CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Konduktor Bas Dituduh Rasis, Paksa Penumpang Simpan Makanan Di Bagasi Kerana Bulan Ramadan

13-5-2019 11:16 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5708| Komen: 20|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Beberapa kisah bagaimana orang ramai saling membantu mereka yang sedang menjalani ibadah puasa menyentuh hati netizen. Ini termasuklah kisah seorang penumpang Cina yang membahagikan coklat ketika feri yang dinaiki dari Langkawi ke Kuala kedah mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik dan penumpang Muslim terpaksa berbuka puasa di tengah lautan.



Kredit foto: Carian Google
Bagaimanapun, ada juga cerita kurang manis sempena bulan puasa yang kurang menyenangkan. Baru-baru ini seorang pengguna Twitter bernama Aidil menceritakan bagaimana konduktor bas yang ditumpanginya bersama adik-beradiknya dari Kuala Lumpur ke Johor menunjukkan sikap yang dikatakannya rasis.


Menurut Aidil, ketika menaiki bas tersebut, konduktor itu sengaja memberikan tempat duduk kepada dia dan keluarganya di depan walaupun nombor tiket sebenarnya di belakang.



Kredit foto: Twitter
Sejurus selepas pemilik tempat duduk itu naik, barulah Aidil tahu bahawa pemilik sebenar adalah beberapa orang warga Bangladesh. Ketika cuba berpindah, konduktor itu mengarahkan warga Bangladesh tersebut mengambil tempat duduk di bahagian belakang dan memberitahu Aidil bahawa, 'Hanya orang-orang kita yang boleh duduk di bahagian depan, pendatang kena duduk belakang'.

Menurut Aidil, dia cuba membantah tetapi tidak diendahkan oleh konduktor tersebut. Tambahan pula satu lagi isu baru menjadi perhatian konduktor tersebut.


Kredit foto: Twitter
Menurutnya, seorang penumpang keturunan Cina telah yang membawa makanan ke atas bas mula membuka bungkusan tersebut. Apabila baunya semerbak di atas bas, pemandu telah memberhentikan kenderaan dan konduktor tersebut mengarahkan wanita itu berhenti dan menyimpan makanan di bahagian bawah bagasi atas alasan, 'makanan itu menganggu imannya yang sedang berpuasa???.

Kredit foto: Twitter
Aidil berkata beliau tidak dapat berbuat apa-apa kerana takut diarahkan turun dari dari kenderaan tersebut memandangkan dia tidak ada wang yang cukup untuk membeli tiket bas baru.  'Saya rasa bersalah kerana tidak dapat berbuat apa-apa tetapi tolong boikot kompeni bas ini N*o Liner,' tambahnya.

Netizen yang membaca perkongsian Aidil memuji niatnya untuk mendedahkan perbuatan rasis konduktor tersebut. 'Ramadan bulan untuk menjaga iman dan nafsu, konduktor itu patut rasa malu,' kata netizen.


Kredit foto: Twitter
Bagaimanapun, ramai yang berpendapat Aidil sepatutnya lebih bertegas semasa kejadian berlaku. 'Sepatutnya saudara bertindak ketika kejadian, bukannya berdiam diri,' tambah netizen lagi.

Rasanya larangan membawa makanan ke atas bas sudah lama ada atas faktor kebersihan tetapi cara konduktor menegur dengan kasar dan memindahkan penumpang warga asing ke bahagian belakang itu sememangnya satu tindakan yang tidak sepatutnya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 13-5-2019 11:33 AM
Tak ada berita yg bukan dari twitter ke reput???
Quote prettyuglybabe 13-5-2019 11:44 AM
dak dak twidder acah urban pandai skipping memang jenis manjang komplen ke?
standard la kalau dalam bas tak boleh makan minum..
bas aircond kot..
bayangkan semua orang buka bekal baunya macam mana..
tak rasa lemas ke..
bila driver dengan konduktor buat tak tau, ko marah dorang jugak..
dorang marah passenger tak reti bahasa ko komplen jugak..
dorang asing bangla dengan malaysia pun nak komplen..
elok la dorang diletak setempat dari bercampur dengan passenger especially pompuan..
acah urban sangat gi naik flight la..
naik bas wat apa..

