CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki Ini Terkejut Semak Arah Kiblat Salah. Rupanya Guna Apps Di Telefon Pintar Tidak Tepat?

8-5-2019 01:01 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 9175| Komen: 56|Original author: Oleh: natrahn


Seiring dengan perkembangan teknologi, telefon pintar yang telah dimuatnaik dengan aplikasi tertentu kini mampu memastikan arah kiblat dengan tepat bagi individu yang beragama Islam. Namun begitu, lain pula halnya yang dialami oleh saudara Mohd Firdaus baru-baru ini.

Menurut perkongsian beliau di laman sosial yang telah dikongsi sebanyak 10k, setelah berpindah ke sebuah rumah bersama keluarganya sejak 4 tahun lepas, beliau telah menyemak arah kiblat menggunakan sebuah aplikasi yang dimuat naik ke telefon bimbitnya. Selepas beberapa ketika, beliau terdetik untuk menyemak semula arah kiblat menggunakan aplikasi yang sama dan hasilnya berbeza. Beliau amat terkejut dan terus menggunakan telefon pintar milik isteri dengan menggunakan aplikasi semak kiblat yang lain dan hasilnya tetap menunjukkan arah kiblat selama ini salah. 




Selepas 3 bulan, beliau menyemak kembali dengan aplikasi yang sama dan hasilnya masih sama. Bingung dengan keadaan itu beliau terus menelefon  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk pengesahan kiblat yang betul. Pihak JAKIM telah menyarankan beliau menggunakan khidmat pengesahan kiblat  dari Persatuan Ahli Falaq Negeri Selangor. 

Menurut Tuan Ridhuan, ahli falak yang memberi servis  ini, beliau melakukan khidmat  pengesahan kiblat ini secara separuh masa. Harga perkhidmatan bagi satu sticker kiblat bernilai RM50 dan bagi setiap sticker kiblat tambahan, caj RM10 dikenakan.Permintaan perkhidmatan ini amat tinggi dan sekiranya ada individu lain yang berminat untuk menjadi ahli falak adalah sangat dialu-alukan. 

  
 
  
Menurut Mohd Firdaus lagi, mungkin aplikasi yang selama ini kita gunakan betul, tapi tidak salah untuk kita menggunakan perkhidmatan ahli falak ini untuk memastikan kiblat kita adalah tepat. Pada netizen yang berminat mendapatkan khidmat pengesahan kiblat atau berminat untuk menjadi ahli falak, bolehlah terus menghubungi Tuan Ridhuan.


Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen. 





Apa pula pendapat anda? - CARI 
4

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 8-5-2019 01:10 PM
iols rasa apps iols pun tak tunjuk arah
kiblat yang betul..
Quote pearl.silver 8-5-2019 01:10 PM
I guna macam2 apps nk cek kiblat.. Lat sekali guna qiblafinder tu
Quote kucingitam 8-5-2019 01:16 PM
aku pernah...guna apps apa tah..mujur sekali tu je..lepas tu delet terus apps tu..tarak guna punya apps
Quote mziskandar 8-5-2019 01:20 PM
double check ngan kompas. time pengakap kt skolah rendah dah blaja. aku x lepas bab ikat tali.
triple check ngan map geran tanah. belajar time geografi darjah 5. sekarang ada google map lagi senang.
Quote Supersirap 8-5-2019 01:34 PM
Boleh ambil nombor beliau
Quote True-X 8-5-2019 01:36 PM
abesla solat korang semua kene rijek... sia sia je...org lain dapat masuk syurga dulu sbb arah kiblat betol

Quote Zeatyisaac 8-5-2019 01:47 PM
pearl.silver replied at 8-5-2019 01:10 PM
I guna macam2 apps nk cek kiblat.. Lat sekali guna qiblafinder tu

Saya guna kompas. Tetap tunjuk arah kiblat yang sama. Kalau lari pun senget sikit2 je.
Quote bezita60 8-5-2019 01:50 PM
Terbaik kene guna kompas jugak.

Guna apps aku masih was was. Cara lain guna google map. Dia akan line kan arah kiblat, kau kene tahu kedudukan kau kt mana atas peta, akan nampak jelas arah mana kaabah.

qiblafinder.withgoogle.com
Quote lattehazelnut 8-5-2019 01:54 PM
Biasa cek tempat lapang
Quote kelana36 8-5-2019 01:56 PM
Guna apps untuk dapatkan arah berapa darjah dari Utara hala kiblat dari lokasi anda.
Kalau 292 darjah misal nya, guna la compass untuk menanda arah itu.

Yang buat arah guna apps berbeza beza sebab compass yang apps tu gunakan tak tepat dan consistent.  
Quote gigahertz 8-5-2019 02:00 PM
bukan apps problem. accelerometer phone problem. seriap phone ada bende ni. kalau nak tau bende tu problem atau tak time gps masa guna. tgk gps ikut sekali tak. kalau dia frozen kat situ mean problem. accelerometer berkait dengan skrin phone yang kauorang guna. kalau pernah pecah sekali dan korang tukar dengan oem. cuba check semula.gps korang
Quote sitaram 8-5-2019 02:00 PM
hebat islam

satu dunia semua umat islam berkiblat pada satu titik yg sama dgn satu tujuan yang sama

patut la geng2 lain jaki sgt dgn islam



Quote makton 8-5-2019 02:03 PM
arah piring astro aku bertentang dgn arah qiblat finder apps hp aku. huhuu
Quote lkick2113 8-5-2019 02:07 PM
Ostad pesan dulu kalau nak solat kena pi mesjid, kat rumah tak boleh

Betul tak pendakwah bebas  @Maideen.  ?
Quote zacEfron 8-5-2019 02:10 PM
org lain yg nak solat .. ko yg menggelupor
Quote sitaram 8-5-2019 02:11 PM
lkick2113 replied at 8-5-2019 02:07 PM
Ostad pesan dulu kalau nak solat kena pi mesjid, kat rumah tak boleh

Betul tak pendakwah bebas  @ ...

maideen tu yg bini mintak cerai sebab 24jam berforum pastu nafkah anak2 semua bekas bini dia yg tanggung
jantan keparat punya murtadist sial maideen sial tu

konek tarak punya bangkai tuan kau tu, anjing

bodoh
Quote lucky_peace 8-5-2019 02:12 PM
orang kata guna arah piring astro klu baru masuk rumah baharu, so i selalunya akan rujuk piring astro... klu kt hotel xde arah arrow baru guna apps...
Quote lkick2113 8-5-2019 02:16 PM
sitaram replied at 8-5-2019 02:11 PM
maideen tu yg bini mintak cerai sebab 24jam berforum pastu nafkah anak2 semua bekas bini dia yg ta ...

laba, ko lunch tadi makan apa??? kenapa tak ajak aku??? lepas lunch kita pergi SPA kat seputih tu pilih no. 43....ha....
Quote helicornia 8-5-2019 02:27 PM
pearl.silver: I guna macam2 apps nk cek kiblat.. Lat sekali guna qiblafinder tu

iols pun ada beberapa aps arah kiblat dlm fon supaya nak konfim betul tak arah kiblat

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.075761 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top