CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ini 'Trick' Bunga Kantan Kekal Segar Walaupun Simpan Berbulan

14-5-2019 10:23 AM| Diterbitkan: zakeynt_o| Dilihat: 7676| Komen: 24|Original author: Oleh: Laks

Umum sedia maklum, bunga kantan sangat mudah untuk mengecut walaupun sudah disimpan di dalam peti ais. Tapi, kalau tidak menggunakan bunga kantan dalam masakan, 'tak menjadi' juga kan?


Foto: Star2.com

Nak tahu cara mudah untuk mengekalkan kesegaran bunga kantan walaupun sudah disimpan selama berbulan-bulan? Mudah sahajalah. Ikut tiga langkah mudah di bawah ini.


1. Leraikan kelopak bunga kantan satu persatu. Jangan gunakan pisau semasa proses ini supaya bunga kantan kekal cantik dan tidak bertukar warna menjadi kehitaman.


Foto: RASA

2. Masukkan kelopak tadi ke dalam bekas bertutup.


3. Sejukkan di dalam peti di bahagian sejuk beku dan jangan diisi air dalam bekas berkenaan.


sumber: Insta Stalker

Akhirnya, bunga kantan akan mampu bertahan selama tiga hingga empat bulan tanpa lebam, berubah warna, rasa dan tekstur. Selamat mencuba! - CARI


SUMBER: RASA
3

Bagus
6

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 14-5-2019 10:26 AM
letak dalam freezer?
nanti try..
Quote farrah87 14-5-2019 10:33 AM
sedap kalau buat kerabu bunga kantan
Quote imransulaiman 14-5-2019 10:39 AM
Daun kari pun boleh simpan macam ni - sejukbeku. Tahan berbulan {:good
Quote hungryhenry 14-5-2019 10:42 AM
Kat sabah bunga kantan depa buat mcm serunding. Kat mana nak cari sini. Tuhau ko namanya.
Quote kakanne 14-5-2019 10:55 AM
mmg public secret students/housewives yg dok di oversea daun2 limau purut, daun kesum bunga kantan semua difrozen je
Quote kucingitam 14-5-2019 11:01 AM
blh simpan utk stok laksa raya...time raya bunga kantan meninggi diri sangat harganya
Quote umbut 14-5-2019 11:05 AM
Aku hari2 mkn bunga kantan. Kat blkg umah je pokoknya
Quote RatuDunia94 14-5-2019 11:21 AM
Daun limau purut boleh tak letak kat freezer??
Quote Artemesiaa 14-5-2019 11:29 AM
Tips berguna nak2 bulan posa macam ni ramai yang masak sendiri makanan untuk berbuka dan sahur
Quote lattehazelnut 14-5-2019 12:38 PM
Bau wangi lagi x lepas sebulan?
Quote cloud_jade 14-5-2019 02:10 PM
tak payah leraikan pun boleh. masuk sekuntum mcm tu. daun limau purut, daun kari, daun kesum pun ai sumbat dlm freezer. pakai tak banyak kan.
Quote azimodin 14-5-2019 04:04 PM
iouls pon baru tau trick ni bulan lepas , tu pon makcik husband iouls yang buat katering bagitau. masa tu bagitau dia yang bunga kantan kat kebun pak mertua dah naik cantik tapi sayang xleeh simpan nak buat laksa raya. dia la yang ajar. best woo letak banyak2 dalam nasik kerabu/laksa.
Quote ninjago 14-5-2019 04:28 PM
sedapnya buat nasi ulam letak bunga kantan byk2..pastu mkn ngan sambal belacan. yumm yummm terliur lak
Quote lee_sakura 15-5-2019 08:01 AM
ninjago replied at 14-5-2019 04:28 PM
sedapnya buat nasi ulam letak bunga kantan byk2..pastu mkn ngan sambal belacan. yumm yummm terliur l ...

baru je semalam iols ngan budak2 opis buat nasi ulam beramai2...sedap ooo
Quote ninjago 15-5-2019 08:46 AM
lee_sakura replied at 15-5-2019 07:01 AM
baru je semalam iols ngan budak2 opis buat nasi ulam beramai2...sedap ooo

bestnyaaaa.. nie baru kul 8 iols dah terliur perut berbunyi teringat nasi ulam. hahahahah. weekend nie la nak cari bahan nak buat nasi ulam. buat sendiri la berbaloi, leh adjust ikut suka.
Quote justchu 15-5-2019 09:25 AM
hungryhenry replied at 14-5-2019 10:42 AM
Kat sabah bunga kantan depa buat mcm serunding. Kat mana nak cari sini. Tuhau ko namanya.

Dulu hakak duk Sabah payah nk jumpa bunga kantan pasal dorang tak makan mcm kat Semenanjung. Sampaila satu hari lalu tepi hutan Kalabakan, nampak bunga2 pink celah2 hutan tu, hakak try masuk ambik hahahaha tp sempat grab sekuntum dua, pasal masuk je kaki dlm semak samun tu terus tenggelam sampai lutut. Seram ok takut ada ular.

Last cuti2 kat Tawau, sepanjang jalan nak ke Quion Hill, kiri kanan jalan tu berkilo2 meter ditanam Kantan hahaha. Macam pokok pagar untuk kebun sawit dorang. Terbeliak mata hakak. Nak mintak tak nampak tuan...Naik atas bukit tu plak nak ke chalet, dorang hias bunga kantan tu dalam pasu2 atas meja2 makan kat cafe. Kelas ko jahhh serumpun2 bunga kantan dia buat bunga pasu. Nak nangis hakak tgk penuh pokok kantan atas bukit tuh

Kat sini punya mahal..kat sana dia buat bunga je. dah layu buang...buat pokok pagar lg ahahahaah
Quote dekmieDandy 15-5-2019 09:40 AM
tak kecut pulak ye letak dalam freezer
Quote diss69 15-5-2019 01:28 PM
Tq tt ats tip@Info ni... baru akk tau..
Quote glump 15-5-2019 08:02 PM
Kalau daun kari biasanya sy keringkan ,dah tu letak dlm balang luar peti ais

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.057819 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top