CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Macam Mana Nak Bagi Puas Hati?"- Datin Shahida Kesal NGO Campur Tangan Isu Pukul Anak...

9-5-2019 02:04 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 19029| Komen: 133|Original author: Oleh: SakuraJo

Isu berkenaan kes usahawan kosmetik Dato Seri Aliff Syukri didakwa mendera anak perempuannya, Qadeejah nampaknya masih hangat diperkatakan. Walaupun beberapa hari yang lepas beberapa tindakan susulan telah diambil oleh pihak berkenaan bagi menyiasat kes tersebut, nampaknya masih ada lagi pihak yang tidak berpuas hati.



Semalam, isteri kepada Aliff Syukri, Datin Shahida meluahkan rasa kesalnya apabila dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Love Yourself Association (LYSA) di mana salah seorang ahli jawatankuasanya merupakan penyanyi Mimy Fly dan Gerakan Alpha Legacy Enterprise (GALE) membuat laporan polis berhubung video yang dimuat naik oleh suaminya sebelum ini. 

"Polis dah datang rumah saya soal siasat semua bibik dan anak-anak saya, lebih 10 orang," tulis Shahida memulakan bicara. 


Luah Shahida, siasatan sudah pun dijalankan dan beberapa tindakan sudah dilakukan termasuk membawa anaknya berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak bagi menjalani pemeriksaan lanjut di hospital. 


Dia turut kesal dengan tindakan NGO tersebut yang mendakwa bahawa tiada tindakan diambil berhubung kes tersebut walhal mereka sudah pun melalui beberapa sesi soal jawab dan pemeriksaan.

Tambah Shahida, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sudah mengesahkan yang anak mereka berada dalam keadaan yang baik dan tidak terdapat sebarang kesan penderaan emosi mahupun fizikal. 

Shahida turut mengatakan yang dia bukanlah menyokong tindakan suaminya berkongsi video tersebut kepada umum, namun dia memohon semua pihak untuk tidak memperbesarkan lagi isu tersebut kerana tindakan lanjut sudah pun diambil.

Seperti biasa, luahan Shahida itu mendapat perhatian ramai yang rata-rata turut tidak memahami motif NGO itu mengatakan tiada tindakan diambil berhubung isu tersebut.





Kredit foto: Ig Shahida

Ibu mertua kepada Shahida, Bonda Rozita yang juga merupakan pengasas produk Sendayu Tinggi turut meluahkan perasaan kecewanya

Kredit foto: Ig Shahida

Diharap perkara ini dapat diselesaikan secara baik kerana kami yakin yang Aliff Syukri sudah pun belajar daripada kesilapannya. -CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lilibiru


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 9-5-2019 02:12 PM
So next time ko bantai anak tak perlu upload. Bila upload ko jadikan tontonan umum publik. Maka itu adalah tindakan publik.
Quote Orix 9-5-2019 02:13 PM
Ko pegi la marah isteri eh suami ko tu. Yg perangai mcm makcik makcik gigih menayang itu ini apesal
Quote rayray28 9-5-2019 02:14 PM
Yee..next time x pyh upload laa senang..isu pn xde org nk jadikan modal
Quote mixed 9-5-2019 02:16 PM
Orix replied at 9-5-2019 02:13 PM
Ko pegi la marah isteri eh suami ko tu. Yg perangai mcm makcik makcik gigih menayang itu ini apesal

mimi fly salah sorang NGO tu

Quote kerusikayu 9-5-2019 02:17 PM
boleh nak ajar anak, tapi tak perlulah  nak upload kat IG bagai.. sekarang ramai dah nak cari point. sendiri cari penyakit.
Quote goss79 9-5-2019 02:27 PM
semua salah sendiri jugak... harapnya amiklah pengajaran alifsyukri oi..
hr tu mcm ada video dia menjawab soalan igers dr dlm toilet dgn muka basi x hingat. and dr reflection cermin belakang dia nampak cam tgh mencangkung ke ntahla.. x pakai baju. mmg x sensitif lgsg main hp. semua benda pun nak upload.
Quote ajuwa 9-5-2019 02:29 PM
itu lah kenapa lah bijak sangat semua benda nak direcord.  
Quote meah_kelabu 9-5-2019 02:30 PM
kalau dkt obersi ni dh lame agency mcm jkm amek anak dia
Quote umbut 9-5-2019 02:32 PM
Jap lagi alif balas.. ap salah saya.. apa salah saya..
Quote cmf_blingblings 9-5-2019 02:35 PM
munchkin replied at 9-5-2019 02:12 PM
So next time ko bantai anak tak perlu upload. Bila upload ko jadikan tontonan umum publik. Maka itu  ...

Tak adalah dia tunjuk video membantai anak. Dia tunjuk dia bubuh cream yg dia jual tu kat belakang anak dia ala-ala anak dia kena rotan teruk kat belakang. Marketing jer tapi membawa padah sbb org percaya dgn lakonan anak dan bapa. sekian.
Quote Rapz 9-5-2019 02:35 PM
Mcm mane nk bagi puas hati???snang je tk perlu rekod & upload kat socmed....fullstop!
Quote buapakperut 9-5-2019 02:43 PM
makanya...kebodohan jangan di upload vedio
Quote Buritan 9-5-2019 02:44 PM
kerusikayu replied at 9-5-2019 02:17 PM
boleh nak ajar anak, tapi tak perlulah  nak upload kat IG bagai.. sekarang ramai dah nak cari point. ...

Adan uke....... esok upload ape lak..
Quote Buritan 9-5-2019 02:44 PM
umbut replied at 9-5-2019 02:32 PM
Jap lagi alif balas.. ap salah saya.. apa salah saya..

Adan uke.. esok upload tunjuk taik
Quote Didi_dido 9-5-2019 02:45 PM
Artis tumpang glamer kau? Haha.. mimie fly tu dh la glamerrr dr kau ponen.
Quote Nham22 9-5-2019 02:47 PM
cmf_blingblings replied at 9-5-2019 02:35 PM
Tak adalah dia tunjuk video membantai anak. Dia tunjuk dia bubuh cream yg dia jual tu kat belakang ...

Kannnn...anak2 die pon pandai dah nak menioo berlakon... in character sgtt....lambat laun Tuhan tu akan kasi pengajaran kat tok lio nih..
Quote uori 9-5-2019 02:48 PM
padan muka. tapi aku tak rasa dia akan serik
Quote cmf_blingblings 9-5-2019 02:50 PM
uori replied at 9-5-2019 02:48 PM
padan muka. tapi aku tak rasa dia akan serik

buat gimik jual barang ni mmg kerja diapun, sekejap orang marah sekejap orang kesian, mcm drama sinetron
Quote helicornia 9-5-2019 02:52 PM
padan muka

Lihat semua komen(133)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.064857 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top