Quote fushimi 13-5-2019 11:59 AM
prettyuglybabe replied at 13-5-2019 11:44 AM
dak dak twidder acah urban pandai skipping memang jenis manjang komplen ke?
standard la kalau dalam ...

dak dak batak populer kat twitter mano ada duit nak naik kapal terbang
Quote pearl.silver 13-5-2019 12:01 PM
I pernah naik bas trip mlm dr selangor ke kedah. Bas 2 tingkat
Masa tu bas baru lepas stop rehat.
I tgh mamai2 nk lelap tu tiba2 drebar guna mikrofon buat pengunguman
Tolong jangan makan dalam bas ye. Bau sampai bawah ni.
Quote SWORKS27 13-5-2019 12:07 PM
benda boleh makan, simpan buat aoa
Quote dekmieDandy 13-5-2019 12:18 PM
memang x boleh bawak makan berat kan? bukan bulan puasa pon tak bagi
Quote RatuDunia94 13-5-2019 12:46 PM
Tengok juga cina tu makan apa? Kalo setakat jajan2 ok la.. ni kalo dh bau menyengat mmg mengganggu.. kalao x puasa pon mmg mengganggu.
Quote saviour_09 13-5-2019 01:03 PM
apa dia sembang?

malas la baca

bila dah start campur aduk bahasa ni terus potong nak baca dik
mampos ko la
Quote lattehazelnut 13-5-2019 03:01 PM
Mmg xleh kan makan n minum kan dlm bas express..
Logik la kan kalau air tumpah n sisa makanan sume kdang2 pessenger buang camtu je..
Quote ally9970 13-5-2019 03:23 PM
Yg ko marah kan abg tu, kenapa nak generalise kan malay? Bongok!!
Quote missinpiece 13-5-2019 10:42 PM
Mmg akan bau satu bas kalau makan mkanan berat.. X selesa la menempuh perjalanan lama dengan bau makanan yg menyengat.
Asingkan warga asing terutama Bangladesh dok belakang? Dieorg ni x penah kena kot dok sebelah Pakistan/Bangla/Nepal selama 2 jam perjalanan bas. Org seat sekeliling smua tutup hidung, iols buat2 xbau pasrah je
Tapi driver tu pun x perlu la bg alasan mcm budak x skolah. Stesen bas tempat iols medangla jurujual tiket bertekak dgn customer
Quote Jorja 13-5-2019 11:07 PM
Kita Kita juga ni last last kena boycott
Quote hyie 14-5-2019 01:06 AM
so far, iols pernah sekali kena sound dengan driver bas, tu pon sebelum nak naik bas sebab dia nampak iols bawak roti. Iols beli sebab tak sempat nak makan, transit kl dr penang, nak ke johor. Memang turun bas dari penang, terus amik bas ke johor. Terus iols simpan je dlm beg Kekdahnya, memang bas dari KL ni strict sket, bawak makanan tak boleh. Sepanjang iols naik bas PNG-JHR-PNG (non-stop), tak pernah lagi kena sound takleh makan dalam bas. Mebi diorang faham kot, 8 jam. Tapi ade je bas berhenti kat area sg perak 20-30 minit rehat.

konklusinya, kalau naik bas dari kl, pepaham ler jangan makan dalam bas takat gula2 n air mineral tu ok lagi..
Quote hasniey 14-5-2019 06:30 AM
Bulan xpuasa pon mne boleh mkn dlm bas.xpernah naik bas ke??
Kan bas aircond.bau kuat.kot ada yg mabuk muntah cmno
Quote ayorsuam 18-5-2019 09:22 AM
Bau makanan bergoreng dalam ekon memualkan ok...
Quote batmana 18-5-2019 11:19 AM
budak twitter

1. story pjg2

2. report ke jab. berkaitan tak reti,

mohon lempang je spesis cmni..
Quote EvieWanKenobi 18-5-2019 11:29 AM
baru tau tak boleh makan dalam bas..
tapi betul juga atas faktor kebersihan..
cuma kena la cakap elok2..
Quote bezita60 18-5-2019 12:43 PM
Dungu je aidil konon pejuang suhakam?
Naik mana2 kenderaan awam yg bertutup gitu sememangnya tak boleh makan minum terutamanya yg berbau! Busuklah nanti udara dlm tu.

Kedua, driver bas rasanya secara strategik pindahkan bangla ke belakang. Kalau dh bau tengkik mcmne dia nk drive dgn aman sampai ke destinasi?

ni lah bbnu attention seeker
Quote mizzmimi 21-5-2019 03:50 PM
bangangnya memang la naik bus tak boleh makan minum.. air bungkus plastik pun tak boleh, bottled, canned, boxed je boleh. kang tumpah lantai melekit bau milo busuk ko gak komplen.

sikit2 boikot. kalau orang yang pentingkan keselesaan, better lah naik bus yang buat peraturan camni. ni naik bus pecap-pecip makan nasi goreng seafood.. dah abis makan selit bawah seat berbau satu bas. pastu ko pun loya bau minyak sepanjang jalan. ko nak ke? tak nak kan...

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.229194 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top