Jika anda ke bazar Ramadan bulan tahun ini, pasti pening memilih juadah terutama kuih-muih. Mungkin anda fobia apabila 'terkena' dengan rasa kuih yang tidak sedap ataupun berinti 'oksigen', sudahlah mahal pula menambah lagi kebimbangan.
Kini, tak perlu lagi risau dan bersusah payah tawaf satu bazar dalam usaha mencari kuih sedap. Anda boleh cuba resipi samosa cheese meleleh pasti sedap ini. Selain daripada bahan yang mudah didapati, tidak susah untuk membuatnya. Malah, boleh dibekukan dan disimpan untuk hidangan bila-bila. Jom cuba resipi samosa cheese yang dikongsi Maria Bentalib di Facebook ini!
Bahan-bahan diperlukan 3 biji telur, direbus dan dipotong dadu kecil-kecil 500 gram kentang, direbus kemudian dilenyek 5 keping keju, diparut Sedikit garam Kulit popia Rebus kentang hingga lembut dan empuk Telur direbus dan dipotong dadu kecil-kecil Gaul sebati kentang dan telur Parut keju, masukkan ke dalam adunan kentang dan telur Balut isi adunan dalam kulit popia, kemudian bentukkan dalam bentuk samosa Sedia untuk digoreng dan dihidangkan. Selamat mencuba! - CARI |
ADVERTISEMENT