CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Tak Nak Dia" - Bayi Berusia Lima Hari Maut Dikelar Ibu

10-5-2019 01:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4288| Komen: 16

Wanita berusia 29 tahun tergamak mengelar leher bayinya yang baru berusia lima hari kerana 'tidak mahukannya'.

Hiralbahen Bhavsar ditahan di Little Ferry, New Jersey pada Khamis selepas pihak berkuasa mendakwa dia mengelar leher dan lengan anak perempuannya menggunakan pisau.



Kredit foto: METRO/PIX 11

NorthJersey.com melaporkan, suspek menghubungi polis dan mendakwa berasa sakit di dada serta suaminya, Jaymin cuba membunuhnya di apartment mereka di Liberty Street.

Sebaik tiba di lokasi, polis segera menahan Jaymin dan menggarinya namun, ahli keluarga lain yang berada di dalam rumah itu menjerit; "Bukan, bukan. bukan dia".

Menurut laporan polis, ketika situasi huru-hara itu, Hiralbahen keluar dari sebuah bilik dan mengakui dia membunuh bayinya sebelum polis menemui mayat mangsa di dalam bilik berkenaan dengan kesan kelar di lengan dan lehernya.


Ketika disoal siasat, suspek mengakui dia membunuh bayinya kerana tidak mahu bayi itu.


Kredit foto: METRO/Google Maps

Manakala, Jaymin memberitahu penyiasat ketika kejadian, keluarganya sedang makan malam apabila mangsa mula menangis sebelum suspek membawanya ke dalam bilik tidur mereka.

Hiralbahen kemudian dilihat keluar dari bilik tersebut tanpa bayinya dan mengambil sesuatu di dapur sebelum kembali ke bilik berkenaan dan mengunci pintunya.

Sementara itu, jiran mereka, Aradhana Thakur berkata, dia tidak pasti sama ada wanita itu mengalami kemurungan selepas bersalin kerana dia kelihatan normal.


Kredit foto: METRO/Facebook

Hiralbahen didakwa melakukan pembunuhan dan memiliki senjata yang menyalahi di sisi undang-undang. - CARI

Bagus

Marah
2

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 10-5-2019 02:10 PM
Meroyan le ttuu
Quote 234126 10-5-2019 02:20 PM
ngilu pulak baca. Baby 5 hari kulit nipis dah kena kelar. Maybe post partum depression la ni anak dia menangis2.
Quote lee_sakura 10-5-2019 03:02 PM
Meroyan ni
Quote Artemesiaa 10-5-2019 03:11 PM
Another kes meroyan
Quote orsay 10-5-2019 03:13 PM
Kesian kat both mak and baby. Postpartum depression ni.
Quote Aerhys 10-5-2019 03:21 PM
Dia belum bersedia jadi ibu. Dan keluarga pula tak beri sokongan dan tidak peka dengan tanda2 postpartum depression agaknya. Kasihan baby tak bersalah :c
Quote sitirap 10-5-2019 03:22 PM
Aerhys replied at 10-5-2019 03:21 PM
Dia belum bersedia jadi ibu. Dan keluarga pula tak beri sokongan dan tidak peka dengan tanda2 postpa ...

babi la

tak sedia wat per berzina

bodoh punya kafir kau ni

mak pak kau lagi bodoh

harbi


Quote ninjago 10-5-2019 03:24 PM
meroyan is real !!
Quote Pink_Purple 10-5-2019 03:29 PM
ni baru betul2 meroyan
Quote weezerfan 10-5-2019 04:02 PM
Ni dh level psychosis dah ni
Quote Burong_Hantuk 10-5-2019 10:13 PM
Iblisnya kao dekk
Quote chicozinn 11-5-2019 12:42 AM
Meroyan lettew...kang sok2 claim trdengar bisikan setan
Quote putericahaya999 11-5-2019 03:53 PM
Kemurungan tidak menunjukkan simptom pelik
Quote Malaysia.Doom 11-5-2019 07:15 PM
Gila meroyan kata org dulu....Tok sedara meols bini Nye campak anak ke Parit ...zaman dulu2 Pon dah Ada.
Quote farlis 12-5-2019 10:15 PM
Meroyan la ni.. Kesian anaknya tu
Quote Nham22 12-5-2019 11:07 PM
Dalaman die tak kuat...mungkin baby tak tidor mlam...penatt...tak cukup rest...die sorang je jaga...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.047278 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top