweet chocolate dan tuang heavy cream. Letak dalam microwave selama 1 minit atau boleh guna kaedah double boiled. Kacau hingga cair.




2. Dalam bekas lain, gaul cream cheese, gula dan vanila hingga sebati.


3. Masukkan campuran semi sweet chocolate+heavy cream tadi. Kacau sebati.


4. Tambahkan 1 1/1 cawan ( 90g) whipped cream ke dalam adunan coklat dan kaup dengan spatula sehingga sebati.


5. Tuangkan adunan ini ke atas based kek dan sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 3-4 jam. Untuk hasil yang lebih baik, adunan kek perlu disejukkan semalaman.



Hiasan
1. Boleh gunakan baki whipped cream yang telah dipukul hingga kembang dan paipkan ke atas kek keju yang telah disejukkan. Parut sedikit chocolate bar untuk hasil lebih menarik dan sedia untuk dingap.




Sedia untuk dinikmati! 



Selamat mencuba! -CARI
Kredit: Tasty
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silentreaaders7 19-5-2019 04:00 PM
terliuqqqqqqqqqqq cek di bulan poseeee ni
Quote neuron.takeshi 19-5-2019 04:11 PM
Menarik, terima kasih berkongsi
Quote natrahn 21-5-2019 10:23 AM
silentreaaders7 replied at 19-5-2019 04:00 PM
terliuqqqqqqqqqqq cek di bulan poseeee ni

try la buat...
Quote natrahn 21-5-2019 10:23 AM
neuron.takeshi replied at 19-5-2019 04:11 PM
Menarik, terima kasih berkongsi

sama-sama..cuba buat ye..
Quote silentreaaders7 21-5-2019 11:50 AM
natrahn replied at 21-5-2019 10:23 AM
sama-sama..cuba buat ye..

inshaallah tt
Quote mawar_mustika 23-5-2019 11:24 AM
mcm sedap plak...blh try buat ni
Quote seiferyuna 25-5-2019 02:49 PM
Thanks for sharing..nnt boleh try ni
Quote Chimicuri 20-3-2021 02:16 AM
Sedapnya.. tq share resepi
Quote makankuihku 20-3-2021 05:51 PM
tq for the recipe

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.055821 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top