Jika tiba bulan Ramadan, bukan Malaysia sahaja yang menyambutnya malah umat islam seluruh dunia. Permulaan setiap hari digalakkan untuk bersahur sebagai pembekal tenaga sehingga menjelangnya waktu berbuka.
Pelbagai cara kreatif tidak kira di mana sahaja anda berada mengenai cara untuk bangun sahur secara berkesan. Ada yang ketuk kompang keliling kampung dan pelbagai lagi. Namun, lain pula di Indonesia, apabila Pihak Angkatan Tentera Indonesia (TNI-AU) menggunakan pesawat pejuang yakni jet untuk menggerakkan penduduk supaya bangun bersahur. Dahsyat betul! Menurut pihak berkuasa (TNI-AU) itu, perkara tersebut merupakan kelaziman apabila menjelangnya ramadhan. Kawasan yang diliputi adalah Surabaya, Solo, Sragen,Klaten, Jogja,Papringan, Wirobrajan dan banyak lagi. Jurucakap TNI-Au, Kolonel Sus M Yuris yang ditemuramah Sinar Harian berkata, aktiviti itu bukanlah semata-mata dilakukan untuk mengejutkan penduduk untuk bersahur tetapi merupakan salah satu rutin harian buat juruterbang yang bertugas. Menurutnya lagi, latihan yang dijalankan pada hari biasa iaitu selepas 10 pagi tidak digalakkan dilakukan pada bulan puasa kerana kadar tekanan darah yang menurun selepas waktu tersebut telah turun kerana berpuasa. Kiranya dua dalam satu lah ni.. Mungkin Tentera Udara Malaysia mahu cuba buat? - CARI
|
TravellingBear replied at 11-5-2019 03:09 PM
Apa yg menyebabkan boleh bangun? Noise pollution ke
CiliPadiSedap replied at 11-5-2019 04:21 PM
akak dh lama buat, indon done claim
Sham143 replied at 11-5-2019 07:52 AM
Indonesia boleh buat tapi aku tk yakin Malaysia boleh buat mcm ni..
ninja9 replied at 11-5-2019 04:24 PM
lawaklah juga kalau tujuannya semata-mata kejut sahur. tujuan sebenar ialah latihan..
tikusmontok replied at 12-5-2019 01:55 AM
Indon dgn kencing keliling berrpisah tiada
ADVERTISEMENT