CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Tahniahlah Sebab Ungkit Aib Orang" - Fangirling Remy Ishak Buka Kisah Silam Tapi Silap Oranglah!

21-5-2019 10:47 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 30131| Komen: 95|Original author: Oleh: Azza




Biarpun sudah menjengah ke angka 37 tahun, aura Hero Idaman Malaya masih kekal melekat pada aktor, Remy Ishak. Apatah lagi statusnya yang sudah putus tunang serta lakonannya dalam drama bersiri yang romantik bersama Mira Filzah membuatkan ramai peminat memuja pelakon berkarektor ini.

Jadi, apa sahaja momen mengenai Remy akan diabadikan oleh peminatnya terutama generasi baru yang tidak begitu mengenali Remy ketika awal kemunculannya pada 2006 dahulu.

Tular sebuah video yang mana peminat perempuannya merakamkan kelibat Remy yang sedang mahu melintas jalan dan jeritan "Oh My God!" dan "Pakcik, sana lah!" kedengaran tatkala Remy melintasi mereka yang sedang berada di dalam kereta. Mungkin mereka juga tidak menyangka yang akan bertemu pelakon terkenal yang tergesa-gesa untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Hal ini membuatkan mereka begitu teruja.


Namun, bagi mereka yang membesar dengan kisah cinta Remy - Umi Nazeera serta Tiz Zaqiah menganggap itu hanyalah drama semata-mata. Dan peminat barunya itu yakni BBNU tidak mengetahui karektor sebenar Remy sendiri.



Menurut Fafau, mereka tidak menegur Remy yang sedang sibuk mahu melintas jalan untuk ke masjid. Namun momen itu tetap akan menjadi ingatan kudus buat mereka. Lalu ramailah peminat yang turut memuji kekacakan dan kebaikan Remy yang tidak melupakan kewajipan walaupun sibuk dengan penggambaran.

Bagi yang mengetahui kisah berbelas tahun dahulu pula, menyatakan yang peminat sekarang iaitu anak-anak muda hanya memandang Remy yang penuh dengan karisma namun sebenarnya Remy mempunyai kisah silam seperti keganasan terhadap Umi Nazeera serta menelan pil tidur apabila putus cinta dengan Tiz Zaqiah.

Bagaimanapun, kisah lama ini telah dikecam oleh segelintir warga net lain yang menganggap aib tidak harus dibuka semula. Manalah tahu, Remy telah berubah perangai lamanya dahulu, jadi apa perlunya membuka kembali cerita lama?

Kredit foto: Twitter


Hal ini menyebabkan ada beberapa peminat Remy telah membaca kembali kisah cinta Remy dahulu lalu berbelah bahagi antara untuk terus meminatinya atau tidak. Namun sebenarnya lebih ramai yang menyokong karier seni Remy berbanding membuka aibnya yang lama.


Kredit foto: IG

Apabila menjadi artis, segala gerak geri akan turut diperhati. Jadi, kisah yang berpuluh tahun pun akan ada yang mengoreknya semula. Namun, jika dilihat akhir-akhir ini, sudah tidak kedengaran lagi cerita negatif mengenai dirinya lalu menjadikan dirinya diminati ramai. 'Fangirling' pada aktor berkarektor adalah normal dan kami berharap Remy akan cepat bertemu jodoh yang serasi! - CARI 

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SR4tahun 21-5-2019 10:51 AM
Ala dulu bang fahrin ahmad pun ada history serope gini gakkk, dgn 2 retis pompuan jugak. Tp lepas kawin elok jeee. Nampak lg wangi ada. Conclusionnya, bagi la peluang org utk berubah. Soal dia ikhlas ke fake ke, tu antara dia dgn tuhan. And in toxic relationship ni, tak semestinya lelaki je toxic. Pompuan leh toxic gak. Yg dipukul xsemestinya innocent. Tapi lantak laaaa cite lama kottt. Bodo twitter sapa ni
Quote kakakau 21-5-2019 10:55 AM
tapi nape rekyet meleis meminati muka bangla
Quote MatDeghem 21-5-2019 10:59 AM
kakakau replied at 21-5-2019 10:55 AM
tapi nape rekyet meleis meminati muka bangla

Tall dark and encem ....gitu

remy ishak2.jpg






Quote MatDeghem 21-5-2019 11:00 AM
Dan yg penting tak tinggal sholat.....


