Tinggal beberapa minggu sahaja lagi baki bulan puasa dan ada lagi ke di antara anda yang tak singgah bazar Ramadan lagi? Tipulah kalau tak singgah lagi kan, di bazarlah kita nak cuci mata melihat makanan dan merasa suasana meriah yang hanya boleh didapati pada bulan puasa ini.
Antara menu yang menjadi kegemaran di bazar adalah roti john, tepung pelita dan murtabak. Menu-menu terkenal ini sering kali kita lihat tidak kira di mana lokasi bazar tersebut. Namun, di Bazar USJ4, ada satu menu makanan yang patut anda cuba iaitu Lamb Shank Chef Ammar! Lamb shank adalah bahagian betis atau batang pada kambing yang dipotong sehingga membentuk seperti peha ayam. Yang menariknya, isinya sangat lembut dan korang boleh makan terus macam peha ayam!
Lamb Shank Chef Ammar ini anda boleh beli dengan harga RM30.00, berbaloi dengan nasinya yang banyak dan isinya yang lembut. Chef Ammar juga ada menjual Nasi Mandi Ayam ¼ dengan harga RM15.00. Kalau anda berminat nak cuba lamb shank ni, boleh pergi ke bazar USJ4. Pastikan datang awal sikit, takut beratur panjang pula nanti! -CARI
|
dua_chzy: Btw sedapnyaaaa gambar tuw! Harga pon hokeh berbaloi dengan portion hakak lehat.
Kurex replied at 21-5-2019 12:14 PM
Ramai tak beratur mahayam?
dua_chzy replied at 21-5-2019 12:58 PM
Eh akak pon tak sampai lagik. Akak takat beli rempah briyani heols dari kedai kat BTS nu ha.
Kurex replied at 21-5-2019 01:37 PM
Nama rempah dia apa?boleh g cari nanti
tagas replied at 21-5-2019 12:12 PM
tgk utube
pian padu beb
mrsLucky replied at 21-5-2019 01:47 PM
Yesterday gerai baru nak setup. Q dah panjang beratus orang. Teringin nak try. Mesti dia ada restora ...
ADVERTISEMENT