Saban tahun, setiap kali Ramadan dan Syawal menjelang tiba, maka berduyun-duyunlah pereka tempatan mengeluarkan rekaan baju Melayu dan baju Kurung dengan rekaan terkini. Lain dari lain dan mungkin lebih prakrikal berbanding baju Melayu lain yang mementingkan rupa semata-mata, rekaan baju Melayu hasil rekaan unik Erry Putra ini dilengkapi mantel 'pelbagai guna'! Ia boleh ditanggalkan mengikut cita rasa pemakainya.
Gambar yang dimuat naik di laman Instagramnya itu mendapat perhatian ramai kerana keunikannya itu. Malah, ada yang menyamakannya dengan mantel dikenakan watak filem adi wira Thor! Menurut pelakon itu, rekaan mantel pada bahagian belakang baju berkenaan sebenarnya boleh digunakan sebagai sejadah. Bak kata Erry, kalau malu nak beraya macam adi wira Muslim, letak atas bahu sajalah. Nampaknya, rekaan kreatif baju Melayu ini mendapat sambutan juga. Eh, nak dibuat tudung isteri bila kecemasan? Pun boleh! Viral tu rezeki Ada yang nak pakai baju Melayu Erry Putra ini ketika beraya nanti? - CARI
|
ADVERTISEMENT