Jika sebelum ini ramai golongan selebriti seolah-olah menyebelahi rakan artis yang semakin ramai bertindak mencabut tudung, lain pula dengan Ummi Nazeera. Menurut Astro GEMPAK yang memetik stesen radio Zayan, aktres itu tidak berkongsi pendapat sama dengan mereka. "Saya rasa itu tidak normal! Apa yang terjadi sejak kebelakangan ini saya berharap masyarakat tidak menerima perkara itu sebagai sesuatu yang normal. "Apabila anda sudah bersedia, anda pakai tudung. Tetapi apabila anda tidak bersedia kemudian pakai tudung dan buka balik itu tidak normal. Tidak kiralah artis atau orang biasa," katanya. Bercerita kisah mula-mula bertudung, Ummi mengakui dia bertudung kerana memerlukan jalan untuk membawanya keluar daripada depresi. Ekoran itu, Ummi meminta jasa baik peminat dan rakan-rakan untuk mendoakan agar dia terus istiqamah berhijab. "Saya risau saya pula yang buka tudung. "Risau juga itu pengakhiran saya nanti. Mungkin sekarang ini saya bertudung, tetapi pengakhirannya saya tidak pakai tudung? Sama juga sebaliknya," ujarnya.
|
nazzse replied at 9-5-2019 07:08 AM
Suka ummi ni....sheols suka pakai baju berlapis-lapis dengan innernya lagi..oiii panas.. video masak ...
putehkundor: abang chuols normal tak? bila sheols nak bertudung
"Saya risau saya pula yang buka tudung.
"Risau juga itu pengakhiran saya nanti. Mungkin sekarang ini saya bertudung, tetapi pengakhirannya saya tidak pakai tudung? Sama juga sebaliknya," ujarnya.
nurul_akmar replied at 9-5-2019 04:52 PM
Bagus juga dia menegur.. nk tunggu org yg betul2 perfect utk tegur, mcm xkn jumpa.. org akan keep un ...
Orix replied at 9-5-2019 04:06 PM
Bru nak komen benda yg sama {:thief
ADVERTISEMENT