Quote NBM 21-5-2019 11:05 AM
manusia berubah kot, time tu still young & dumb
Quote AbukRokok 21-5-2019 11:45 AM
kakakau replied at 21-5-2019 10:55 AM
tapi nape rekyet meleis meminati muka bangla

hari hario makan mamak mengalir dna keling dalam diri

Quote Aunty_Acid 21-5-2019 11:48 AM
buleh plk pileh2 retis mana yg buleh dibuka kisah dan yg mana x buleh kisah silam
huntung dia ni x de fans dari nuraka jahanam tau
putus tunang pun urg suka
Quote annehuda 21-5-2019 11:55 AM
ade kawan aku citer die penah jumpe remy sehak ni face to face. heols wangi noks, dan aura handsome die tu lain mcm. ala-ala kalau die masuk majlis, all eyes on him gitu
Quote Ritacomels 21-5-2019 02:15 PM
annehuda replied at 21-5-2019 11:55 AM
ade kawan aku citer die penah jumpe remy sehak ni face to face. heols wangi noks, dan aura handsome  ...

Atas citarasa masing2 la kot,dh pandangan mata dia gitu,ada yg dh jumpa dpn2 bgtau remy ni biasa2 je itam manis,x tinggi,x rendah,xde la sampai tertoleh2 pon katanya
Quote Sugatae 21-5-2019 02:22 PM
annehuda replied at 21-5-2019 11:55 AM
ade kawan aku citer die penah jumpe remy sehak ni face to face. heols wangi noks, dan aura handsome  ...

I pernah jumpa dia kt ib time dia wat teater Natrah. Waduh...walau muka cam bangla kata org, aura dia mmg lain mcm. Mmg boleh cair kalau tak jaga hati betul2. In fact bnyak kwn2 yg masih kerja magazine even my ex editor yg dah tua bangka bini org tu pun ckp, remy mmg ada aura tersendiri yg boleh wat org cair kalo kita sembang ngan dia berbanding dgn pelakon2 lain yg putih mulus.
Quote anilanil 21-5-2019 02:28 PM
Ummi nazeera pon ada history sendiri (rumours kena lempang kerana mengambil sesuatu yg haram), sekarang dah berubah. Abang dia yg naik haji pon kadang2 berubah-rubah juga..sat jadi hensem, sat jadi lawa..
Quote EvieWanKenobi 21-5-2019 03:01 PM
pe benda fangirling tu?
Quote CiliPadiSedap 21-5-2019 04:31 PM
Sugatae: I pernah jumpa dia kt ib time dia wat teater Natrah. Waduh...walau muka cam bangla kata org, aura dia mmg lain mcm. Mmg boleh cair kalau tak jaga hati ...


Itu bukan AURA itu BIRAH acik2 kepam
Quote BoongaKertas 21-5-2019 04:35 PM
Aunty_Acid replied at 21-5-2019 03:48 AM
buleh plk pileh2 retis mana yg buleh dibuka kisah dan yg mana x buleh kisah silam
huntung dia ni x  ...

hahahaha! lain mcm sarcasm aunty ptg hening ni
Quote Clarice01 21-5-2019 04:39 PM
Ramai betul anti remy ni ye..... anyway history remains history. Semua org ada peluang utk berubah kpd kebaikan ...cth terbaik arwah azmil mustapha, noorkumalasri, diana amir, adam corrie....maybe remy dah berubah....
Quote lattehazelnut 21-5-2019 04:40 PM
Aunty_Acid replied at 21-5-2019 11:48 AM
buleh plk pileh2 retis mana yg buleh dibuka kisah dan yg mana x buleh kisah silam
huntung dia ni x  ...

Kan.. cuba klau artis pompuan, sampai rahsia saiz sarang semut dicungkil nya..
Quote Kancilkering 21-5-2019 04:40 PM
AbukRokok replied at 21-5-2019 11:45 AM
hari hario makan mamak mengalir dna keling dalam diri


Diaorg melaka kut...mana tau susur galur dia ada darah India ke paki ke bangla?

Just a typical malay looking guy....
Quote rosmahisham 21-5-2019 04:44 PM
Aku tgk video ni lgsung x de ape2 perasaan igt bangla td..mmg x minat abam remy sowi..
Quote puteribaya 21-5-2019 04:54 PM
Clarice01 replied at 21-5-2019 04:39 PM
Ramai betul anti remy ni ye..... anyway history remains history. Semua org ada peluang utk berubah k ...

yaa..Allah lihat pengakhiran kita bukan awalan..so kita berusaha setiap hari kearah kebaikan #donedakwahwalaupunacikporum

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.053476 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top